Tips Langsaikan Hutang Pengajian Diploma Dan Degree - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apr 19, 2018

Tips Langsaikan Hutang Pengajian Diploma Dan Degree

Tips Langsaikan Hutang Pengajian Diploma Dan Degree | Semua yang mengikuti perkembangan pengajian aku di UiTM pasti sedia maklum yang aku kini di tahun terakhir Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Bukan nak highlight kursus tu pun sebenarnya tapi cuma nak highlight mod pengajian aku semasa diploma adalah sepenuh masa dan degree adalah mod separuh masa. Bila mod pengajian pun berbeza, aku memilih untuk tidak lagi memerlukan PTPTN untuk support pangajian Ijazah aku.

Salah satu sebab aku memutuskan untuk belajar secara separuh masa ini adalah aku nak menimba pengalaman bekerja dalam bidang pengajian aku iaitu perakaunan dan tak lagi tambah hutang PTPTN tapi dapat bayar yuran belajar menggunakan duit gaji sendiri.


Ada banyak lagi cara yang boleh korang apply untuk langsaikan PTPTN ni. Tapi untuk entri kalini aku akan highlight kan cara-cara nak langsaikan hutang pendidikan korang yang menimbun tu. Aku yakin most of korang ada hutang Diploma dan Degree sekali, betul? Memang betul. Pendidikan  adalah pelaburan jangka panjang dan memerlukan pengorbanan. Dan sekarang korang kenalah berkorban sikit atas pendidikan yang telah korang dapat beberapa tahun yang lepas. Dah tahu pinjam tu pandailah nak bayar balik kan. Takkan tu pun akak nak bagitau. Kesian budak-budak yang baru nak masuk universiti tu kalau korang tak bayar hutang.

5 Tips Langsaikan Hutang Pengajian

1. Bayar mengikut perjanjian
  • Aku sendiri merupakan salah seorang peminjam PTPTN sebanyak RM15,000. Dan sampai  ke harini alhamdulillah aku masih lagi membuat bayaran bulanan sebanyak RM150 walaupun pernah sesak dulu masa terpaksa berhenti kerja dan menganggur selama 2 bulan. Masa mula dapat pinjaman PTPTN, ada terima perjanjian kan? Haa, dalam tu dinyatakan sekali berapa jumlah ansuran yang perlu dibayar setiap bulan selepas tempoh bayaran diaktifkan, biasanya 6 bulan selepas tamat pengajian. Tapi, baru ni aku call PTPTN untuk adik aku punya pinjaman, tempoh dipanjangkan kepada 12 bulan selepas tamat belajar. Untuk kepastian, boleh call pegawai PTPTN. Bila dah tempoh panjang, lagilah bagus sebab korang boleh kumpul dulu duit banyak-banyak. Then baru mula bayar selepas 12 bulan.
  • Kalau rasa tengah bekerja dan ada kemampuan lebih, boleh bayar extra. Contoh ansurans mengikut perjanjian adalah RM137.50. Apa salahnya genapkan RM150 untuk bayaran setiap bulan. Cepat sikit hutang langsai.

2. Bayar secara ansurans ikut kemampuan
  • Tapi korang jangan risau. Aku tahu tak semua orang bernasib baik habis belajar terus dapat peluang kerja yang bergaji besar, kan? Jadi, boleh mulakan membayar ansurans pinjaman mengikut kemampuan. Baik, walaupun tempoh pembayaran korang belum aktif tapi korang dah boleh mula buat bayaran sikit-sikit. Contohnya, RM50 sebulan. Ini dapat bantu korang disiplinkan diri untuk membayar komitmen setiap bulan. Belajarlah dari hal yang sikit, nanti mudah untuk komited dengan komitmen yang lebih besar. Tak gitew sis?

