5 Bukti Penunggang Agama Itu Masih Wujud - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

5 Bukti Penunggang Agama Itu Masih Wujud

5 Bukti Penunggang Agama Itu Masih Wujud | Belakangan ni kerap sangat orang meluah perasaan kat aku pasal penunggang agama, pasal dia dijadikan kambing hitam semata-mata kepentingan si polan bin si polan, ada pula sejenis manusia yang suka ambil kesempatan atas kesempitan orang lain dan gunakan agama sebagai lesen untuk dia dapatkan apa yang dia harapkan. Dan janganlah terkejut kalau aku cakap penunggang agama ni kau tak nampak pun macam seketul penunggang agama. Sebab diorang professional gais! Professional! Kau je nubis yang mudah digula-gulakan macam aku. Ehh? Haha

Aku terbaca satu frasa yang menarik perhatian aku masa buat research tajuk ni. "Jual Pahala Lebih Menguntungkan Dari Jual Unta." Frasa ni bagi aku, memang kena setepek kat seketul manusia yang aku kenal, cukup membuatkan semua orang kat sekeliling dia annoying dan tak percaya langsung pada dia lepas tahu siapa dia yang sebenarnya.

Serius Menyampah sangat kan bunyinya?

Ada beberapa bukti yang aku rasa penunggang agama ni masih wujud dalam kalangan kita cuma mungkin kita je tak perasan atau kita pun dah termakan manisnya kata-kata manusia biadap itu.

1. Jutawan Doa

Tahun lepas, aku ada terbaca satu kes yang gempar bila viral tentang satu bisnes yang menawarkan khidmat baca doa dan solat hajat dengan harga puluhan ribu dan masalah paling aku cannot brain adalah, doa dan solat hajat tersebut dikatakan dijamin 120% dimakbulkan Allah SWT. What the..?! Kau siapa? Tuhan? Assistant Tuhan? Dan paling tak boleh terima adalah ada juga manusia bahalol yang percaya dengan benda-benda syirik macam ni. Aduh! Aku tahu aku bukanlah expert bab agama, tapi bab ni aku boleh lagi lah nak fikir waras. Yennadeiii duit dah banyak sangat ke sampai tak tahu nak buat apa?


2. Jual Nama Madrasah / Tahfiz

Isu jual nama madrasah untuk kaut keuntungan peribadi. The worst part is bila keuntungan yang dikutip dari orang ramai dan digunakan untuk kepentingan peribadi dan boleh pula dikongsi dengan kaum kerabat kau. Eh, mana pergi rasa amanah kau? Rasa tanggungjawab kau? Dah lupa dengan amanah atas duit yang kau dapat tu? Oh lupa, penunggang agama mana fikir benda tu semua. Sorry gais, aku minta maaf agak geram kat sini.

Aku yakin tak semua madrasah atau pusat tahfiz yang dibina sekarang ni ada isu sebegini Tapi disebabkan ada segelintir pihak yang menggunakan alasan pusat tahfiz, maka hasil derma yang sepatutnya digunakan untuk anak-anak yang lebih memerlukan dijadikan lesen kebenaran untuk mereka yang tak bertanggungjawab tu gunakan untuk kepentingan poket dan perut sendiri. Agak terkilan bila dengar kawan bercerita kes-kes macam ni.


3. Jual Agama Demi Kepuasan Nafsu
Isu ni jadi topik hangat bila ada pihak yang sanggup gunakan agama untuk semata-mata untuk puaskan nafsu sendiri. Aku terbaca kisah seorang murabbi yang menggunakan agama sebagai alasan untuk kahwin dengan seorang perempuan iaitu pelajar dia yang masa tu dia merupakan tunangan orang. Bila isteri pertama dapat tahu berita ni, murabbi tu dipaksa menceraikan isteri barunya tu dengan talak 3. Allah, dah rasa sebak bila dapat tahu yang isteri kedua dah pregnant. My goodness. Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara macam ni.


4. Tindas Pekerja Demi Maruah Dan Kredibiliti

Hasil titik peluh pekerja dijadikan galang gantinya. Persoalannya sekarang, adakah pekerja itu kuli batak kepada majikannya? Diorang bekerja maka gaji itu adalah hak diorang. Kenapa perlu ditahan dan dijadikan galang ganti untuk terus berkhidmat pada majikan. Ini dah melanggar etika sebagai majikan dan hak pekerja telah dicabul. Haaa, kau.. Cuma tak keluar akta-akta jee HAHA

Tak dapat nak berfikir bila sang majikan merasakan bahawa pekerja merupakan hamba abdi dia dan dia merasakan bahawa "Tak apa, gaji diorang aku bayar lambat sikit. Aku ada banyak lagi keperluan untuk aku selesaikan. Biarlah, inikan syarikat aku. Suka hati akulah." Amboi, depan orang luar bukan main lembut gigi dari lidah. Depan pekerja, gigi tak ada lidah entah ke mana. Ehh?


5. Murabbi Sesat

Kawan kelas aku masa di UiTM Machang dulu pernah terjebak dalam persatuan yang pelik-pelik. Asalnya masuk Persatuan Silat apa entah, lupa dah. Tahu-tahu dapat berita dari kawan-kawan yang rapat dengan diorang. Baru ni orang atasan dapat tangkap ketua silat dan beberapa orang terdekat atas sebab ajaran sesat. No wonder lah sekali masuk kelab tu tak boleh keluar-keluar, ada peraturan wajib ikut, kalau tak ikut jatuh dosa sebab derhaka (What the..) Kawan aku tu pun macam kena pukau je, tak langsung membantah. Dan tak lama lepas tu baru nampak dia ke kelas. Dengarnya baru balik berubat. Lama juga lah.. Perwatakan kawan-kawan aku yang join pun jenis stok-stok tudung labuh dan bersongkok. Samada ketua silat diorang tu gunakan ayat-ayat agama nak tarik perhatian diorang tu, Wallahu'alam.


Walaupun 5 di atas aku nyatakan dengan bernada geram dan tak puas hati tapi aku tak nafikan ramai lagi alim ulama, para pendidik dan murabbi yang ikhlas bekerja dan melaksanakan tugas diorang dengan jujur, komited dan tak mengharapkan apa-apa balasan dunia. Aku tak nafikan kenyataan itu. Cuma segelintir pihak yang menyebabkan kewujudan diskriminasi dan menghukum para ilmuwan agama ni. Dengan aku-aku sekali terhukum diorang. Tsk Tsk Tsk T__T

Apa-apa pun penunggang agama adalah satu kesalahan yang tak boleh dipandang ringan. Takut jadi duri dalam daging. Haaa, amek. Artikel kalini siap berperibahasa, bersimpulan bahasa lagi nak bagi rakyat Malaysia yang bijak pandai ni baca. HAHA


Selebihnya aku minta maaf atas kekurangan ilmu aku. Ini hanyalah berdasarkan pendapat peribadi. Apa pun, teruskan dakwah korang dan sampaikanlah amanat elmu yang dititipkan dengan rasa amanah dan bertanggungjawab. #MuahCiked


No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)