Tips Geli-Geli Saving Duit Masa Belajar - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apr 4, 2018

Tips Geli-Geli Saving Duit Masa Belajar

Tips Geli-Geli Saving Duit Masa Belajar | Aku yakin ramai student kat luar sana yang mengalami permasalahan yang sama macam aku atau mungkin lagi worst bila sebut pasal financial ni. Dengan tak cukup duit nak membeli makanan harian, nak membeli buku atau tak ada duit nak shopping masa karnival. Aku pun pernah rasa perasaan tu masa Semester 1 dan 2 Diploma. Okay tips ni aku rasa mungkin applicable bagi korang yang belajar secara sepenuh masa dan tiada sumber pendapatan lain.


Disebabkan masa Diploma lagi aku dah rasa macamana sesaknya hidup tanpa duit ni so itu juga antara sumber kekuatan untuk aku tetap dengan pendirian untuk sambung belajar tapi tak lagi menyusahkan orang tua dan tak lagi tambah beban hutang. Jujurnya masa aku Diploma, aku bukanlah jenis student yang suka berjoli tapi cuma agak sedikit boros bila bab membeli makanan. Dah namanya pun student haha.

Aku bukan jenis typical student yang jenis suka spend duit untuk beli gadjet, Iphone mahupun buat duit muka beli kereta. Tapi aku lebih pada spend duit untuk beli makanan haha. Take note.

Tips Geli-Geli Saving Duit Masa Belajar Versi Aku

1. Elakkan bercinta masa belajar
  • Nak gelak jap haha! Bukan kata tak boleh bercinta, cuma hadkan lah perbelanjaan masa bercinta tu. Mak kau kasi duit untuk kau meneruskan kehidupan kau dekat uni tu bukan bantu meneruskan kehidupan anak dara atau anak bujang orang haha. Ini bukan takat dapat jimat duit, jimat masa dan jimat tenaga malah dapat juga jimat air mata kehkeh. Tapi dah nama pun tips geli-geli versi aku, mestilah elakkan bercinta ahahaha.

2. Jangan butakan mata dengan nafsu nak membeli gadget
  • Asalnya aku tak tahu pun ada student yang gunakan duit PT yang tak seberapa tu buat tukar Iphone. Rupanya ada segelintir yang berfikiran macam ni. Beb.. Iphone tak murah tau. Kalau satu semester kita dapat RM2,500 lepas tolak apa caj dan yuran semua dapatlah RM2,000. Bersih lepas kau beli buku, baki dalam RM1,700 saja. Sebulan RM340 je tau. Itupun kau nak buat beli barang makanan, sabun basuh baju duit fotostat dan printing, duit topup, duit naik public transport kat kolej setiap bulan. Eh, kau rasa ada baki lagi ke lepas tolak semua tu? Silap-silap masa study week terpaksa minta duit dari parents. Macam aku haha. Aku yang berjimat tahap gaban tak membeli barang-barang tak perlu tu pun nazak macam ni, inikan yang tak berjimat tu. Kau rasa?

3. Duit muka kereta? Tunggu ada income sendiri la sis
  • Kalau setakat income bulanan datang daripada PTPTN. Baik tak payah. Kereta ni bukan  lagi memudahkan tapi akan membebankan kau satu hari nanti. Kereta ni bukan aset tau tapi komitmen kau. Lainlah kalau kau ada side income yang maintain dapat tiap bulan. Lainlah kalau mak bapak kau kaya (Lehh, kenapa minta PTPTN?). Lainlah kalau kau ada sugar daddy (Ehh?) Bukan apa. Kereta ni bukan satu keperluan pun sebagai student tapi cuma kemahuan. Kalau dah beli kereta, mesti beli minyak, tak ada minyak kereta tak jalan. Kalau rosak, maintenance dia lagi. Fikirkanlah. Daripada beli kereta, baik spend sikit duit naik pengangkutan awam, dan lebihan duit tu invest kat mana-mana yang boleh bagi kau side income. Setuju?

4. Belajar menabung
  • Yang ini aku buat. Dengan roommate aku 3 orang lagi. Kitorang memang sekepala. Menabung sekepala. Memecahkan tabung juga memang sekepala hahaha. Tapi baiklah ada buat simpanan sekurang-kurangnya hujung semester nak dekat exam korang ada duit tabungan untuk dikorek bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan korang masa study week tu. Tak adalah asyik meminta-minta kat parents aje. Kita pun kena faham kepayahan dan kesusahan diorang. Ingat ni! Walaupun tanggungjawab ayah tu menyediakan keperluan kita untuk belajar dan sediakan keperluan pendidikan untuk anak-anak tapi selagi kita mampu untuk belajar hidup atas kaki sendiri, kita cuba. Belajar untuk tak selalu meminta-minta lagi dah. Sebab bila kita dah ke alam dewasa, kita kena belajar fikir yang ayah kita ada lagi tanggungjawab untuk adik-adik kita yang lain pula. Kan happy bila kita dah kurangkan beban parents kita. Meh baca tips saving.


Ini antara tips yang boleh aku kongsikan. Dah nama pun geli-geli, kau nak yeay sila ambil. Kau nak nay, sila abaikan. Tak ada paksaan. Hidup kita masing-masing, ada pendirian dan prinsip hiudp masing-masing. Sol jangan kecam sis taau. Ambil mana yang baik-baik aje.

Sebenarnya nak buat artikel tajuk cara langsaikan hutang diploma dan degree tapi terlencong sikit.

Oh, by the way boleh baca tips study yang lain juga.

Baca artikel lain :

2 comments:

  1. Kak ana dah rasa susah xde duit masa belajar. Nak beli gajet atau kereta takde dalam list langsung. Ku sedar diri ini. Cewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gituuu kate koo . Hahaa. Samalah. Dulu pun duit cecukup nak meneruskan kehidupan je kat u. Takdemaknanya nak beli gadget bagai. tp bdk2 skrg dpt pitih sikit, beli gadgetnya sampai meminjam2 duit orang hahaa

      Delete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)