Kenapa Aku Tukar Dari Telco Maxis Ke Digi - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jun 9, 2018

Kenapa Aku Tukar Dari Telco Maxis Ke Digi

Kenapa Aku Tukar Dari Telco Maxis Ke Digi | Tak payah lah kecam aku acah-acah macam aku nak boikot Maxis. Aku tak pernah boikot Maxis tau. Kalau tak, takkanlah aku setia dengan Maxis ni since 9 tahun lepas. Mungkin dah sampai masanya untuk aku ubah mood dan buat sesuatu yang baru.

Kalau ada yang perasan, aku pernah mengadu yang nombor maxis aku dah kena terminate sebab tak topup lebih 3 bulan taksilap aku. Tapi sebab dah pakai sejak 9 tahun lepas, aku sanggup korbankan RM98 aku untuk dapatkan balik nombor ni daripada beli baru. Eh hello! Kenangan aku tau. haha. Ni nombor telefon pertama aku sejak dari boifren yang dulu #Eh haha. Baca -> Nombor Telefon Maxis Kena Terminate

Simkad Digi yang sampai direct depan rumah

Tapi baru 2 bulan bayar bil, aku rasa aku dah tak boleh tahan dah. Bukan sebab content pakej dia, tapi harga pakej dia. As for me, bil telefon RM98 sebulan adalah mahal yaa. Mungkin aku akan consider balik kalau dorang offer pakej unlimited internet sekali. Tapi pakej ni ada unlimited calls ke semua rangkaian dan 20GB internet je. Itupun bahagi weekend dan weekdays. Tapi aku akui memang kebanyakan pelan telco lain pun ada bahagi-bahagi weekend dan weekdays ni. Tapi, dengan pakej yang ditawarkan, aku boleh dapat dengan harga yang lebih rendah dengan Celcom which is RM80/bulan. Tapi, aku tak nak sebelahkan mana-mana pihak lah sebab masing-masing ada pro and cons masing-masing. Semuanya berbalik pada korang yang membayar. Kalau rasa berbaloi, boleh subscribe tak ada masalah. Ini kan pendapat peribadi aku hihi

Apa-apa pun, aku yang dalam proses untuk menjimatkan segala kos yang boleh aku jimat, aku ambil keputusan untuk tukar telco telefon aku kepada pakej yang lebih berbaloi dengan harga yang aku mampu untuk bayar setiap bulan.

At least, every month bila aku bayar komitmen aku akan rasa worth it lah. Well, my worth it means murah dan berbaloi haha.

Kenapa perlu bayar lebih untuk benda yang aku tak guna. Baik bayar untuk apa yang kita guna sahaja. So, yeah! I'm Digi-an once again selepas aku langgan pakej Broadband Digi suatu tika dulu.

So now aku tengah dalam proses mencuba dulu pakej Prepaid yang Digi tawarkan.


Ya, aku ambil pakej Prepaid RM58 sebulan. Unlimited call ke semua rangkaian, unlimited internet 12 jam (sesuai untuk yang suka tengok movie online atau jadi burung hantu. Aku banyak online melalui laptop jadi jimat kalau guna hotspot je) In shaa Allah aku cuba dulu sebulan. Kalau okay aku teruskan. Harap-harap okay lah. Tak adalah aku nak tukar lagi. Malaih den.

APA YANG BEST TUKAR TELCO DIGI?
Ish, tanya lagi apa yang best. Caj penukaran hanya RM1 saja (akan dipulangkan semula setelah berjaya daftar), FREE Kos Postage pula tu. Yaa, ini yang kita mahukan. Maksudnya aku tukar telco aku daripada Maxis ke Digi secara online saja tak perlu ke centre dia. Jauh lah. Jadi, selain kos proses hanya RM1 dan tiada kos penghantaran. Servis penghantaran cepat gila kot.

Just imagine, aku berjaya submit permohonan tukar line kepada Digi hari khamis petang dalam 5 ke 6 petang macam tu. Notis dia maklumkan 3 hari bekerja. So, aku expect hari Selasa next week kan. Tup-tup Jumaat pagi GDEX call aku cakap nak hantar simkad. Wait! Seriously. Memang terkejut jugalah sebab cepat gila dorang proses.

Prepaid worth it. Postpaid pun not bad. Ini pendapat aku lah. Tapi, lain tempat lain lah coverage. Ada je certain tempat yang mungkin Digi tak dapat cover. So, tengok juga lah.

Apa pun, alhamdulillah. Sebab sekarang which is hari Sabtu secara officialnya aku jadi Digi-an lagi lepas Broadband pun aku guna Digi. Oh lupa nak cakap aku bagi ayah aku yang guna Broadband. Jimat. Bulanan pun rendah.

Nanti aku update lagi macamana lepas sebulan guna Digi ni tau.

See you guys!

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)