BERAPA KOMISEN YANG DIAMBIL OLEH LAZADA | Rasanya ini adalah soalan favourite bakal-bakal seller di Lazada. Survey dulu peratus komisen Lazada ambil, then barulah hampa register. Kalau berbaloi, daftar. Kalau tak, kirim salam kan haha. Biasa sangat dah tu. Letih wei copy benda sama je setiap emel korang. So, lepas ni baca je entri ni terus. Letih copy paste dah haha.
Ini merupakan emel yang dihantar oleh Lazada sendiri. Dan ini juga lah maklumat yang aku copy paste kasi kat hampa semua haha.
Di Lazada, tiada kadar caj bayaran tetap, tiada caj dan tiada kos tersembunyi. Yang ada hanyalah kami caj komisen setiap order berdasarkan harga per unit untuk setiap produk korang. Tapi, tahu kah korang, komisen yang diambil berbeza bergantung pada jenis kategori produk korang tu. Baca sini untuk tahu kadar komisen bagi kategori yang berbeza.
Cara Pengiraan Komisen Adalah Seperti Di Bawah :

Bila Caj Komisen Akan Dikenakan?
Komisen hanya akan dikenakan bila item dihantar pada pelanggan korang. Bila dah di update dalam sistem Lazada, secara automatik komisen akan dikira berdasarkan harga item per unit yang telah korang tetapkan. Dan dalam amsa yang sama, peratus (%) komisen akan dikenakan berdasarkan kategori item tersebut.
Bila Pembayaran Jualan Akan Dibuat?
Pembayaran jualan di Lazada hanya akan dilakukan dua kali satu bulan.
- Tempoh adalah (1-14 hb) dan (15-31 hb) setiap bulan
- Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tamat tempoh di atas
- Contoh, order selesai pada 14 hb, maka pembayaran akan dibuat dalam tarikh 21 hb bulan depan. Manakala jika order selesai pada 29 hb, maka pembayaran akan dibuat pada 7 hb bulan depannya.
- Pembayaran akan dibuat pada 2 tarikh ni iaitu 7 hb dan 21 hb atau tarikh yang dekat-dekat dengan 2 tarikh ni.
Contoh Pengiraan Beserta Sample
Kategori aksesori komputer = Komisen 2%
Harga/unit : RM100
- Caj Komisen (Diambil oleh Lazada) = 2% + 6% (GST) = RM 2 + RM 0.12 = RM 2.12
- Caj Bayaran (Dibayar pada bank)= 2% + 6% (GST) = RM 2 + RM 0.12= RM 2.12
- Caj Postage (Dibayar pada courier service provider) = RM 5 (Inclusive 6% GST) = RM 5
Jumlah pembayaran yang korang akan terima adalah RM 90.76
Jumlah komisen yang diambil adalah RM9.24
Sebelum duit masuk, korang boleh cek dulu berapa jumlah pembayaran yang akan korang terima. Cek di Account Statement.
Maklumat lanjut mengenai pendaftaran : Klik LAZADA
Pertanyaan Di Lazada : Klik LAZADA
Anything yang korang query boleh terus hubungi,
Lazada Malaysia : 03-2725 2925
Lazada Malaysia : 03-2725 2925
Owh baru tahu ni.. dalat ilmu baru hari ni
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteTerima kasoh atas perkongsian
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteBaru la tahu begitu rupanya cara dia kira.. btw thanks for sharing
ReplyDeleteAlhamdulillah :) Sama2..
DeleteWow...caj komisen dan caj byrn pd bank sama...🤔🤔🤔 tq sis mawar..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSis Mawar, sekarang GST dah dihapuskan. Adakah charge 2% tu masih valid sehingga sekarang atau dah di update kepada charge yang baharu? Terima kasih.
Agak2 harga 2% tu masih valid sehingga GST dah dihapuskan ke?
ReplyDeleteAda perubahan. Kena update dalam Lazada seller centre :)
DeleteThank you atas perkongsian! Boleh saya tanya, buat masa skrg still sama ke pengiraan komisyen , cuma tolak GST je since dah takde.
ReplyDeleteAnd one more, komisyen yg diambil akan berubah ye ikut jenis item (cthnya jual tudung Lazada ambil caj komisyen 2%, kalau jual jam tangan Lazada ambil 3% ? ) Thankyou atas pencerahan, hopefully you can reply asap! 😄 Have a nice day!
Komisen berubah ikut kategori barang. Tapi memang ada perubahan lepas GST. Kena update dengan Lazaaada seller centre website :)
Deleteterima kasih, baru faham...
ReplyDeleteSama sama.. Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi :)
Deleteterima kasih kongsi☺
ReplyDeleteHai nak tanya,cycle payment sy 16th-22th jun,so payment akan dibayar kedalam akaun sy brp hb ya?
ReplyDeleteHai.. Sekarang Lazada tutup cycle acc every week. Tapi duit masuk a week after closing week.
Deletekiranya 1 barang lebih kurang RM10 la lazada ambik?,phew, kalau untung baru nk dapat rm10 contoh, kira xda untung lah gitu..hu3
ReplyDeletebergantung pd kategori sebenarnya. by peratus % .
Deletekalau rendah kos tu xkan la laz amik banyak haha. sikit je lah dia amik pun. dahlah margin seller pun kecikk.
Hi sis, nk tye.. sy baru berjinak2 dlm prniagaan lazada.. dah received order dan settle dlvry.. kan ada cas delivery by custmr, cas nie lazada akan tolak sekali mse received pyment or how.. thanks.��
ReplyDeleteHi.. Haah betul. Masa release payment nanti :)
DeleteAssalamualaikum, hi.
ReplyDeleteNak tnye pasal, CAJ BAYARAN (dibayar pada bank) tu macam mana ye?
kalau komisen pulak pulak macam mana?
saya tak bape paham..
Hi sis ..saya tak berapa paham pasal caj komisen dan caj bayaran..
ReplyDeletebayaran pada bank tu macam mana?