Warong Pok Nong Terengganu Viral Ikan Celup Tepung Rangup - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Warong Pok Nong Terengganu Viral Ikan Celup Tepung Rangup

Warong Pok Nong Terengganu Viral Dengan Ikan Celup Tepung Rangup | Kalau sebut Terengganu, selain dari mempunyai kecantikan dari sudut geografinya (Pehh siap geografi bagai kakak kau ni haha),  Terengganu turut terkenal sebab makanan yang famous, sedap dan viral. Haa, ini juga lah salah satu sebab aku nak ke Terengganu walaupun pada asalnya nak ke Perak dan Penang. Nampaknya perancangan Allah lagi cantik.

Masa bercuti haritu memang kosongkan perut, makan bila ke tempat makan viral tu aje. Sebab nak makan makanan yang viral tu puas-puas. Kang nanti kempunan haha. Kalau korang bercuti ke Terengganu korang akan sentiasa nampak kedai tepi-tepi jalan, tepi pantai yang menjual ikan celup tepung dan sotong celup tepung. Boleh kata ini memang makanan patut korang cuba jika berada di Terengganu. Kalau tak rasa memang tak sah. Dari masa aku ambil adik aku balik dari UiTM Terengganu bulan 1 lepas dia ada cakap pasal ICT di Warong Pok Nong tu sedap. Tapi tak dapat pergi pun sampai lah aku pergi sendiri masa bercuti baru ni.


Aku juga baru tahu yang Warong Pok Nong ada disiar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, maka sejak itulah pelanggan Warung Pok Nong terus bertambah. Lagi best makan ICT menghadap ombak laut deras di seberang jalan. Memang sepoi-sepoi angin nya. Kereta pun siap berpasir tebal lagi haha!

Masa lalu kat luar Warong Pok Nong tu rasa tak percaya dah sampai situ dan tak sabar nak rasa ikan celup tepung yang viral tu. Sotong celup tepung lagi. Omnomnom. Tapi memang padat betul, ramai betul yang beratur dan meja semua penuh. Luckily masa kitorang sampai, ada dua family dah bangun untuk beredar. Apa lagi, cecepat duduk nanti orang ambil tempat tu haha.

Disebabkan kitorang 3 orang saja, so order 1 je ikan (RM3/1), 4 udang (RM3/1), 2 sotong (RM25/2), 1 ABC dan 1 air kelapa. Jumlah semuanya dalam lebih kurang RM32. Jadi, seorang hanya RM14 lebih kurang. First time makan ikan celup tepung dan sotong celup tepung, then makan pulak dari kedai yang best dan sedap cemni. Memang terasa kerangupan krak kruk krak kruk ICT ni. Cicah pula dengan sos colek homemade. Memang terasa kemanisan dan kepedasannya, tapi bagi aku sos ni memang pekat cuma terlalu manis. Rasa macam tengah minum kopi o pekat yang manis.

Tapi overall memang sedap. Berbaloi lah beratur lama pun. Eh, tapi tak lama pun lah. Dalam 5 ke 8 minit aje tunggu. Lama tu mungkin kalau ikan celup tepungnya belum siap goreng lagi. hiihi

Berombak rindu di seberang jalan Warong Pok Nong

Siap dengan 4 buah buaian lagi

Dengan ex-colleague, Julissa dan ex-roommate, Munirah. Ex boyfriend je tak ada haha.

Finally, ini kenangan yang dapat aku simpan untuk aku throwback 10 tahun lagi haha. Kalau korang nak datang sini senang aje. Google aje 'Warong Pok Nong Kg Telipot' atau boleh refer alamat di bawah. Jalan kecik tau depan Warong tu. Lagi-lagi sempit bila berderet-deret kereta parking di kawasan tu. Dah macam makan kat kenduri gamaknya haha.

Alamat:
Jalan Pantai A1693,
Kampung Kolam Mengabang Telipot

No. Tel : 09-6127655 / 0133517262
Waktu operasi :
3.30 petang – lewat petang


Baca artikel lain :

1 comment:

  1. Goreng tepung memang sedap!! Pernah sekali ke Terengganu dan singgah makan kedai goreng tepung. Tapi bukan kedai ni lah. Mana yang jumpa je. Hii

    ReplyDelete

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)