Dilema Antara Kerjaya Hakiki Atau Kerjaya Passion - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Dilema Antara Kerjaya Hakiki Atau Kerjaya Passion

Dilema Antara Kerjaya Hakiki Atau Kerjaya Passion | Dekat seminggu aku ambil masa untuk putuskan satu keputusan untuk masa depan ni. Allah. Baru nak bina kerjaya belum bina rumahtangga. #Eh #sistersasul . Kalau korang yang ada mengikuti perkembangan aku dari habis belajar dulu, aku terus bekerja dan teruskan sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi secara separuh masa. Now, dah 4 tahun aku bekerja.


Status Whatsapp aku yang berbunyi bahawa aku dalam dilema. Terharu sangat sebab tak sangka ramai yang respons. Dan ramai yang bertanyakan 'kenapa' dan aku dengan rendah hatinya bertanya pendapat setiap seorang yang sudi bertanya pada aku.

Apa pilihan korang jika ada pilihan kerjaya bidang pengajian kau yang selama 5 tahun kau belajar tu dengan kerjaya yang memang menjadi passion kau sejak dari dulu lagi.

Itulah soalan yang aku tanyakan kat 15 orang yang sudi respons pada status Whatsapp aku. Seriously aku terharu. Dan aku berani kata 93% agree dengan kerjaya passion which is bila kerjaya masa depan tu adalah kerjaya yang kita minat dan suka. Kita akan lebih bersungguh-sungguh dalam buat kerja kalau buat ikhlas dari hati. Kita sayang kerja kita tu dan akan buat yang terbaik untuk kerja tu sebab kita sayang dan kita ada tujuan yang jelas dalam sesebuah kerja yang kita minati tu.

Eh, lagi 7% tu tak setuju ke dengan kerjaya melibatkan passion kita? Eh tak lah. Dia bukan tak setuju. Dia suruh aku smbung ACCA pulak. Duhh, kau ni. Aku tanya benda lain tolong jangan suruh aku buat benda lain boleh tak hahaa.


Nak tahu kenapa aku dalam dilema? Sebab aku dapat panggilan interview job eksekutif akaun dan dah dapat 1 job offer eksekutif akaun cum HR. Office pun dekat. Dalam masa yang sama sebenarnya aku ada ditawarkan untuk menjaga satu tuition centre. Aku pernah kan bagitahu korang yang aku dah mula mengajar dari 2016. Alhamdulillah walaupun sibuk, aku tetap nak mengajar.

Aku suka berkongsi dan aku rasa aku dah jumpa satu terapi baru aku untuk cari semula 'sesuatu' yang aku dah hilang sejak 10 tahun yang lepas. Aku rindu perasaan ini. Terima kasih Allah. Kau jawab satu-satu permintaan dan doa aku sejak dulu.

Kali ni memang aku tak nafikan. Betapa kekuatan doa tu memang hebat. Doa tu Allah tak jawab secara spontan. Tapi, Dia bagi kita lalui dulu segala macam ujian dan kita akan rasa lebih bersyukur bila kita akhirnya dapat apa yang kita hajati selama ni setelah bersabar sekian lamanya.


Jadi, sekarang ni. Apa yang aku boleh buat adalah tawakal.

Ya, Tawakal.

Aiza Amiera, kawan sekelas aku masa Diploma. Betul dia cakap. Kita belajar tinggi-tinggi pun, jangan rasa kesal bila kita tak dapat kerja yang sehaluan dengan bidang pengajian kita. Sebab itu semua adalah ilmu dan pengalaman yang Allah pilih bagi kita. Ilmu dan pengalaman ni tak dijual kat kedai tau. Aku setuju. Sebab ilmu pengetahuan akan menambah nilai mutu dan kualiti diri kita supaya tak mudah tertipu dan pengalaman akan mematangkan diri kita. Lengkap!

So, kenapa perlu rasa kesal dengan setiap yang berlaku. TAWAKAL. Allah lebih tahu segalanya, bukan?

Baca artikel lain :


No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)