Cara Pengiraan Yuran Pelajar Separuh Masa UiTM - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Cara Pengiraan Yuran Pelajar Separuh Masa UiTM

Cara Pengiraan Yuran Pelajar Separuh Masa UiTM | Sekarang ni musim student baru dapat keputusan kemasukan ke UiTM dan bakal mendaftar tak lama lagi kan? Time-time macam ni macam tahun-tahun lepas lah, selain nak tahu persediaan untuk masuk mendaftar sebagai student baru, korang nak tahu berapa yuran yang korang kena sediakan sebelum memulakan pengajian semester baru.

Sebelum tu aku ucapkan Tahniah! Dan selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar!

To be honest, bukan student baru saja yang tanya pasal yuran ni. Even student yang dah semester 3 pun tanya aku. HAHA. 3 Semester dah kot kau ni.




Bagi yang tanya cara nak kira yuran pengajian, boleh baca dulu Jenis-Jenis Bayaran Yang Dikenakan Dalam Yuran Setiap Semester dulu.

Dah baca?

Aku ucapkan tahniah dulu pada empunya soalan sebab dia salah seorang daripada student bertuah yang dapat offer kerja masa belum grad lagi. Dan sekiranya dia terima job offer tu ertinya dia buka peluang baru pada diri dia. Bagi pendapat aku, teramatlah rugi kalau dia abaikan peluang itu sebab aku pun tak dapat peluang yang datang sekali seumur hidup macam tu.

Baiklah. Macam ni nak kira yuran pengajian untuk mod separuh masa. Jangan terkejut kalau yurannya lebih mahal dari mod sepenuh masa tau.

Baca Contoh : 3 Subjek/Semester

TIPS : Ambil min 2 subjek sesemester



Aku sarankan untuk korang ambil lebih dari 2 subjek satu semester. Jangan ambil 1 subjek saja unless memang tinggal 1 subjek je, itu tak dapat buat apa dah lah. Kenapa? Sebab aku rasa sangatlah tak berbaloi untuk bayar kos berulang yang tinggi tapi ambil 1 subjek aje..

=========================================

Pengiraan (Latest 2018):

1 subjek x 3 jam x RM120/subjek = RM360/subjek
Sekiranya korang ambil 3 subjek 1 semester = RM1,080

Kemudian tambahkan yuran berulang RM120 (Bayaran Yuran Tetap) Apakah Contoh Yuran Berulang? Jumlah untuk 3 subjek = RM1200.

Perbezaan antara yuran awak dengan yuran pelajar lain adalah berapa banyak subjek awak daftar semasa mendaftar kelas tu, kemudian boleh update dalam Apakah beza  dia berapa byk subjek awk ambil 1 semester tu je. Then plus dgn yuran berulang. That's it. Itulah yuran awak 1 semester.



=========================================


Yuran aku selama 4 tahun


Ini adalah yuran aku sepanjang further study in Bachelor (Hons) in Accountancy di UiTM Shah Alam secara separuh masa.. Sebelum ni aku ada claim macam pernah bayar almost RM1.8k kan? Okay, now reveal paling mahal RM1,500+ yuran aku paling mahal. Yang RM1.8k tu classmate aku, Kak Liza. Dia ada ambil sampai 5 subjek satu semester.

Semoga sedikit ilmu harini dapat bantu korang yang terkapai-kapai tu hihi.

Nak semak kursus apa yang sesuai dengan korang punya kelayakan boleh Cek Sini. Jangan risau, bukan ex student UiTM juga dialu-alukan untuk sambung belajar di UiTM taw.. Selamat Datang ke UiTM! UiTM Di Hatiku.

Semoga membantu.

Baca artikel :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)