10 Tips Mudah Uruskan Hutang - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jun 25, 2018

10 Tips Mudah Uruskan Hutang

10 Tips Mudah Uruskan Hutang | Artikel kali ni khas buat korang yang masih lagi terkapai-kapai dalam mencari jalan untuk menyelesaikan hutang piutang yang menimbun dan terbeban atas bahu tu. Aku tertarik untuk kongsikan 10 tips mudah uruskan hutang ni sebab aku ada dapat 2 soalan dari pembaca blog untuk aku tuliskan panduan selesaikan hutang. As for me, sangatlah tak layak untuk aku kongsi cara aku uruskan kewangan. Sebab aku ni pun bukannya sesiapa kalau nak berbicara soal kewangan.

Tapi aku tetap laksanakan permintaan ini. Aku kira ini sebagai salah satu denda sebab aku tak dapat publish 15 entri seperti dijanjikan. So, sabar tau. Sebab entri tengah berderet tunggu time untuk di-publish. Perkongsian kali ni aku bawakan dari peminat Ustaz Hasnan Kasan.


Bukan semua orang berpeluang untuk melunaskan segala hutang piutang dalam masa yang singkat. Ada orang yang tersepit antara komitmen harian yang terlalu tinggi ataupun pendapatannya yang terlalu sedikit. Tapi, bagi aku. Kalau dah namanya hutang, sampai bila-bila ia tetap hutang harus dilangsaikan. Tak kira macamana lifestyle kita. Match kan dengan kemampuan masing-masing. Itu pendapat aku lah..

Tapi korang percaya tak yang 10 tips di bawah boleh bantu korang reschedule balik semua hutang korang dan lepas ni bolehlah mula bayar hutang walaupun sikit.

10 Tips Mudah Uruskan Hutang

1. Senaraikan semua hutang.
Segala jenis hutang perlu ditulis supaya lebih murah kita kesan hutang mana yang belum langsai lagi. Contohnya, Hutang beli rumah. Hutang beli kereta. Hutang dengan bank. Hutang dengan kawan-kawan. Tuliskan semua. Belajar disiplinkan diri.

2. Kurangkan Hutang atau Lupuskan Hutang
Dari senarai di atas, hutang yang manakah boleh dikurangkan dengan cara melupuskan atau scale down. Jika ada tiga buah kereta, adakah boleh jual sebuah kereta? Jika ada kereta yang bayaran ansuran tinggi dan guna minyak banyak, adakah boleh ditukar dengan yang lebih rendah?

3. Berhenti buat hutang baru.
Cukup-cukuplah tu berhutang. Ikat perut. Hidup dengan apa yang ada. Cari jalan lain untuk dapatkan apa yang kita perlukan. Berkongsi kereta dengan pasangan atau adik-beradik untuk pergi ke stesen pengangkutan awam terdekat, berbanding beli kereta tambahan. Banyak kos boleh jimat kat sini. Kos beli kereta, kos ansurans kereta, kos minyak, kos bayaran tol dan kos repair kereta. See?

4. Usah gunakan kad kredit kalau hutang kita menimbun.
Kalau nak gunakan kad kredit, pastikan bayar pada hujung bulan. Kad kredit bukan kad berhutang. Kadar faedah kad kredit cukup tinggi. Kad kredit bukan aset, ini liabiliti. Ingat tu!

5. Elakkan beli barangan kecil secara berhutang.
Contohnya, perabot atau smartphone. Kadar faedah hutang beli barangan ini sama seperti kadar faedah pinjaman peribadi atau kadar kredit. Cukup tinggi dan tak berbaloi. Installment nak selesaikan ambil masa lama, interest yang tinggi. Duit habis duk buat bayar interest aje.

6. Biarlah orang lain buat wedding of the year pun.
Kita? Pekakkan telinga. Butakan mata. Bisukan mulut. Kita buat ala kadar saja sudahlah. Apabila anak sulung saya kahwin, saya jemput 300 orang saja. Tak buat khemah pun. Makan di dalam rumah. Tak ada masalah pun. Usah ambil pinjaman peribadi untuk buat kenduri kahwin. Mengarut.

7. Usah scale up beli barang setiap kali dapat kenaikan gaji atau dapat duit tambahan.
Gaji naik RM200, tapi hutang bulanan bertambah RM300 sebulan. Gila. Tak perlu beli kereta baru apabila dapat kenaikan pangkat. Simpan duit tu. Gunakan lebihan itu untuk langsaikan hutang lama.

8. Utamakan bayar hutang berbanding “belanja mewah.”
Hentikan makan di restoran makanan segera yang mahal. Usah lepak di coffee house hotel, kafe hipster bagai. Tangguh dulu nak travel ke luar negara. Berhenti bakar duit dengan merokok. Banyak boleh jimat kat sini. Silap-silap boleh jimat separuh gaji kau tu.

9. Bawa bekal ke tempat kerja.
Bagi keluarga ramai, tabiat ini dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan. Isteri saya bawa makanan ke tempat kerja setiap hari. Saya bawa bekal beberapa kali seminggu. Penjimatan ini boleh digunakan untuk bayar hutang.

10. Beli barangan terpakai yang masih elok.
Cucu saya menggunakan barang permainan, car seat dan stroller terpakai. Elok pun. Cara nak kurangkan hutang ialah tingkatkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan. Itu saja. Selain itu, semua scam!

Credit : NORIZAN SHARIF


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)