Bagaimana Buat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Bagaimana Buat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Bagaimana Buat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN | Kerajaan baru ada buat beberapa pengumuman penting mengenai pinjaman PTPTN baru-baru ni. Ada pihak yang bersetuju dan sebaliknya. Bagi aku, isu penangguhan itu tak jadi permasalahan. Cuma mungkin akan wujud masalah bila terlalu ramai yang ambil kesempatan untuk tak bayar langsung. Bagi aku, ini mungkin akan menyukarkan pelajar baru untuk dapat pinjaman PTPTN sebab PTPTN akan kekurangan dana untuk tampung semula pembiayaan pelajar di masa akan datang.

Alhamdulillah, pinjaman aku masih berbaki RM9,999 hingga Julai 2018 dan aku masih kumpul duit untuk dapatkan 20% Diskaun kalau aku bayar lumpsum hingga Disember 2018. Doakan aku tau, aku pun masih dalam proses mengumpul saki baki duit lagi ni.



Aku tak nafikan ramai lagi pelajar yang baru habis Diploma memilih untuk berehat selama sebulan dua setelah penat belajar hingga 3 tahun lamanya. Tapi sayangnya istilah sebulan kau bermaksudkan 3, 4 bulan lamanya. Ianya teralu lama beb. Lebih baik kau cari peluang bekerja dan cari duit. Sekurang-kurang pinjaman kau dah boleh dibayar walaupun secara ansuran sebanyak RM50 sebulan.

Di sini aku kongsikan cara-cara nak buat penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.


Siapa Yang Layak Buat Penangguhan?

Cara Buat Penangguhan Bayaran Balik

1. Pemohon boleh kemukakan surat permohonan rasmi penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN atau isi borang permohonan penangguhan.
2. Dokumen rasmi yang diperlukan adalah :
  • Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT yang menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian
  • Surat akuan sumpah tidak bekerja
  • Penyata KWSP terkini atau Surat Pengesahan dari KWSP yang mengesahkan bahawa peminjam masih belum ada membuat sebarang caruman.
  • Nota : Pemohon masih belajar (No. 1) & pemohon yang belum bekerja (No. 2 & 3)

Terma Dan Syarat
  1. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  2. Sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik akan dikenakan kos upah
  3. Tempoh penangguhan bayaran balik akan ditetapkan oleh PTPTN
  4. Adalah dimaklumkan bahawa penangguhan yang diberikan hanya mengecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan tidak menghalang PTPTN untuk menyenaraikan nama peminjam dalam rekod CCRIS dan menyalurkan nama kepada pihak ketiga bagi tujuan pemantauan.
  5. Ansuran bulanan dan kos upah sepanjang tempoh penangguhan adalah jumlah tertunggak yang perlu dibayar sebaik sahaja tempoh penangguhan tamat/batal
  6. Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan melalui surat kepada peminjam
  7. Bagi peminjam yang telah diluluskan penangguhan tetapi berhasrat untuk memulakan bayaran balik pinjaman lebih awal, peminjam boleh berunding untuk penstrukturan semula pinjaman
  8. PTPTN berhak membatalkan kelulusan penangguhan jika didapati bahawa peminjam menerima gaji atau elaun semasa tempoh penangguhan atau memberi maklumat palsu semasa memohon penangguhan


Jadi buat adik-adik lepasan diploma yang pernah membuat pinjaman PTPTN sebelum ini, jangan risau. Kau masih boleh membuat penangguhan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Selepas membuat penangguhan, bolehlah kemukakan permohonan baru. PTPTN takkan membebankan kau, dia akan mempermudahkan urusan kau lagi adalah. Cuma kau tu je, kalau orang dah tolong, jangan pula kau pandang sebelah mata. Tolonglah hargai dengan bayar balik pinjaman tu dengan rasa tanggungjawab okay.

Bukan apa, bak kata pepatah "Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa."


Terima kasih sudi baca. Jemput share jika bermanfaat untuk semua.


Baca artikel lain :


No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)