Jadual Perjalanan Short Trip Backpacking Ke Terengganu - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apr 3, 2018

Jadual Perjalanan Short Trip Backpacking Ke Terengganu

Jadual Perjalanan Short Trip Backpacking Ke Terengganu | Baru ni aku ada update yang aku baru 3 minggu balik dari short trip ke Terengganu. Ya, short trip kalini berdua tak macam short trip ke Melaka dulu, sendirian. Short trip kalini aku ambil masa 3 hari 2 malam saja di sana. Siap ambil cuti lagi okay semata-mata nak bercuti ni. 8 hb Februari malam gerak dari Terminal Bandar Tasik Selatan dan sampai ke Stesyen Bas Jerteh jam 5 pagi.

Meh aku kongsikan jadual perjalanan percutian bajet kitorang kat sana. Nama pun percutian bajet kan so semua benda yang murah-murah dan semua yang jimat-jimat aje. Tapi untuk pengetahuan korang, kalau kat Terengganu ni bab transport tak boleh berjimat sebab susah nak dapat public transport kecuali teksi. Tapi teksi mahal, uber or grab pula tak ada. Unless korang ada kawan-kawan yang stay Terengganu yang sudi bawa korang berjalan-jalan di sekitar Terengganu tu. Alaaa, tong-tong lah  duit minyak. Kalau ramai join lagilah boleh jimat. Nak naik bas memang boleh makan masa lama weh nak sampai dari satu destinasi ke satu destinasi. Nak holiday in smart way? Sewa je kereta haha.


Jadual Perjalanan Short Trip Backpacking Ke Terengganu

Khamis
10 pm - Naik dari Terminal Bandar Tasik Selatan (BTS)

Jumaat
5.00 am - Tiba di Stesyen bas Jerteh
6.00 am - Masjid Hadhari, Jerteh (berjalan 5 minit dari Stesyen Jerteh - sebelah stesyen bas saja)
7.30 am - Breakfast di Food Court Stesyen Jerteh
8.30 am - Gerak ke Bukit Kluang, Besut (naik kereta dalam 20 minit dari Stesyen Jerteh)
9.20 am - Hiking di Bukit Kluang (dalam 30 minit dah sampai puncak sepatutnya lah)
11.30 am - Turun dari Bukit Kluang
12.00 pm - Gerak ke rumah kawan (ex-roommate masa di UiTM Machang) di Besut dalam 20 minit
12.30 pm - Rehat dan solat Zuhur
3.30 pm - Warung Pok Nong, Kampung Teliput, KT
6.30 pm - Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jerteh
8.00 pm - Restoran Ikan Bakar Zul, Besut (Datang awal sebab lepas maghrib memang padat)
11.30 pm - Rehat dan tidur

Sabtu
8.00 am - Gerak dari Besut
9.00 am - Keropok lekor Mengabang Tapah (So delicious! Keropok panas diorang so nyummy! Sos pun sedap!)
11.00 am - Tasik Pepsi Blue Rusilla, Marang (Hanya tasik yang cantik tapi keliling hanya perumahan)
11.40 am - Pantai Batu Burok
1.30 pm - Foodcourt Pantai Batu Burok (Sudut Selera Kak Pah dah tutup. Rupanya dorang buka awal pagi sampai tengahari aje)
3.00 pm - Pasar Payang
4.30 pm - Old China Town Kuala Terengganu (Jalan kaki je dari Pasar Payang)
5.00 pm - Bazar Warisan (Baju batik original ada di sini. Cantik tapi mahal bagi aku hihi)
5.30 pm - Jalan kaki round Kuala Terengganu, Stesyen Bas KT, Pulau Warisan ICT
6.30 pm - Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal (5 minit jalan kaki) - Solat Asar & Maghrib
9.00 pm - Makan di sekitar Kuala Terengganu
10.30 pm - Round sekitar Kuala Terengganu yang lengang (Masa ni ada game Terengganu vs JDT)
11.00 pm - Check in hotel Teratai Tenang (Murah tapi so so. Untuk tidur saja, boleh sebab murah)

Ahad
6.15 am - Checkout hotel dan gerak dari Kuala Terengganu
6.45 am - Solat Subuh di Surau Padang Nenas, Kuala Terengganu
8.30 am - Return kereta sewa di Jerteh
9.00 am - Breakfast di kedai makan sekitar Stesyen Bas Jerteh
9.40 am - Bertolak dari Stesyen Bas Jerteh
6.30 pm - Tiba di Terminal BTS


Nampak macam kejap-kejap je dan tak banyak tempat dapat pergi kan? Tapi kalau ikutkan plan ada yang tak sempat tau nak pergi sebab tak cukup masa or time tak cun. Ada tu kitorang sampai dah tempat nak makan Tomyam Poktek Adiq Sue. Sampai-sampai, sunyi sepi aje tempat tu. Gelap gelita. Apa lagi, chow lah, seram uii. Dahlah tak ada kereta lalu lalang. Memang sunyi. Agaknya semorang tengah melepet depan TV tu tengok game Ganu lawan JDT kut kihkih.

