Timbul Minat Nak Mula Review Buku - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Timbul Minat Nak Mula Review Buku

Timbul Minat Nak Mula Review Buku | Aku sebenarnya memang pencinta buku sejak dari sekolah menengah lagi. Masa tu buku pilihan aku adalah novel cinta yang terhangat di pasaran. Asal ada novel cinta terbaru aku akan muncul di kedai buku untuk baca sinopsis novel tersebut. Masa tu pakai telefon 3310 aje, mana ada smartphone nak baca sinopsis online bagai kan. So, duit siapa lagi aku pau. Duit mak aku lah, itu pun asyik kena catu je -_-'


Tapi aku ni lain, tak macam pencinta novel tegar kat luar sana. Okaylah. Fine. Aku tak claim aku pencinta novel, puas hati? As for me, aku cuma akan pilih novel cinta yang kena dengan tekak aku je dan aku paling tak suka dengan ending yang aku dah boleh tahu ending dia sedih atau jalan cerita dia tak kena dek tekak aku. Plus aku tak boleh baca novel yang tebal namatey macam 360 hari mencintaiku tu. Yee, walaupun semua orang kata best tapi aku tak lalu nak habiskan novel setebal itu.

Aku pula yang semput baca nanti. Bila nak habis ni haha.

Sebab tu betapa pentingnya penulisan bahagian sinopsis tu bukan boleh sambil lewa aje. Lagi-lagi reader yang seketul macam aku ni haha. Kira part sinopsis ni capture for the first impression lah. Kalau cantek masuk bucket list untuk beli dan baca. If sebaliknya, goodbye!

Dan setakat harini banyak juga novel milik aku tak masuk lagi novel kawan bagi hadiah, kawan bagi pinjam tapi tak pulang-pulang haha, beli tak baca lagi dan beli nak bagi hadiah tapi nak baca dulu. Kuikui.

Paling tak boleh tahan, aku siap ada lebih kurang 10 cerpen dan 1 e-novel yang separuh jalan. Dan aku tak nak sambung. Aku berasakan bahawa adalah lebih baik aku membaca dari aku perah otak menulis. Aku tak sabar orangnya haha.

Tapi zaman membaca novel cinta ni dah lama berlalu. Sejak habis SPM dulu rasanya. Jadi, kiranya hampir 8 tahun juga lah aku tak baca novel ni. Sampailah baru-baru ni aku terbaca review Aku Lelakimu dan Salju Kyoto karya Sara Aisha. Sinopsis yang interesting walaupun dah lama publish pun novel ni. See! Obviously, dah lama tak mengikuti perkembangan karya-karya penulisan ni.

Setelah 8 tahun, aku kembali membaca novel cinta tapi bukan cinta yang merepek-repek tu. Tapi novel yang lebih thrill. Yang lebih mencabar minda plot cerita dia. In Shaa Allah nanti aku akan kongsikan dengan korang tau feedback lepas aku baca 2 novel yang baru aku tempah ni.


Eh, jap. Korang ada suggestion tak nak aku baca novel apa. Please okay, tak payah lah tebal-tebal sangat. Paling tebal aku pernah baca is Harry Porter. Tapi Harry Potter best lah!


See you guys!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)