Semester Akhir Sarjana Muda Perakaunan Separuh Masa UiTM - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Semester Akhir Sarjana Muda Perakaunan Separuh Masa UiTM

Semester Akhir Sarjana Muda Perakaunan UiTM Mod Separuh Masa | Alhamdulillah. Mungkin lepas ni tak banyak info yang dapat aku kongsikan tentang sambung belajar separuh masa ni sebab semester ni adalah semester terakhir aku. Jadi, mungkin aku dapat kongsikan perkara basic macam tips belajar dan cara-cara nak sambung belajar secara separuh masa di UiTM. Bukan apa, sebabnya risau maklumat yang aku kongsikan tu dah outdated kan. Sekarang masih lagi updated sebab baru 2018 hihi.


Harini adalah kelas pertama aku untuk semester terakhir ni. Dan, apa yang aku nampak adalah semua muka-muka baru. Seriously! Mana geng-geng senior ni haha. Dan yang lebih menarik perhatian aku adalah, kenapa semua muka-muka muda? Kenapa batch lama-lama je ada student pangkat mak-mak? Sekarang ni ramai yang muda-mudi saja. Nampaknya diorang memang dah terbuka minda untuk bekerja sambil belajar.

Semakin ramai juga yang sanggup bertanggungjawab dan berani ambil risiko untuk galas dua komitmen sekaligus. Dan semoga korang terus survive sampai grad tau hihi. Ameen. Bukan apa, nampak macam senang kan, nampak macam mudah je nak kerja dan belajar ni kan.. Cuma yang melaluinya je tahu rasanya. Betapa tabahnya nak deal dengan komitmen kerja dan masa 24 jam setiap hari tu.. Tapi paling penting nothing is impossible kan?

Ada sebab kenapa sebelum decide nak sambung belajar part time ni, kena betul-betul bersedia. Bersedia fizikal dan mental, kewangan, komitmen dan masa. Semua benda ni nak kena deal sebaiknya. Kalau mampu teruskan. Dan yang penting berdoa lah supaya semuanya dipermudahkan sampai akhirnya.

Sebab tempoh study kita kan panjang. 4 tahun. Ada yang sampai 5 tahun. Macam-macam hal boleh terjadi. Semua ni di luar bidang kuasa kita sebagai manusia. Jadi, minta lah pada Dia semula.

Alhamdulillah. Semester akhir ni aku ambil subjek AUD610 dan FAR600. Hanya itu subjek terakhir aku semester ini. Dan doakan lah supaya aku lulus dengan cemerlang di semester akhir ni. Tak sabarnya nak grad hihi. Pakai jubah konvo sekali lagi lepas diploma 4 tahun yang lepas kihkih. Rindu. Apa yang sama dengan konvo dulu adalah status masih sama lelzz. Walaupun angan-angan nak konvo berlaki tu ada dari 4 tahun lepas wakakaa. Jodoh belum sampai lagi mak aku cakap.


So, untuk yang baru satu semester, dua semester study tu, tapi dapat result tak memuaskan. Jangan risau. Ada jalan untuk korang. Usahalah selagi boleh. Jangan cepat putus asa okay! Meh baca Pengalaman mendapat result D1 dan cara nak apply UiTM semula.


Baca artikel :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)