Meriahnya Blogger Gathering AFB Fun Day 2018 - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Meriahnya Blogger Gathering AFB Fun Day 2018

Meriahnya Blogger Gathering AFB Fun Day Di Banglo Taj Villa | Dalam minggu lepas, sebenarnya aku ada join event blogger gathering, AFB (Auto Feedback Blogger). Dan ini merupakan blogger gathering pertama yang aku pernah join. Serious talk! Memang rugi geng AFB-ians yang tak ikut tu haha. Aku ingatkan tak ramai, rupanya ramai juga blogger yang join. Hampir 17 orang blogger yang sudi join event gathering kali ni dan ada juga blogger yang datang bersama pasangan dan anak-anak. Haaa, itu lah yang membuatkan gathering kalini sangat meriah dan rasa terisi.


Untuk event yang dah dirancang beberapa bulan sebelum hari kejadian ini, Mommy membuat pilihan yang cukup tepat sebab memilih Banglo Mewah Taj Villa, Ampang sebagai tempat untuk mencipta kenangan yang cukup indah untuk dikongsi bersama. Aku yang bukan kaki mandi pool ni pun boleh terjebak dalam permainan pool tu.

Paling penting bukan private pool je yang best, ruangan dalam rumah juga menambat hati aku. Cukup luas dan selesa, siap anak-anak kecil boleh berlari-larian dalam rumah. Apedehal beb.

Disebabkan gathering kitorang kalini lebih bertemakan fun dan santai, maka kitorang decide supaya semua urusan kita lakukan bersama termasuklah menyediakan makanan sarapan, tengahari dan makan malam. Eh tak rasa penat pun. Rasa seronok adalah! Lagi seronok sebab ada Food Blogger Famous jadi ketua chef kitorang. Apa lagi, dia tunjuk-tunjuk-tunjuk je laa, ye dok Kekny. Hihi

Ayam masak kicap versi campak-campak apa yang ada pun jadi kegilaan ramai

Ayam goreng je pun nampak lazat time-time lapar ni

Wahhh Ramainya pembantu chef Kekny kat dapur tu. Tolong masak ke tolong kecam tu sis?

Lepas makan tengahari, kitorang mulakan aktiviti yang telah dirancang seperti dalam tentatif iaitu Pertandingan Baju Paling Unik dan Kreatif. Maigad! Masing-masing menunjukkan kepakaran dan kreativiti yang hebat belaka. Dorang ni bukan saja hebat atas keyboard, tetapi atas surat khabar juga hebat! Hihi

Alahai. Tekunnya KC nak ukur baju di badan orang.

Seksinya model kitorang haha

Korang rasa yang mana satu layak enang kalau tengok dari persembahan? Kumpulan aku buat baju dua dari kiri. Urban, Elegan & Futuristic. Wahh nama diaa haha. Tapi group lain pun cantik-cantik dan kreatif belaka. Paling tak boleh tahan, wakanda hunggaga (presented by PapaGlamz guys!) datang ke Malaysia dah tu. Siap lembing taklupa tu.

Dan pemenangnya adalaaaaahh PapaG! Hahaa Wakanda Hunggaga pun boleh lah yee.

Malam tu kitorang tak tahu pula kendurian. Haii, memang minggu tu berturut-turut makan durian non stop weh. Tapi, kalini memang seronok tak terkata sebabnya makan je durian tu tanpa hirau siapa-siapa. Siap dengan cicah pulut. Tapi nampaknya aku tak ngam durian dengan pulut. So, end up aku bedal durian aje tak pandang kanan kiri dah. Lepas tu, bagi mengisi masa lapang malam tu kitorang apa lagi.

Korang nampak bersepahnya meja tu sebab semorang lupa daratan. Durian punya pasal!

Jom Body Language! We all pun apa lagi. ONZZ!! Kita buli lelaki-lelaki yang ada kat situ. Hahaa. Alhamdulillah semua have fun dengan program yang dijalankan semasa gathering kalini. Maka, tercapailah motif kami untuk gathering ni supaya fun dan santai-santai sampai slot blogging tak sempat masuk sebab tak cukup masa.

Maybe next time kita kena set time betul-betul supaya aktiviti blogger kita dapat laksanakan sebab ianya elmu yang bermanfaat. Rugi kalau tak dapat belajar input-input penting ni gais!

Omo! Papa buat apa tu. Haha

Kenangan yang takkan mungkin dapat dilupakan

Semoga perkenalan kita yang singkat ini menjadi satu hubungan persahabatan yang akan kekal sampai bila-bila. Terimakasih atas pengalaman dan kegembiraan bersama korang. Tapi, perkarang paling best dalam event ni adalah dengan adanya tempat kediaman yang selesa, bersih dan cantik. Adam, anak mommy siap tanya lagi, "Bila nak pergi rumah ada swimming pool haritu."

Kau rasa?

Budak-budak pun fall in love sangat dengan banglo mewah di Taj Villa ni guys, inikan lagi orang dewasa. Lagi best dapat berkumpul dengan saudara mara buat family day ke. Buat aktiviti yang fun-fun dekat banglo mewah ni. Kelengkapan semua lengkap, sangat berbaloi untuk korang stay.

Private swimming pool yang mesra kanak-kanak (Perlukan pengawasan)

Peralatan untuk BBQ juga dah tersedia

Inilah ruang tamu yang kami buat aktiviti bersama. Luas kan?

Weh, siap mesin basuh dan pengering lagi. Memang lengkap habis ni gais.

Peti ais dua pintu. Ada je beberapa barangan yang orang sebelum ni tinggalkan.


Master bedroom dengan private bathroom. Seriously sangat luas.

Paling best, ada bar sendiri.

I LOVE YOU GUYS! 

Untuk yang berminat untuk menyewa di banglo mewah Taj Villa, Jalan Zoo View Ampang, korang boleh direct contact :


2 comments:

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)