Pengalaman Hiking di Bukit Kluang, Besut Terengganu - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apr 1, 2018

Pengalaman Hiking di Bukit Kluang, Besut Terengganu

Pengalaman Hiking di Bukit Kluang, Besut Terengganu | Lebih kurang 3 minggu lepas (iaitu 8hb - 11 hb Februari 2018) aku dengan sorang kawan aku ambil keputusan untuk bercuti ke Terengganu dan salah satu aktiviti yang kitorang lakukan di sana adalah of course hiking di Bukit Kluang yang viral sebab kecantikan view-nya dari atas bukit tersebut. Dengan berbekalkan hanya sebotol air kosong, Iphone dan bertangan kosong tanpa makanan, kitorang menapak naik.

Itinery perjalanan kitorang di Terengganu, korang boleh baca kat sini. Mungkin boleh korang jadikan rujukan untuk bercuti di sana. To be honest, walaupun masa naik tu dekat pukul 9.30 pagi, ramai yang dah turun dari bukit tu. Ada yang naik turun 2, 3 kali dah sebab tak tinggi mana Bukit Kluang ni.


Dengan ketinggian 200 meter dari paras laut, korang confirm tak sempat pewai pun dah sampai puncak, silap-silap naik lagi kali kedua haha. Tapi kalau korang naik pukul 6 pagi, sempat tengok matahari terbit tau gais. Memang cantik la.h. Asalnya plan nak naik awal tapi bila fikir balik, kitorang sampai pun pukul 5 pagi dekat stesyen bas Jerteh. Then nak tunggu kereta sewa lagi pukul 8 pagi, memang tak lah nak tengok sunrise gais oii.

Naik Bukit Kluang ni lebih kurang 30 minit aje sebenarnya. Tapi kalau bersembang, makan-makan, bergambar semua dekat 2 jam jugaklah haha. Macam kitorang haritu dekat jam 11.30 pagi juga lah baru turun.

Dicadangkan supaya korang pergi awal pagi kalau tak nak terserempak dengan manusia-manusia yang kaki selfie. Sebab bila dah ramai, susah nak dapat bergambar dengan simbolik yang petunjuk arah ke Aceh, Jakarta semua tu. Diorang bergambar situ je dah berapa jam. Haihh, tak mampu nak menahan panas litlit masa tu. Matahari tegak atas kepala, tak dapat nak bergambar situ pun buat kenangan.

Janji dapat bergambar kat sini. Tanda kenangan.
Bukit Kluang, Besut Terengganu CHECKED!

Tempat untuk mendaki Bukit Kluang ni ada banyak jalan. Jalan melalui pantai Kluang, tangga naik dari tempat parking dan dari kawasan parking lapang (gambar di bawah). Masa kitorang naik haritu, kitorang naik melalui tangga dan turun ke kawasan parking lapang ni. Sebab sebelum naik, ada seorang akak tu cakap, kalau bukit ni tak tinggi mana, so kalau tak warm up sangat pun boleh naik. Bila dah penat dan turun dari kawasan parking lapang ni, jalan kaki je terus ke kawasan permulaan tadi.

Lebih kurang 10 - 15 minit berjalan kaki. So, tak perlu dah lah stretching lagi dah sebab dah berjalan jauh untuk ke parking kereta korang semula. So, kaki korang takkan shock lah gitu.

Kawasan parking yang lapang

Ini puncak Bukit Kluang. Sebuah pondok rehat.

Kat sini memang view nais sangat untuk korang bergambar. Kalau tepat jam 12 tengahari tu, matahari memang terpacak atas kepala. Lighting memang tersangatlah on point ye gais! Haha! Memang tak dinafikan masa mendaki Bukit Kluang, ada saja 4 atau 5 tempat untuk korang ambil gambar. Celah-celah pokok aje tapi memang tak dinafikanlah cantiknya pemandangan Pantai Kluang ni walaupun dari angle mana pun.

Tak caya? Jom aku share beberapa keping gambar dari tempat yang berbeza angle tapi still dari atas Bukit Kluang.




Sistur fenfeeling jap kat sini

Gais! Tengok betapa bersihnya air kat bawah tu. Jernih betul kan? Siap argue lagi dengan kawan, kenapa ada certain parts air dia hijau, ada yang warna biru cair ada yang biru pekat. haha

Photoboom! Ada manusia tak diundang dalam gambar atas ni haha.

Honestly, apa yang aku nak cari di Bukit Kluang ni dah tercapai. Alhamdulillah. Bukanlah semata-mata lepas gian nak hiking, tapi sebab nak menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan yang satu ini. Syukur alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kitorang selama mendaki Bukit Kluang dan selama kitorang ada di Terengganu. Semua persiapan last minute pun semua berjalan smooth saja cuma hotel terpaksa cancel di saat-saat terakhir.

Kalau korang ada plan nak ke Terengganu, jangan lupa tau cuba makanan viral di Terengganu. Aku dah cuba. Sedap-sedap belaka dan paling best dapat makan sambil menikmati angin sepoi-sepoi dari Laut China Selatan.

Baca artikel :

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)