Cuba Lipstick Dua Tona Dengan LipHop Makeup Perfect Love - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Cuba Lipstick Dua Tona Dengan LipHop Makeup Perfect Love

Cuba Lipstick Dua Tona Dengan LipHop Makeup Perfect Love | Sebelum ni aku buat perbandingan antara lip matte dengan lip matte creamy. Aku lebih suka yang creamy sebab bibir aku akan nampak lebih lembab dan glowing. Matte? Bibir aku rasa kasar dan kurang selesa bagi aku. Orang lain mungkin suka. Yelah, taste orang kan lain-lain. Tapi kalini aku ada cuba satu lipstik yang ada dua tona berbeza.


Perkenalkan LipHop Makeup Perfect Love yang datang dalam 8 kombinasi warna yang berbeza. Dan pilihan aku kalini adalah no 3 yang soft dan tak terlalu gothic atau garang sangat. Hanya mencuba je. Nak tengok macamana kesannya pada bibir aku. Sebab lipstik Nurraysa pun dah habis. Kita cuba benda baru okay.

Then, apa yang aku dapat rasakan lipstik ni lebih soft dan creamy mungkin sebab ada lipstik dan moisturizer dia yang berwarna putih tu. So, bila apply liphop lipstik ni kena pink apply ke bibir yang belah dalam. Atas dan bawah so that dia akan jadi efek macam gambar di bawah.


Nampak cantik gila kan! Yes, aku pun rasa macam tu. Once apply memang cantik dan sesuai lah dengan kulit aku yang tak berapa nak cerah sangat ni haha. Tapi, satu kekurangan dia adalah warna cepat hilang. Maknanya, bila kau pakai pagi dia akan tahan sampai 4 jam macam tu. Tapi kalau kau makan, warna tu akan ikut pudar sepudar mana cintaku padamu. Eh? hahahaa

Maksud aku warna dia akan pudar lah. Then kau kena touch up semula untuk dapatkan balik feel lipstik wanita korea macam kat sana tu.. Aummm!


Lipstik LipHop Makeup Perfect Love ni memang datangnya dari Korea. Dan nak dapatkan lipstik ni korang boleh je beli dari mana-mana kedai online seperti Ali Baba, Ezbuy dan lain-lain. Aku pula beli direct dari Ezbuy. Barang-barang dari Ezbuy memang murah-murah belaka. Cuma kena pandai pilih dan bandingkan harga. Then kena tunggu 2 minggu baru barang sampai Malaysia. Lama kan? Hihi

Bolehlah ada satu, dua koleksi lipstik dua tona ni. Harga pun murah sangat. Aku beli haritu rasanya dalam RM6 macam tu. Tapi korang kena beli banyak barang, barulah berbaloi dengan kos penghantaran ke Malaysia nanti. Hihi. Nak lagi jimat, pakat-pakat lah dengan kawan hampa nak beli barang banyak naaaa hihi.

Baca artikel lain : 


2 comments:

  1. Macam menarik lipstik ni. Memang tgk cari stok baru ni.

    ReplyDelete
  2. Suka packaging nya. Comel dan halus je. Warna pun menarik 😁

    Datang nak jemput Mawar join segmen dan giveaway blog Siqah :) Ohh new follower here too!

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)