4 Tips Cantik Dengan Aloe Vera Yang Orang Tak Tahu - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apr 27, 2018

4 Tips Cantik Dengan Aloe Vera Yang Orang Tak Tahu

4 Tips Cantik Dengan Aloe Vera | ALOE VERA? Tak perlu nak explain panjang lebar aloe vera tu apa sebab semua orang tahu aloe vera itu adalah lidah buaya. Dan semua orang juga tahu lidah buaya ni sangat multi-purpose. Bukan saja untuk lembabkan kulit malah aloe vera dapat menyejukkan wajah. See? Hanya dalam satu item tapi berfungsi untuk menyelesaikan pelbagai masalah lebih-lebih lagi berkaitan kulit wajah. Aku sendiri pun ada problem skin breakout bukan sehari dua tapi bertahun. Baru-baru ni aku discover aloe vera gel aku pakai tiap malam buat kulit aku moist. Tak lagi kering macam dulu!


Walaupun pada asalnya niat pakai Aloe Vera setiap malam bukanlah sebab tiba-tiba rasa nak cantik. Eh taklah. Rasa nak cantik memang dah lama dah HAHAA. Pakai tu tak jadi pakai ni tak jadi. Hmm. Saja cuba aloe vera yang adik aku beli dari 6 bulan lepas tapi tak habis-habis. So, aku decide biar aku yang tolong dia habiskan haha. And yes! Aku berjaya habiskan siap beli online yang baru lagi. So hasilnya aku suka. Sebab pipi memang rasa moist dan rasa gebu. Cuma part merawat jerawat tu aku tak dapat rasa perasaannya tu sebab masa apply aloe vera dulu kulit aku tinggal parut jerawat, jerawat dah tak ada.

Tapi yang lagi best rupanya bukan setakat untuk melembabkan kulit. Banyak lagi purpose aloe vera ni. Jom baca tips cantik dengan Aloe Vera yang korang tak tahu lagi.

4 Tips Nak Cantik Dengan Aloe Vera

1. Pelembab Kulit Wajah
  • Kebiasannya aloe vera akan dijadikan sebagai pelembap oleh kaum wanita sebelum menggunakan sebarang alat mekap. Aloe vera sesuai dijadikan base sebelum mekap dan pastikan aloe vera yang digunakan di wajah telah yakin diserap ke dalam kulit dulu sebelum apply sebarang mekap. Sebabnya adalah untuk mengelakkan kulit daripada kekeringan dan dehydrate.
  • Bukan perempuan saja boleh guna aloe vera, malah lelaki juga boleh gunakan aloe vera sebagai pelembut sebelum bercukur. Aloe vera sesuai digunakan oleh seisi keluarga kerana teksturnya yang selamat dan lembut.

2. Detoks Wajah
  • Korang yang selalu apply mekap di muka akan selalu mengalami masalah pori-pori tersumbat dan banyak kekotoran melekat di kulit wajah. Jadi, korang boleh gunakan aloe vera sebagai alat untuk membersihkan kulit daripada mekap yang menyebabkan pori-pori tersumbat itu tadi. Caranya adalah dengan menjadikan aloe vera sebagai make-up remover. Ya, aloe vera pun boleh membuang sisa-sisa mekap di wajah. Yes, it works!

3. Scrub Muka
  • Tips untuk scrub muka aku kongsikan sebab aku ada terlihat video di facebook. Selain menjadikan aloe vera sebagai pelembap, aloe vera juga boleh dibuat scrub. Caranya adalah korang blend dulu beras dalam 1 cawan minuman kecil dan pastikan ianya separa halus (Masih terasa ketulan beras tersebut). Campurkan aloe vera dengan 2 sudu beras yang telah dihancurkan tadi. Kacau sebati untuk dijadikan seperti paste. Tak perlu tambah apa-apa air. Then korang boleh gunakan scrub tersebut yeay! Kalau ada baki letak dalam peti sejuk. Esok pakai lagi masa sejuk-sejuk. Uihh, sejuknya muka!

4. Toner atau Face Mist
  • Selain menjadikan aloe vera sebagai pelembap dan scrub wajah, aloe vera juga boleh jadi toner atau face mist. Tips ini aku kongsikan khas untuk korang yang nak mencuba aloe vera secara tradisional. Toner? Face Mist? Ya.. Ada dua item je yang korang perlukan. Aloe vera dan rose water. Rose water ni bagus untuk kulit dan even sekarang ni pun banyak skincare product yang jadikan rose water ni sebagai base sebab manfaat rose water ni banyak sangat antaranya melembabkan kulit, mengatasi masalah penuaan, merawat jerawat dan memudarkan bekas jerawat. Aumm! Banyak kan benefit rose water. Lagi aummm kalau korang campur dengan aloe vera. Belum cuba belum tau.



Kalau nak lebih homemade dan asli, korang boleh gunakan daun lidah buaya yang mak korang tanam depan rumah tu. Tapi kalau tak ada janganlah pulak rasa tak bersemangat sebab tak ada pokok lidah buaya depan rumah macam orang lain muahaha. Cuma nak lagi cun, pakailah lidah buaya original kan. Tapi jangan risau, korang boleh je dapatkan extract aloe vera yang dah siap packed di mana-mana drug store Watson atau Guardian. Tapi , sekarang ni kan semuanya hanya di hujung jari. Order saja online melalui Lazada, 11street ataupun direct dari website Watson mahupun Guardian dengan pelbagai brand dan berbeza peratusan aloe vera.

Kenapa Aloe Vera Soothing Gel berbeza peratus?
Itu adalah peratusan originality aloe vera dalam aloe vera soothing gel tu. Lebih bagus kalau 99%. Tapi ada juga yang 98%, 95%, 93% dan 92%. Bergantung pada pilihan korang dan jenama yang ada kat tempat korang cari tu lah.

Tapi yang paling famous adalah aloe vera gel brand Nature Republic. Ini memang jenama paling famous. Korang pun boleh dapatkan di Althea. Althe ada tawakan banyak surprise box yang worth it untuk korang grab. Jom grab sementara masih ada promosi.

Kredit : Arrienlove

Baca artikel lain :


1 comment:

  1. Wow, menarik !

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)