Jatuh Cinta Dengan Stail Fotografi Kaedah Flat Lay - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jatuh Cinta Dengan Stail Fotografi Kaedah Flat Lay

Jatuh Cinta Dengan Stail Fotografi Kaedah Flat Lays | Kalau ikutkan kaedah flat lay ni dah lama dah orang guna dan aku pun dah lama jatuh cinta dengan stail gambar macam ni. Cumanya tak tahu the right words kaedah tu apa namanya sampailah aku terbaca di blog siqahiqa.co.

Untuk yang pertama kali juga tahu flat lay ni apa benda. Okay, flat lay ni adalah satu metod untuk mengambil gambar supaya gambar tu nampak lebih cool, fresh dan stylo. Aku pun selalu juga buat sebenarnya kat rumah, ambil gambar produk. Cumanya hasilnya mesti tak nais. Rupanya nak buat flat lay ni pun kena berguru dan menuntut elmu. Okay sebelum tu meh aku tunjuk kat korang macamana rupa gambar flat lay ni.



 

Haaa, nampak?

Stylo kan!

Nampak cool gila kan!

Bagi aku flat lay tersangatlah menjadi bila background putih plain atau berbulu, lighting cantek on point tak terlalu terang, warna item tak berubah dan yang paling penting, less is perfecto! Barang dalam tu tak terlalu banyak. If not, mata aku pun serabut nak tengok. Contohnya macam bawah ni. Haaa, gambar bawah ni aku yang snap. Paling tak tahan kau tengok background dia tu. Siap sebat je alas meja kat rumah aku ni. Aduh ya ampun. Hahaa


Korang biasa ke snap gambar flat lay macam ni? Kalau biasa, cer share sikit macamana korang buat gambar nais macam tu. Guna kamera apa bagus. Guna kamera atau kamera telefon saja? Yang boleh dapat kualiti cantik meletop macam gambar korang tu lah. Boleh lah kumpul duit nak beli gadget baru nanti hihi. Kena masuk list tabungan gadget pula lepas ni. Gichew.

Memang trend kan sekarang gambar stail flat lay macam ni. Tak percaya? Kau buka instagram. Semua online brand berebut-rebut upload gambar produk masing-masing guna stail gambar macam ni. Haaaa, barulah ohsem! Tak flat lay tak ohsem la brader muehehe.

Kalau korang pun nak tahu tips ambil gambar flat lay ni, try baca artikel ni dan semoga berguna untuk korang. So, yah gais. Kalau tahu mana nak belajar flat lay ni boleh kongsikan dengan aku tau.

Aku pun nak belajar ilmu baru yang aku tak dapat merasa masa kat universiti dulu. hihi


Baca artikel lain :

4 comments:

  1. Minat juga nak buat flat lay ni. Masih dalam pembelajaran

    ReplyDelete
  2. Kak Siqah memang idola bab ambil gambar ni. Mai suka tengok, nak ambil flatlay sendiri tak reti sebab nanti ada je nak nampak, bayang la, kabur sini sana la. stress. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling stress kita dah siap ambil gambar semua tup2 masa edit aduhhh kenapa ada benda ni. kacau lahh haha

      Delete

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)