7 Makanan Viral Sedap Dan Patut Cuba Di Terengganu - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apr 9, 2018

7 Makanan Viral Sedap Dan Patut Cuba Di Terengganu

Makanan Viral Yang Sedap Dan Patut Cuba Di Terengganu | Kalau macam baru ni aku ada kongsikan tempat best untuk korang jelajah area Terengganu. Meh, kalini aku bawa korang jelajah tempat yang jual makanan-makanan viral di sekitar negeri penyu sana.


Kalau korang datang ke Terengganu tak kisahlah atas urusan apa pun. Urusan kerja atau bercuti, korang memang patut cuba makanan yang viral di Terengganu. Kalaupun tak viral, korang mesti cuba makanan yang menjadi trademark atau yang ada di Terengganu tu. Barulah dapat merasa keunikan Malaysia yang pelbagai ni kan. Gicheww.

1. Restoran Mat Binjai
Lokasi : Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu


Dekat sini kita boleh dapat makanan tradisional negeri Terengganu yang sedap belaka. Okay, contoh makanan yang ditawarkan di Restoran Mat Binjai adalah sayur lemak campur, Lala masak lemak, Ikan gulai lemak, ikan keli sambal dan lain-lain lagi. Masa makanan dihidang korang jangan terkejut pula bila dorang letak budu, ulam-ulaman tambahan untuk meja korang. Dan antara yang menu special di sini adalah ada telur penyu. Memang worth it lah kalau nak cuba makan di sini. Dan jimat kalau makan ramai-ramai. Sharing is caring.

2. Warong Pok Nong (Ikan Celup Tepung - ICT)
Lokasi : Pantai Mengabang, Kg. Telipot Kuala Terengganu


Bagi aku kalau petang-petang best kalau dapat makan Ikan celup tepung (ICT) dengan air kelapa muda dan aiskrim jagung special dekat Warong Pok Nong sambil menghirup angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa tu. Memang menikmati sangat. Ramai tu memang ramai tapi worth it lah tunggu turn. Kalau datang ramai, separuh boleh tunggu di meja bila dah kosong. Kalau tak, kena tunggu lama lagi sebelum customer beransur pulang. Paling popular kat sini adalah sotong celup tepung, udang celup tepung dan ikan celup tepung. Penduduk setempat pun ramai juga datang sini petang-petang.

3. Gerai Kak Pah Nasi Dagang
Lokasi : Medan Selera Batu Burok, Kuala Terengganu


Kalau nak try Nasi Dagang Kak Pah ni korang kena datang awal pagi tau. Kiranya kalau nak breakfast di sini pun boleh. Jangan tunggu makan lunch sebab kedai ni buka sampai 11.30 tengahari saja. Itupun kalau masih ada lagi baki-baki lauk, tapi kebiasaanya dalam jan 10 ke 11 pagi macam tu makanan dah beransur kurang.. Kalau kedai dah tutup, singgahlah kedai-kedai makan sebelah yaa.

4. Restoran Zul Ikan Bakar, Besut
Lokasi : Kuala Besut


Lepas Maghrib terus gerak ke sini. Kalau tak memang akan full cepat. Nak beratur pilih jenis ikan untuk dibakar lagi. Rempah yang digunakan untuk masak ikan bakar ni boleh tahan sedap cuma bawang tu terasa sangat dan agak tebal. Tapi bagi aku kalau makan selalu tak boleh lah. Mungkin sebulan sekali boleh. Tapi kalau korang hantu ikan bakar, you should try this. Harga pun berpatutan dan tidaklah over budget. Kalau 1 jenis ikan tu bolehlah buat share untuk 1 ke 2 orang. Jangan tamak okay.

5. D'Ganu Cafe Steamboat
Lokasi : Pulau Duyong, Kuala Terengganu


Buat penggemar steamboat, korang mesti cuba steamboat yang ada di sini. Yang menariknya dekat sini bukan sahaja ditawarkan makanan laut dan makanan barat. Tetapi makanan tempatan juga ada ditawarkan. Memang rata-rata pengunjung yang datang memang berpuashati.

6. Keropok Lekor Mengabang Tapah
Lokasi : Mengabang Tapah, Kg Merang Kuala Terengganu


Apa yang aku sukakan dekat sini adalah homemade keropok lekornya betul-betul terasa dan sosnya yang sedap, pekat dan likat. Ditambah lagi bila korang cuba keropok lekor yang fresh terus digoreng  pun ada dijual. Memang terasa mampatnya ikan tu. Bukan macam sesetangah tempat, tepung lagi banyak. Tapi kat sini, boleh kata ikannya padat betul dan sangat lembut. As for me, worth it lah.

7. NR Seafood Village
Lokasi : Jalan Ketapang Pantai, Kuala Terengganu


Kalau korang peminat makanan Western, korang boleh cuba makanan Western terbaik yang direview oleh ramai pelanggan iaitu di NR Seafood Village. Suasana dalam restoran ni memang nampak suasana kampung dan nampak tenang je. Dengan binaan kayunya dan siap dengan pokok-pokok kehijauan di sekelilingnya. No wonderlah nama pun 'Village' kan. Siap menjadi salah satu restoran yang bertuah masuk dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan.

Jangan lupa cuba chicken chopnya tau sebab kuah dan fries nya sangat sedap. Lagi yang menarik kat sini adalah dessert yang dinamakan 'banana split' yang menjadi kegemaran pelanggan wanita. Jangan lupa cuba tau!


Cukuplah 7 jenis makanan dulu beserta tempat yang viral yang mungkin korang boleh masukkan dalam list tempat untuk dikunjungi dalam percutian korang akan datang. Dan jangan lupa tau kongsikan pengalaman korang supaya lebih ramai lagi dapat perkongsian yang info terbaru dan menarik dari korang semua. Eh, bila nak ke Terengganu tu gais?

Baca lagi artikel :


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)