Berbaloi Ke Kalau Mengajar Tuisyen - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Berbaloi Ke Kalau Mengajar Tuisyen

Berbaloi Ke Kalau Mengajar Tuisyen | Tipu kalau aku cakap aku mengajar bukan kerana duit. Tapi itu bukanlah isu yang utama kat sini. Okay, jujur bagi individu yang datangnya bukan dari background pendidikan asalnya aku agak nervous untuk mengajar. Aku pernah ceritakan yang 3 tahun lepas merupakan titik pertama aku mula sebagai part time tutor. Itupun setelah jiran aku tahu aku belajar akaun dari SPM dan dia minta tolong aku untuk ajar anak dia. Yaa, itulah titik permulaan aku dalam bidang yang satu ini. #sistaksangka #dahmasuktigatahun


Aku kena study balik semua syllabus masa SPM dulu. Walaupun hakikatnya aku tak adalah khatamkan semua sebabnya benda tu basic sangat bagi aku. Sebab SPM dan Diploma  memang belajar akaun, jadi itu tak jadi masalah bagi aku. Unless disuruh ajar Sains Form 5. Allah, boleh pengsan aku masa tu juga haha. Baca -->  Pengalaman Pertama Mengajar Sebagai Guru Tuisyen

Persediaan yang agak kurang, nota tambahan tak sempat prepare, pengalaman tak ada. Well, senang cakap serba-serbi tak lengkap. Tapi, aku cuba juga. Paling best, result student aku masa tu dari B naik ke A-. Alhamdulillah. Dan alhamdulillah untuk job pertama ni aku dapat RM350 sebulan.  Bagi aku yang masa tu masih belajar, duit sebanyak tu cukup banyak lah bagi aku kihkih.

Untuk korang yang baru berjinak-jinak nak menjadi guru tuisyen atau home tutor. Konsep dia sama saja. Beza dia, kau mengajar dekat mana. Tuition centre atau di rumah client. Dan dari segi bayaran pula based on level.

Untuk level SPM of course lebih tinggi which is paling tinggi aku pernah dapat adalah RM50/jam. Standard rate RM40-50/jam untuk SPM. Untuk PT3 pula rate standard RM35-40/jam. Dan untuk UPSR, rate paling tinggi aku terima adalah RM39/jam. Standard untuk UPSR adalah RM30-40/jam. Ini kira rate yang sesuai di zaman sekarang dan di KL.

Biasanya duit mengajar aku terus masukkan dalam Tabung Haji sebagai simpanan. Belanja harian dan komitmen bulanan aku bayar guna duit gaji kerja dan duit bisnes.. Baca --> 4 Cara Saving Duit Walaupun Masih Belajar

Okay, harini aku berbaik hati sikit. Aku nak share Tips Mulakan Home Tuition Secara Part Time.

1. Search Agent Home Tuition
  • To be honest, memanglah pada awalnya susah sikit nak bermula dan survive. Disebabkan kau tak mempunyai kenalan untuk menjadi pelajar kau yang pertama, jadi sebagai permulaan kau cuba join mana-mana agent home tuition. Kau boleh search aje di Google, memang banyak.


2. Interview
  • Kau contact person in charge, ada certain home tuition yang akan buat interview dulu sebelum terima job, ada yang bagi job dulu dan kemudian baru interview dan ada juga yang tak perlu interview. Macam aku, ada yang interview face to face, ada yang interview secara video call dan ada juga yang tak ada interview. Tapi diorang ada minta kita hantar mock teaching kat diorang untuk penilaian cara pengajaran. It depends. Yang penting, kalau dapat interview tu, pergi saja. Tak perlu takut-takut. Just prepare mental dan fizikal macam mana kita prepare nak pergi mengajar.


3. Penerimaan Job
  • Dah masuk dalam komuniti guru-guru tuisyen tu, nanti admin akan update job yang banyak. Kalau ada berdekatan dengan korang boleh lah apply job tu. Ingat tau! Korang kena pertimbangkan dua benda ni masa apply job iaitu jarak perjalanan ke rumah client dan berapa rate yang korang dapat untuk job tu. Worth it or tak.. Then, bila okay. Yang penting cuba! Kita takkan boleh tahu kemampuan kita setakat mana kalau kita tak cuba. Belum cuba belum tahu kan?


4. Client Approval
  • Once dah apply job tu, tunggu kalau client berminat dengan kita then Tahniah! Tanggungjawab korang sebagai pendidik bakal bermula tak lama lagi. Eh kenapa nak kena tunggu? Iyalah, mungkin 1 job tu ada 3, 4 orang tutor yang apply. Jadi, client akan pilih mana yang terbaik dan dekat dengan tempat dia supaya mudah untuk dia buat arrangement masa.


5. Mengajar
  • Pengalaman aku, sebelum mula belajar. Kenali dulu parents dan yang paling penting kenali bakal pelajar korang. Macam aku, aku akan buat appointment dengan parents dan student aku sehari sebelum kelas bermula. Dalam fasa ni, kita kenali anak client dari mulut client sendiri dulu. Jenis macamana, sikap macamana, rajin atau malas belajar. Keputusan ujian dia yang terbaru macamana. Yeay or nay. Sebab dari situ, kita boleh jadikan modal kepada apa yang kita bakal ajarkan esok. Dah kenal macamana peribadi student korang based on first impression? Tak perlu percaya 100% tapi korang boleh decide cara pengajaran yang mana sesuai dengan student tu.


6. Submit Claim
  • Selesai sebulan mengajar, cukup bulan tutor submit claim based on hari dalam attendance sheet yang kita dah isi setiap kali habis kelas.


7. Pembayaran kepada tutor
  • Yeah! Inilah masa yang semua tutor nanti-nantikan. Payment akan masuk bank korang seperti yang dijanjikan oleh pihak pengurusan. Kcing! Kcing! Kcing! Makesure tally dengan claim yang korang submit. Kalau tak tally, sila update semula dengan person in charge korang tau. Memanglah, aku tahu korang mengajar dengan hati yang penuh ikhlas dan tak berkira. Tapi, aku rasa kalau bab payment by hook or by crook memang kena berkira. Tapi, kalau elmu nak curah tak berkira kat students tak apa tau hihi. 


8. Feedback dari client
  • Last but not least, kita kena sentiasa update dengan client samada students faham dengan apa yang kita ajarkan. Sampai ke tidak elmu yang kita curahkan pada student kita tu. Jangan kita ajar syok sendiri, tapi student tak faham-faham. Kalau student masih agak kurang faham, kita as tutor kena cuba metod yang lain bagi memahamkan diorang. Ingat! Kita bukan guru sekolah okay, jadi jangan sibuk-sibuk nak ambil tanggungjawab guru sekolah. Tugas kita adalah untuk bantu student faham dengan gunakan metod yang lebih mudah untuk dihadam dan dipraktikkan. Selebihnya kita kena update dengan keputusan ujian diorang. Nak tengok dorang apply apa yang kita ajar adalah dengan cek balik soalan exam diorang.


Alhamdulillah bulan ni payment paling banyak masuk. Dekat RM2k juga bulan ni. #jujurtakniatriaktau . Alhamdulillah. Mana taknya, 24/7 kut this month. Everyday. Haha. Tapi tetap bersyukur. Masih ada lagi rezeki Allah kirim untuk aku kongsikan dengan family :)

So, macamana? Boleh nampak tak macamana prosedur untuk mula menjadi home tutor ni? Kalau masih ada lagi soalan yang bermain di minda, jangan segan untuk kongsikan di bahagian komen. Aku akan cuba jawab :)


See you guys on next entry!

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)