Teacher Kin Dapat Kuih Raya Percuma - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Teacher Kin Dapat Kuih Raya Percuma

Teacher Kin Dapat Kuih Raya Dari Student | Semalam last class sebelum cuti sekolah panjang sambut Hari Raya Aidilfitri. Sebelum ni aku pun tak pernah bagi cikgu-cikgu aku kuih raya mahupun biskut raya apatah lagi kerepek raya. Tapi lepas jadi pendidik separuh masa ni, kita pula yang dapat. Bertuahnya badan. Thank you students! Thank you Nurin and Ammar. Thank you Teacher Ani.

Yaaa, haa tak nampak ke tu untuk cikgu Ikin hihi.

Ni Tuition Centre yang mana satu eh? Oh ini yang di Subang Bestari. Aku mula mengajar haritu dari awal bulan Mei 2018. Kawan aku, Teacher Ayu lah yang kenalkan aku dengan tuition centre ni. Ohya, aku belum kenalkan korang dengan tuition centre aku yang baru ni ya? Dekat sini aku diberi tanggungjawab mengajar Sains UPSR dan Matematik Tahun 4. Baru-baru ni Matematik Tingkatan 1. 

Okay, student form 1 ni baru lagi. Dan aku juga baru lagi diberi tanggungjawab ni. Student aku kalini a bit slow learner. Sekarang dah masuk bulan 6 tapi masih di topik 3. Oh god! Adakah aku yang lambat?


Takpa Kin. Slowly bantu dia okay. Buat sehabis baik kau dan selebihnya tawakal. Kan selebihnya tu kerja Allah, so jangan lah ambil kerja dia. Kau buat kerja kau aje. Tambahan lagi, bulan ni aku terima another job Matematik UPSR di Bukit Jelutong. Syukur rezeki bulan Puasa nampaknya.. Alhamdulillah.

So for now, sementara student Teacher Kin tengah bergembira nak sambut hari raya. Teacher pula tengah struggle nak habiskan exam final year ni. Allah. Nervousnya final exam kalini haha. Mana tak nervous, kalini penentu aku grad ke tak tahun depan tau. Kalau tak grad lagi cemana teacher kamu ni nak dapat kerja baru haaaaa, cemana nak fokus ajar kamu haaa. Gitu kan.


Sebelum terlambat, aku nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang berada di Malaysia dan di seluruh pelusuk negara. Semoga Syawal kali ni memberi 1001 rasa bahagia dalam diri kalian. In Shaa Allah.

Doakan aku lepas semester akhir ni yaa. In Shaa Allah. Ameen. Tapi kalau nak doakan jodoh cepat sampai pun boleh juga. Haha.


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)