Dalam Dilema Untuk Sambung Master Perakaunan - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Dalam Dilema Untuk Sambung Master Perakaunan

Dalam Dilema Untuk Sambung Master Perakaunan | Aku antara salah seorang student yang dapat jemputan untuk kami sambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi iaitu level Master. Baiklah, sejujurnya aku ada juga survey yuran, bilangan subjek dan sebagainya. Walaupun masa tu masih struggle untuk final year examination.


Sebelum ni masa aku kerja dengan syarikat minyak dan gas di Bangsar. Akauntan senior aku merupakan pemegang Master in Forensic and Criminology in Accounting. Something like that. Dan eksekutif akaun masa tu juga masih bergelar pelajar Master untuk kursus master yang sama dengan Akauntan Senior aku tadi.

Maka, diorang berdua menjadi sumber kedua utama untuk aku tanya tentang yuran Master, subjek yang akan diambil, apa pro dan cons yang perlu aku tahu sekiranya aku buat keputusan untuk sambung Master.


Haaaa nampak kan betapa terujanya aku untuk tahu lebih tentang level Master ni. Tapi ada beberapa perkara yang perlu aku titik beratkan sebelum sambung Master ni. Setelah 8 tahun gais aku study non-stop.

Habis SPM 2010

Terus sambung Diploma 2011

Grad 2014 dan terus bekerja

2014 terus sambung degree part time

2016 Mula mengajar dan bekerja

2018 Masih mengajar dan bekerja

Now 2018 dah habis degree in shaa Allah. Nak terus ambil Master? Kalau ikutkan hati aku nak jugak. At least, 28 or 29 tahun aku dah ada Master. Seronoknyaa. Nanti kalau rindu belajar lagi, boleh ambil second degree. Ambillah pula kursus lain kan kalau banyak duit. Haha.

Bekerja dan belajar dalam masa yang sama? Tak mustahil. Ramai lagi orang yang boleh ambil 2 degree dalam satu masa siap tengah bekerja lagi. Well, semua benda ni takda yang mustahil. Nak atau tak aje beb!

Aku masih lagi dalam pertimbangan. Seandainya ada rezeki, korang doakan lah aku tau. Semoga segalanya dipermudahkan dan semoga ada juga benda aku nak update dalam blog nii haa. Korang nak baca juga kan? Haha. Tak adalah aku tulis syok sendiri aje. Aku tengah berkira-kira untuk ambil Master in Accountancy ditambah dengan education. Rasanya ada tak? Sebab aku ada kawan ambil Mechanical Engineering dengan Education. Lepas jaaa. Kihkih.

Okay gais! See you next entry!

Baca lagi artikel :


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)