3. Bayar dan buat simpanan bulanan
  • Sejak 2 tahun lepas aku baru praktikkan macam ni. Ada duit gaji lebih, lepas bayar PTPTN. Korang boleh asingkan sedikit simpanan dan pastikan simpanan itu tetap. Dan simpanan tu boleh disimpan di tempat yang memberi pulangan seperti ASB, Unit Trust mahupun Tabung Haji. Menyimpan biar lebih, jangan perbelanjaan yang lebih. Merana hidup. Pheww..
  • Dan info lagi satu, terus buat direct debit dari akaun. Nak tahu kenapa? Sebab korang akan dapat 10% diskaun. Dan diskaun ni aku baru dapat tahu 2 bulan lepas lepas monitor dalam penyata PTPTN aku ada deduction sebanyak RM15 tiap bulan. Sayang betul sebab sebelum ni aku buat pembayaran direct dari kaunter. Mana ada diskaun 10% hihi.

4. Buat pembiayaan ASB atau Unit Trust
  • Untuk yang layak, boleh buat simpanan ASB. ASB ni secara ringkasnya kau nak buat loan sebanyak RM50,000 selama 5 tahun dengan mana-mana bank yang berdaftar (kebanyakan bank ada ASB loan). Setiap bulan ada satu jumlah amaun yang korang kena simpan dan setiap tahun akan terima dividen sebanyak berapa-berapa peratus yang dijanjikan. Biasanya ASB lebih tinggi dari unit trust dan Tabung Haji.
  • Untuk unit trust atau Amanah Saham, bole liase terus dengan agen berdaftar yang buat amanah saham ni kalau taktahu nak buat sendiri. Mana-mana bank pun ada agen unit trust ni. Biasanya unit trust peratus rendah sikit bergantung pada equity fund yang kita invest tu. Dalam unit trust, konsep yang aku faham, high risk high return dan low risk low return. Aku ada invest dalam unit trust, baru dalam tahun pertama. Tunggu dalam 3, 4 tahun baru nampak progress dia. Bila dah kumpul untung dividen baru bayar PTPTN, silap-silap lump sum teruih.

5. Menabung di Tabung Haji
  • Buat korang yang kurang yakin dengan ASB ataupun Unit Trust. Jangan risau sebab ada lagi satu tempat untuk korang menyimpan dan mendapat pulangan. Tabung Haji lebih selamat dan pastinya telah ditolak zakat siap-siap, jadi tak ada isu lah soal zakat tak zakat ni kan. Cumanya peratus yang dijanjikan oleh TH tidaklah terlalu banyak kalau nak dibandingkan dengan ASB ataupun Unit Trust.
  • Nama pun nak menyimpan dan dapatkan pulangan. Jadi, TH adalah salah satu tempat yang bagus juga bagi aku. Pulangan setiap tahun tu boleh lah korang buat rolling atau buat bayaran PTPTN yang masih tertunggak.

Korang boleh cuba tips di atas kalau dah berniat untuk melangsaikan hutang PTPTN secara berperingkat. Nasihat aku, baik mulakan dari sekarang daripada korang delay lagi yang entah bilanya kau akan mulakan. So, diversify our income in a good and smart way okay!

Eh! Sebelum terlupa. Korang dah tahu belum yang PTPTN ada buat potongan kepada para peminjam PTPTN yang layak untuk dapat potongan bayaran sebanyak 10% dan 20%! Seronok nak share dengan korang ni tau! Sebab aku berharap dan sekarang tengah struggle untuk menambah income sebab nak langsaikan PTPTN sebab dapat potongan 20%. In Shaa Allah. hihi. Potongan 20% ini hanya sah sehingga 31 Disember 2018 tau!


Walaupun rasa macam tak mampu nak langsaikan, tapi why not kita usaha dulu. Struggle selagi mana mampu struggle untuk capai matlamat #bebasptptn ni. Kita cuba lah selagi mampu kan. Lepas tu boleh lah fokus untuk benda lain pula. Kalau ikutkan baki pinjaman aku ada dalam lagi RM10,000. Jadi, kalau dari bulan ni sampai Disember, sebulan dekat RM1,200 tau nak kumpul. Takpa.. Allah kan ada. Dia akan tolong hamba Dia selagi mana kita berusaha. In Shaa Allah. Ameen :)

So, gais! Jangan lupa untuk sama-sama pi bayar pinjaman PTPTN okay. Tolong jangan selfish. FIkirkanlah nasib adik-adik kita yang layak untuk sambung belajar tapi tak berkemampuan. Kita bertanggungjawab untuk bantu diorang dengan cara bayar balik duit yang kita dah pinjam ni :)

Peace No War babe!

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)