4 Tips Tempah Bilik Murah Di Langkawi Secara Online - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apr 25, 2018

4 Tips Tempah Bilik Murah Di Langkawi Secara Online


4 Tips Tempah Bilik Murah Secara Online Di Langkawi | Ramai yang tersilap percaturan semasa memilih tempat menginap ketika bercuti atau bekerja di Langkawi. Aku yakin korang sure nak cari bilik atau hostel yang jauh lebih murah dari harga pasaran kan. Ya, itu bukanlah satu masalah. Yang jadi masalahnya bila rata-rata traveller memilih tempat penginapan yang murah tapi sangat jauh dari tempat tumpuan pelancong dan tempat-tempat menarik seperti di Pulau Chenang dan Dataran Helang.


Tak dinafikan aku suka juga berjalan dan aku memilih untuk survey dulu tempat menginap di hotel yang murah dan berbaloi dari pelbagai segi kos. Biasalah sebelum nak buat apa-apa pun kena lah ada perancangan, kalau pun tak detail sekurang-kurangnya adalah sikit perancangan supaya korang pun senang nak deal dengan masa, tempat lawatan dan kos perjalanan percutian korang.

Sebelum ni aku pernah kongsikan pengalaman aku bercuti di Langkawi masa belajar serta perkongsian beberapa tips untuk memilih bilik bajet yang pastinya murah dan berbaloi. Bukan saja berbaloi dari segi kos Ringgit Malaysia tetapi juga berbaloi dari segi masa perjalanan dan lokasi tumpuan lawatan pelancongan yang strategik. Bukan semua orang datang Langkawi untuk bekerja kan. Kalau bercuti, mestilah nak pilih tempat yang dekat dengan lokasi menarik di sekitar Langkawi dan dapat melawat banyak tempat yang kita teringin nak melawat dalam masa satu hari.

Tapi sebelum korang nak pilih hostel bajet sekitar Langkawi tu, hadamkan dulu beberapa tips macamana nak survey dan pilih hotel murah dan berbaloi di Langkawi.

5 Tips Nak Survey Harga Hotel Murah Di Langkawi

1. Bandingkan harga bilik yang ditawarkan secara online
  • Sejujurnya di Langkawi banyak sangat hotel dan hostel yang menawarkan pakej penginapan berbaloi tapi lebih berbaloi sekiranya korang tempah bilik korang secara online. Bukan saja dapat jimatkan kos dan masa perjalanan korang, korang pun dapat pilih tempat penginapan yang memenuhi citarasa korang dengan kemampuan korang.
  • Kebanyakannya bila korang tempah bilik secara online akan melayakkan korang mendapat potongan harga belian semasa booking bilik berbanding korang tempah direct. Contohnya kalau aku tempah bilik di Sandy Beach Resort Langkawi melalui Traveloka, hanya RM125.45 saja berbanding RM180 jika secara direct ke hotel.



2. Semak rating bilik dan rajinkan diri baca review dari traveller lain

  • Bila dah jumpa bilik yang menepati citarasa korang dan nak mula tempah tu. Stop! Sabar dulu. Jangan lupa cek dulu rating bilik tersebut dan rajin-rajinkan lah jari tu klik bahagian review dan baca dulu review yang dikongsikan oleh traveller yang dah pernah menginap di situ. Bukan saja lebih selamat dari segi safety malah selamat juga dari menyesal terbooking dan dah terbayar harga bilik yang mahal tetapi servis dan pakej dalam tawaran sama je dengan harga bilik lebih murah. So, selamat memilih dengan bijak!

3. Bertanya pendapat traveller berpengalaman tentang hotel dan lokasi percutian
  • Disebabkan ini kali pertama kitorang menjejakkan kaki ke bumi Langkawi ni, aku fikir adalah baiknya untuk aku bertanya pendapat kawan-kawan aku yang kaki travel dan ada pengalaman bercuti ke Langkawi. Eh, rugi kalau tak tanya. Sebab diorang akan tolong suggest kat kau tempat best nak melawat kat Langkawi contohnya Pulau Chenang, Makam Mahsuri, Dataran Helang, Jambatan Udara Langkawi dan banyak lagi tempat best.
  • Bila dah suggest tempat best tu barulah korang decide untuk cari tempat penginapan yang tak jauh dari tempat-tempat menarik ini supaya dapat jimatkan masa perjalanan tu. Tak adalah jauh sangat kalau nak memandu pun kan..

4. Pilih pakej bilik penginapan berbaloi dengan harga
  • Last but not least, lebih baik cari bilik yang kos tinggi sikit tapi berbaloi dan menjimatkan masa berbanding bilik yang ditempah jauh dari Bandar pusat tumpuan pelancong, memang murah tapi korang terpaksa spend duit minyak lebih sikit dan masa yang panjang sikit untuk ronda-ronda Langkawi.


Semua ini adalah faktor-faktor yang perlu korang titik beratkan semasa nak buat pilihan tempahan bilik semasa online. Nampak memang mudah je kan, tapi cuba tengok di sebaliknya? Kena struggle untuk itinery perjalanan di Langkawi. Itinery bermakna bila korang mampu handle perjalanan korang dengan kos yang berbaloi dan yang akan memudahkan perjalanan percutian korang.

Sekarang ni gaisss, memang mudah sangat dengan TRAVELOKA ni, semuanya di hujung jari je.. So, korang kenalah bijak membuat pilihan dari segi jenis benefit yang banyak yang korang akan dapat. Dan tak lupa juga rancanglah perjalanan percutian korang dengan sebaiknya okay!
See you guys!

12 comments:

  1. thank you for sharing..asben saya selalunya yg terer part booking2 ni..dia mmg akan cari hotel yg dekat dengan tempat tumpuan pelancong..supaya menjimatkan masa untuk pusing2 kat tmpt tu & mengurangkan kos minyak (kalau kena drive keta)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju :) kena pandai bajet masa dan kos kalau melancong2 ni.

      Delete
  2. thank you for sharing..asben saya selalunya yg terer part booking2 ni..dia mmg akan cari hotel yg dekat dengan tempat tumpuan pelancong..supaya menjimatkan masa untuk pusing2 kat tmpt tu & mengurangkan kos minyak (kalau kena drive keta)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju :) kena pandai bajet masa dan kos kalau melancong2 ni.

      Delete
  3. Sungguh mudah booking kt Traveloka kan..

    ReplyDelete
  4. Bagus la tips ni. Cuti sekolah nanti confirm hotel penuh terutama di Langkawi. Siapa yang ada plan nak bercuti tu lebih baik prepare dari sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. nanti kalau lewat2, hotel yg jauh2 je yg available kan hihi

      Delete
  5. no.3 tu setuju sangat! review dari mereka yang dah pergi memang patut diambil kira kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review perkara paling penting sebab dorang dah ada pengalaman stay sana :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)