Nombor Telefon Prepaid Maxis Kena Terminate? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

May 3, 2018

Nombor Telefon Prepaid Maxis Kena Terminate?

Nombor Prepaid Maxis Kena Terminate? | Yaa! Baru minggu lepas terjadinya isu nombor telefon kena terminate. Alkisahnya aku menggunakan 2 nombor telefon yang berbeza atas sebab nak guna basic internet. Sampailah aku terlupa untuk topup nombor rasmi aku. Haaa, nombor rasmi ni aku gunakan untuk semua urusan, dari study, urusan official dengan bank, uitm, office, kawan-kawan, bisnes. Senang cakap, semuanya. Fuh! Tup-tup orang tak dapat call masuk dan aku tak dapat call keluar guna nombor tu. Rupanya dah terminated. #sispengsanmalasnakfikir

Seminggu juga settle down dengan agent Maxis ni. Rasa patah sebelah kaki bila kena terminated nombor tu yang aku dah pakai dari umur 16 tahun lagi.

Dan lebih terasa patah dua-dua belah kaki bila agent cakap yang nombor ni dah open to public.

Cepat betul! Eleh padahal saje je kan nak momok-momokkan aku suruh aku bayar kat kome Cis!


PILIHAN YANG ADA
Disebabkan aku dari prepaid plan, so tak ada choice lain yang boleh aku lakukan bila 3 agent Maxis yang aku call semua jawab option yang sama. Nombor tu diorang boleh reserve tapi untuk aktifkan balik aku kena tukar postpaid plan. Hmm, do I have choices gaisss?

So memang nak tak nak aku kena aktifkan pada Postpaid plan aje. #sisredha


CARA UNTUK AKTIFKAN SEMULA NOMBOR TELEFON

1. Call Maxis Centre untuk request aktifkan nombor telefon korang yang kena terminate tu
2. Tunggu Maxis (123) call korang untuk confirm aktifkan semula nombor tersebut
3. Pergi ke Maxis Centre tau bukan kiosk atau small centre Maxis. Nak yang centre betul.
4. Dorang akan aktifkan dan korang kena buat bayaran RM98 untuk first month bill

Kesimpulannya postpaid plan korang berharga RM98 sebab itu plan yang paling minimum. Apa yang aku dapat dari plan ni adalah 15GB Internet Weekdays dan 15GB Weekends. Unlimited Calls dan SMS. Memang berbaloi tapi mahal betul wei aku nak bayar every month. Haha

Tengok dulu lah sebulan. Kalau ada rezeki aku tukar lah telco lain. Or else lepas 6 bulan nanti aku akan tukar pada prepaid plan semula. hihi

Kalau korang pun ada masalah yang sama dan nak balik nombor telefon favourite korang tu, boleh cuba request pada Maxis semula.

Kalau tak, beli aje nombor telefon baru haha. #belibaruaje

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)