Iklan Raya Paling Sedih Pilihan Ramai - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Iklan Raya Paling Sedih Pilihan Ramai

Iklan Raya Paling Sedih Pilihan Ramai | Mungkin ada antara korang yang pernah tengok iklan raya ni. Yang pasti aku sangat terkesan dengan iklan-iklan raya lebih-lebih lagi kalau itu merujuk pada ibu bapa dan orang tua. Sedih dia menusuk ke kalbu beb.

1. Siapa tak kenal dengan iklan raya #bahuluemak
Tahun 2016 #bahuluemak mulakan iklan pertama kemudian 2017 ada disusuli #lagilagibahuluemak. Bagi aku yang kedua ni feel dia 2 kali lagi sedih. Paling touched bila anak dia call kata nak balik kampung setelah sekian lamanya anak dia tak balik kampung. Sebabnya hanya satu. #Zara .  Then last minute Adam tukar plan, tak jadi balik kampung. What the?! Kau kenapa? Kesian mak kau kat kampung. Allah sedihnya :'( Lagi sedih bila emak sanggup ke Utara semata-mata nak bagi #bahuluemak untuk cucu kesayangan dia. Sedih sedih :'( Sampai hati Adam.



2. Iklan raya #AyahSu
Dalam iklan ni, kebanyakan muka-muka baru tapi semua lakonan menjadi sangat. Seolah-olah kejadian tu realiti dan dengan aku-aku sekali termasuk sekali dalam dunia diorang. Allah :'( Que Haidar memang terbaik! Watak dia sebagai ayah su keluar sekejap je, tapi aku terkesan dengan watak dia sebagai ayah su yang bertanggungjawab dan sayang dengan anak-anak buah dia. Seikhlas hati. Tanpa mengharapkan sebarang balasan. Terus aku cari lagu #Ayah dendangan Azmi Caliph Buskers. Terbaik!

Air mata merembes keluar bila ayah diorang lepaskan 4 orang anak yang dah besar-besar naik bas balik kampung sendiri. Bila lalu tempat accident, abang dia perasan nombor plat kereta ayah dia. T__T Huuu sedih amat. Rupanya pesanan ayah dia yang ayah su akan tunggu diorang di stesyen tu adalah pengakhiran yang diorang akan dijaga oleh Ayah su diorang lepas ayah ibu dia pergi.


Cukuplah 2 iklan raya yang berjaya menyentuh emosi aku di akhir-akhir Ramadhan ni. Hihi.

Korang bolehlah suggest iklan mana yang menarik perhatian korang untuk dikongsikan dengan aku dan pembaca yang lain. Eh, dah beli baju raya belum?

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)