Eh jap, siapa menang eh hihi.

Lorong tak jauh dari Stesyen Bas KT

Snap sebab lukisan dia cantik dan masa ni dalam kereta haha. Menunggu traffic light.


Lokasi ni ada di Bazar Warisan. Tak jauh dari Pasar Payang.


Tips Berjalan di Kuala Terengganu
  • Kurangkan berjalan dengan tangan yang penuh. Kalau barang penuh, tinggalkan dalam kereta ataupun tinggal dulu dekat kedai dalam Pasar Payang tu. Nanti korang datang ambil balik. Kalau tak, mood nak berjalan-jalan merata pun hilang sebab tangan sakit bawa barang banyak sangat.
  • Pakai kasut yang sesuai lah. Tak payah lah nak berheels atau berwedges sangat. Nanti kaki kau jugak yang sakit bukan orang lain. Better pakai sneakers atau kasut bertutup aje untuk memudahkan pergerakan korang semasa berjalan ke sana ke mari.
  • Duit pastikan cukup okay. Kalau rasa nak shopping RM100 then bawa RM100. Tapi kalau rasa membawa pesanan orang tu, bawa lah lebih tapi jangan over budget nanti poket kau yang terkoyak ngehngeh.
  • Pakaian yang dipakai selesa dan mudah nak gerak. Aduhai, ini pun nak kena cakap ke? Dah tahu nak berjalan jauh sila pakai pakaian yang sesuai. Tak adalah korang rasa tak selesa sebab panas atau melekit ke apa ke. Terengganu memang agak panas membahang sebab kawasan bersebelahan laut kan. Angin pantai memang sejuk tapi still panas juga. Panas yang berangin. So, pakailah seluar, baju yang menyerap peluh dan tidak terlalu tebal okay.
  • Rancang tempat untuk dilawat, makanan viral untuk dicuba atau apa yang nak dilakukan di sini. Kitorang asalnya teringin nak ke Pulau Perhentian. Tapi, bila fikir kitorang 2 orang saja, tak ramai. So, kita berjalan pusing KT aje. Next time ke pulau-pulau yang ada kat sini. Kena plan ramai-ramai baru best. Sila plan molek naaa untuk menjimatkan masa dan tak buang tenaga. Kita datang nak bercuti bukan nak duduk dalam bilik aja, betul tak?

Sejujurnya Besut tak ada apa pun unless memang korang ada plan nak Snorkelling di Pulau Perhentian, Banana Boat di Pulau Rhu dan ke Air Terjun di Besut, it should be okay. Kalau setakat jalan-jalan macam kitorang, Kuala Terengganu lagi banyak tempat best.

Aktiviti dah plan. Makanan viral dah set. Eh korang dah cari ke bilik penginapan korang selama berada di sana? Kalau korang plan dalam 1-2 orang, sewa bilik murah-murah aje. Lagipun kita nak keluar berjalan bukan nak stay kat bilik lama-lama. Balik bilik untuk tidur saje yer sis. Kalau plan dalam 5-6 orang atau lebih, bolehlah sewa bilik selesa sikit tapi still under budget. Baca kos jimat bajet bercuti di Terengganu 3 hari 2 malam.

Kalau korang belum ada lagi tempat untuk menginap, boleh survey di kawasan Kuala Terengganu. Ada lebih 10 bilik dan homestay untuk disewakan.

Baca juga artikel :

2 comments:

  1. Lama tak balik ganu. Baca entri ikin terus rasa nak balik KT. Kak ana masa study dulu tak merasa nak jalan2. Tak dop pitih sokmo. Hehe. Selamat kg mertua di ganu. So merasa lah blk ganu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kin rasa nak pi lagi ganu tu bena kak hihi. walaupun takdop kg pun sana eekekeke

      Delete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)