Ada Sebab Kenapa Aku Ambil Takaful Semula - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Ada Sebab Kenapa Aku Ambil Takaful Semula

Sebab Aku Ambil Takaful Semula | Semula? Which means sebelum ni aku pernah ambil takaful juga? Yes. Aku pernah ambil dengan sorang agen takaful dari satu syarikat takaful lain. Famous juga syarikat takaful ni. Tapi, mungkin jodoh tak panjang kan. Dalam 13 ke 14 bulan macam tu aku masuk hospital sebab slip disk. Nothing serious. Cuma masa tu aku tak tahan sangat-sangat sebab fizikal terlampau penat, sakit kepala yang datang tak henti dan macam-macam dalam kepala otak aku.

Takut kanser lah, sakit dalaman lah, tanda-tanda nak mati lah hahaa. Seriously bhai! Aku fikir tahap macam tu sekali dah wakaka. See, I'm so serious kan. Tapi, you know what, aku sedikit kesal sebab bawa kaki aku ke Hospital Pantai. Mahal gila nak mampuih. Masa tu alhamdulillah syarikat cover sepenuhnya. haha. Well, check up saja RM5k. Sooo not my level.


Atas beberapa isu aku rasa macam agen takaful aku macam tak ambil peduli pasal aku sangat dan RM5k tu company aku cover sepenuhnya dengan support deposit oleh family aku haha. Masa tu baru 21 tahun jadi aku rasa macam benda-benda ni semua ni terlalu baru dalam hidup aku. Tapi to be honest, time tu memang dah fikir pasal future dah. Nak saving banyak, nak ada aset sendiri, nak beli aset itu ini. Walaupun keadaan ekonomi aku masa tu bukanlah strong mana. Tapi, intention tu ada. Lebih baik dah pasang angan-angan dan kita put effort on that rather than angan-angan pun tak ada lagi.

Then selama 3 tahun lebih ni juga lah aku tergantung sepi #Ehh Bukan tergantung sepi. Tapi tergantung tak bertali dan aku decide untuk biarkan takaful aku lapsed macam tu je walaupun aku dah bayar dekat RM2.5k which is banyak weh bagi aku.

Yes! Ini satu kesilapan aku yang aku tak nak orang lain buat. Walaupun aku bukan agen insurans atau takaful, aku sendiri pun tak galakkan korang biarkan takaful korang lapsed macam tu. Aku banyak terbaca kawan aku (agen takaful PRU BSN) handle kes-kes pemegang polisi yang baru lapsed tapi accident, meninggal dunia dan macam-macam lagi kes yang dia hadapi.


Ya Allah.

Aku tak dapat bayangkan macamana keadaannya kalau aku diuji dengan sakit yang teruk masa aku bebas dari sebarang takaful. Allah. Setahun juga aku ambil masa nak cari takaful yang betul-betul sesuai dengan keadaan kewangan aku masa tu. Yang aku mampu bayar. Sebab nak bayar jangka masa panjang kan.

Betul! Cari takaful yang kita mampu untuk bayar tiap bulan. Bukan untuk kita fikirkan apa yang kita akan dapat dalam jangka masa pendek. A big NO. Sebab takaful ni long term life protection. Ya, aku tahu korang mesti nak cari yang income protection juga kan. Tapi, make sure intention asal korang dapatkan insurans ni clear. This is life protection and some might be income protection. But this is not unit trust lah yang kau nak dapat dividen and so on. Kau expect takaful ni apa bro?

Satu lagi kesilapan aku buat. Terlalu lama mencari syarikat takaful dengan manfaat polisi yang sesuai which is tak bagus lah lama sangat. Dalam masa setahun, anything can happen, right?


Alhamdulillah. Aku tertarik dengan Takaful Ikhlas. Penerangan agen yang cukup lengkap, tidak memaksa aku pilih yang mahal tapi siap suggest pada aku yang paling murah which is RM80. As for me, baguslah.  Datang tepat pada masanya! Sebab masa tu financial tengah tak stabil tapi niat untuk mendapatkan takaful tu masih ada. Dekat 2 bulan juga untuk aku buat survey, tanya kawan-kawan yang ambil takaful Ikhlas.

Aku siap dah plan nak ambil plan untuk ibu mengandung. Pfftt, padahal kahwin belum inikan lagi pregnant. Lucu pula hahaha. But, it's okay. Niat tu haruslah ada kan kihkih.

Second time jumpa, dari plan RM80 kepada RM100 dan akhirnya aku setuju dengan RM150 yang aku rasa berbaloi dengan apa yang aku bayar iaitu sekali dengan medical card. Ini penting! What's the point  ambil takaful if you doesn't include medical card. Ini kan protection harian kita. Mungkin sekarang kita tak pakai, tapi esok lusa siapa tahu. Tapi dia tak paksa pun aku nak RM150, cuma dia suggest the best for me. So, aku decide lah yang terbaik untuk aku.

Yes. Takaful aku hanya RM150 berbanding RM200 sebelum ni. Alhamdulillah kalini lebih tenang dan mampu untuk bayar walaupun gaji sekarang separuh dari gaji dulu. Gaji dulu RM2k tapi sentiasa rasa tak cukup. Now, alhamdulillah wa syukurillah. Salah satu sebabnya, kali ini aku lebih tawakal sepenuhnya dan aku letak sepenuh kepercayaan pada Allah SWT untuk uruskan setiap duit yang aku sumbangkan. In Shaa Allah kita akan rasa lapang. Trust me, kalaupun agen tu pecah amanah, itu urusan dia dengan Allah. Tapi kita ni haa. Kepercayaan nak letak kat siapa, tu lebih penting.

Tepuk dada tanya iman sis.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.


Kalau korang berminat nak ambil dengan agen yang sama dengan aku, which is Takaful Ikhlas boleh contact 0142366915. In Shaa Allah servis yang sama aku terima dulu, sama dengan servis yang bakal korang dapat. In Shaa Allah. Tapi, betulkan niat korang awal-awal apa tujuan nak ambil takaful ni. Mana-mana agen takaful pun akan remind benda ni dengan korang termasuk agen takaful aku tu.

Tapi, kalau korang berminat nak tahu tentang PRUdential BSN Takaful. Boleh contact 0142366915. Dialah yang aku bagitahu hadap macam-macam kes sedangkan kes tu berpunca dari pemegang polisi sendiri yang buat polisi takaful depa lapsed (Macam aku dulu >_<) So, please. Jangan ulang kesilapan aku yang dulu.

Baca ni --> Kenapa nak promote dua-dua syarikat takaful? Well, aku flexible. Sometime apa yang korang betul-betul perlukan tak ada pada A mungkin ada pada B. Life is simple, right?

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)