ChitChat FILEM | DUKUN - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

May 1, 2018

ChitChat FILEM | DUKUN

ChitChat Filem | Dukun | Dah hampir sebulan filem Dukun ditayangkan di pawagam dan aku tak lepaskan peluang untuk jadi antara yang terawal tonton filem ni. Sejujurnya aku ni bukanlah kaki wayang cuma aku rasa macam Dukun ni ada 'sesuatu' je yang menarik aku untuk tengok.. Huhu


"Akhirnya kita bertemu."

Inilah tagline filem Dukun yang dah menjadi bualan hangat netizen sejak sebulan lepas bila dikhabarkan filem ni sebenarnya dah lama disiapkan. Sejak 12 tahun lepas lagi. Cumanya atas beberapa sebab yang agak sensitif, so filem ni tak dapat ditayangkan dulu. Dikatakan lagi filem ini diangkat daripada kisah Mona Fendy atau kisah yang hampir atau dekat dengan kehidupan Mona Fendy masa awal tahun 2000 dan mendapat tentangan daripada keluarga terdekat.

Tapi sejauh mana kebenarannya tu aku kurang pasti. Tapi, cuma aku curious juga, macamana isu yang dulunya 'terlalu sensitif', tapi sekarang? Memang dah terbiar begitu saja ke isu tu? Wallahua'alam.

SINOPSIS DUKUN

Diilhamkan daripada kes berprofil tinggi pada awal tahun 2000, Dukun menceritakan mengenai seorang peguam, Karim (Faizal Hussin) yang mencari anaknya yang hilang, Nadia (Elyana). Dalam pencarian itu, Karim meminta bantuan bantuan pihak polis dan pihak polis juga memintanya untuk menerima kes Diana Dahlan (Umie Aida).

Diana Dahlan dibicarakan atas tuduhan membunuh Dato' Jefri. Diana telah mengaku dan ada kaitan antara Diana dan anak Karim, Nadia yang menghilangkan diri. 

Pelbagai kisah misteri terjadi sehingga menjawab persoalan mengenai kematian Dato' Jefri dan kehilangan Nadia. 

Dapatkah Nadia ditemui? Apakah hukuman yang dijatuhkan terhadap Diana? 

REVIEW

To be honest, aku bagi 6 daripada 10 bintang. Perjalanan cerita yang agak pening, kejap-kejap throwback, kejap-kejap throwback sampai aku pun tak dapat nak fahamkan mana satu yang waktu sekarang haha. Tapi nasib baik aku ada baca sikit review dan tengok trailer dan komen dari pelakon Dukun tentang filem ni. Yang paling aku cannot brain sekali adalah siapa lelaki yang asyik pegang tongkat tu! Haha. Rupanya dia adalah kembar pada Diana Dahlan.

Alkisahnya yang aku faham, kenapa at the end of the story lelaki tu temankan Nadia (anak Karim) dalam bilik mekap tu, kenapa tak dia je jadi bomoh. Dikatakan tongkat Batak tu cuma akan diwarisi oleh dukun perempuan walaupun kegunaan tongkat tu untuk kekuatan dan kejantanan lelaki. So, sebab tu kembar Diana Dahlan tak dapat warisi tongkat tu jadi dia akan assist dukun wanita yang baru untuk terus praktikkan dan warisi ilmu hitam dari Diana Dahlan.

Dan aku pun baru digest kenapa Diana Dahlan pernah cakap dengan Karim (lawyer) tu yang dia akan jumpa anaknya, Nadia satu hari nanti. Tapi cuma dapat jumpa je tak dapat memiliki Nadia. Sebab Nadia pewaris Diana Dahlan.

Bila dah habis, oh okay! Okay faham. Punya lambat aku nak digest story line Dukun ni haha. Tapi tak semua lah tak okay. Ada je yang aku suka dalam filem ni.

LAKONAN YANG BERKESAN

Walaupun filem ni dah disiapkan lama sejak dari 12 tahun lepas lagi tapi apa yang aku boleh puji dalam filem ni adalah para pelakonnya berjaya bawa watak diorang dengan baik. Terutama sekali Umie Aida. Paling eurghh aku tengok, bila dia jilat cinding penjara tu. What! Aku be like seriously dia jilat dinding yang berlumat tu?! Umie Aida kata itu aksi betul, di luar sedar!

Dia kata dia tak ingat langsung yang dia ada jilat dinding berlumut tu. Maka aku pun berhuhu je.

Elyana pun berjaya bawa watak dia dengan berjaya walaupun tak banyak pun dialog Elyana, tapi body language dia berjaya. Aku pula rasa seriau masa ada benda masuk badan Nadia masa di hospital tu. In fact masa ni Elyana muda lagi. Dalam umur 18 atau 19 tahun rasanya. Tapi memang berjaya. Syabas!

LAGU BERHANTU

Sebelum filem ni ditayangkan, ada lah beberapa video perempuan berkebaya merah viral di whatsapp. Rupanya gimik untuk filem ni semata-mata. Aduhai.

Dan lagi satu, lagu yang dinyanyikan oleh Umie Aida dan Elyana untuk filem ni bagi aku memang ada 'sesuatu'. Lagu ni pun sesuai dengan suara Elyana yang serak basah dan ala-ala seram tu. Aku baca review orang lain, siap boleh dengar berkali-kali tu. Perghh, lagu tu dah macam lagu balada ke bagi korang? haha


So, korang yang belum lagi tonton filem Dukun tu sila-silalah tonton dan bolehlah kongsikan review korang kalau dah tengok. Peringatan bahawa ini adalah review peribadi aku saja. Lain orang lain pandangan. Macam kawan aku, dia cakap bolehlah. Cuma banyak sangat adegan yang ada darah. Rasa nak muntah. Hihi

Rating : 🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

Jumpa next movie review okay gais!

4 comments:

  1. Movie ni agak boring bagi Siqah. Terpaksa besarkan mata untuk tonton sampai habis. Hihi. Tapi lakonan memang mantap dan yes lagu tu berhantu !!

    ReplyDelete
  2. tak tengok pun cite ni haritu sebab mira memang penakut sikit.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa ruginye tak tengok citer hantu hahaa

      Delete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)