Betul Ke Dah Habis Belajar Part Time Ni? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Betul Ke Dah Habis Belajar Part Time Ni?

Betul Ke Dah Habis Belajar Part Time Ni? | Macam tak percaya pengorbanan dan perjuangan dalam masa 4 tahun ni berhasil akhirnya. Jujur dari dalam hati yang paling dalam, rasa sebak bila dapat keputusan akhir ni. Bukan apa, cuma rasa bersyukur teramat sangat sebab Allah pilih aku jadi antara mereka yang berpeluang habiskan belajar sampai ke penghujungnya.

Masalah? Memang banyak.
Cabarannya? Memang berliku.


Tapi bagi seketul aku. Masalah tu ujian kecil. Dia nak kita usaha lebih dari apa yang kita buat sebelum ni. Cabaran memang sangat banyak. Tak dinafikan. Cabaran yang datang dari pelbagai aspek. Cabaran dari segi masa, cabaran kewangan, lecturer sendiri, keluarga, suami, anak-anak, dari kawan sekelas, kawan satu kumpulan, dari segi projek atau tugasan yang diberikan. Tapi, alhamdulillah. Semuanya Allah mudahkan. Mungkin lain orang, lain cabarannya dan lain rezekinya. Dan aku bersyukur yang Allah mudahkan jalan aku untuk habis belajar.

Final exam baru ni, esoknya nak exam kitorang dimaklumkan oleh lecturer bahawa group project kitorang tak diterima lagi. What! Kitorang dah hantar awal patutnya. A bit gelabah sebabnya orang yang last buat task adalah dia dan dia yang compile, katanya nak pos pada lecturer. Tapi dia nya tak dapat dikesan pula. Call punya call pun tak dapat. Haii la haii, aku nak grad dah ni uii janganlah buat hal begini. Haha. Nasib baik dapat kelonggaran untuk disiapkan selepas paper esoknya. Thank you madam and semua ahli kumpulan yang berkerjasama. Finally, dapatlah B- untuk Audit hihi.


Alhamdulillah dipermudahkan sekali lagi tanpa ada repeat sebarang subjek.
Cuma dah tak dapat merasa selempang pink tu lagi dah. Mak cakap takpa janji habis belajar, sudah. Hihi. "Baik mak!"


To be honest, aku ni jenis clumsy. Mudah tertidur sebab penat sangat. Kadang-kadang tak penat pun aku tidur hahaa. Kawan kelas aku dari semester 1 kenal aku ni macamana. Sampai kan diorang dah  lali. Bila diorang habis belajar dan aku ada lagi 1 semester, siap berpesan lagi. Jangan tidur dalam kelas. Aware jadual kelas. Aware bila nak daftar kelas. Aware bila jadual exam keluar. Tengok Iclass selalu. Betapa aku ni student yang sangat 'independent' kan. Hoho. Yela, yelaa, aku tau lah.


See....! Aku berjaya mengharungi satu semester tanpa korang di sisi. HAHA!

Tak sabarnya nak konvo tahun depan! Nanti korang datang taw majlis konvo aku. Bawa bunga banyak-banyak haha.

Jangankan pengalaman semasa belajar separuh masa, tapi tips semasa belajar juga aku ada kongsikan. Korang boleh lah baca sebagai panduan. Lepas ni mungkin akan ada entri sambung belajar pula atau mungkin dah kurang perkongsian yang melibatkan belajar mod part time ni. Tapi jangan risau. Kalau korang ada pertanyaan berkenaan sambung belajar secara separuh masa ni, aku boleh bantu mana yang aku mampu sahaja.

Boleh tulis soalan di ruangan komen, atau
Boleh direct email di : mawarassufi@gmail.com atau
Boleh direct ke Page Mawar Assufi
untuk sebarang pertanyaan.

Jangan segan silu nak tanya yaa :)


Baca artikel lain : 

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)