Syukur Dapat Dua Kes Job Home Tutor Di Tahun Baru - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Mar 7, 2018

Syukur Dapat Dua Kes Job Home Tutor Di Tahun Baru

Syukur Dapat Dua Kes Job Home Tutor Di Tahun Baru | Kalau sebelum ni aku pernah ceritakan yang aku pernah menerima satu kes home tutor pada 2016. Masa tu aku ajar anak jiran aku, akaun dia dapat B+. Masa tu aku tak berniat pun untuk mengajar dia mahupun orang lain. Tak berniat nak mengajar orang. Nak kata atas desakan wang juga tak, atas desakan mak juga bukan. Tapi, mungkin atas dasar kasihan, nak tolong orang. Apa guna belajar tinggi, tapi tak digunakan elmu tu sebaiknya. Zuppp! "Deep!"

Betul, masa tu aku mengajar subjek Akaun. Masa mengajar tu pun lagi 2 bulan nak SPM. Bayangkan betapa speednya aku nak buat revision semua. Sejak SPM, masuk diploma dan sekarang degree Akaun. Tambah tolak, lebih kurang 9 nak masuk 10 tahun aku bersama akaun. Then, once again, buat apa belajar tinggi tapi tolong orang dalam kesulitan pun tak nak?


Jadi, sejak tu aku pasang angan-angan nak mengajar tuisyen dan mengajar home tutor walaupun masa tu aku takut sangat nak mulakan langkah pertama. Fuh! Aku tetap mulakan juga walaupun separuh kaki kat depan separuh lagi kat belakang. Cuma masatu aku cuma terfikir, kalau aku tak mulakan sekarang memang sampai aku mati, keinginan aku untuk mengajar tu terkubur.


Sampai mati.

Langkah pertama yang aku lakukan masa tu adalah menghantar resume. Aku hantar resume ke lebih 10 pusat tuisyen di Kota Damansara ni. Dan 5 orang je bagi aku feedback. Semua REJECT. Betapa pilunya hati aku masa tu hihi. Punya den bersemangat tapi akhirnya semua reject aku. Komplot ke apa ni. Adakah disebabkan aku tidak mempunyai cukup kelayakan? Okay, baiklah. Aku cuba move on.

Dan setelah setahun berlalu, aku mencuba lagi. Masa ni tengah cuti semester. Aku mula terasa penat bekerja dengan orang secara sepenuh masa. Aku usaha lagi untuk memohon mengajar student SPM. Lagi sekali aku tidak diterima. Aku redha lagi sekali haha. Aku cuba pujuk hati lagi kali ni. Sama seperti sebelum sebelum ni.

Tetap redha.

Masa ni aku yakin, rezeki aku belum sampai lagi. Usahalah banyak mana pun, kalau bukan rezeki aku, aku takkan dapat peluang tu. Tapi, usaha tetap kena teruskan walaupun rezeki aku lambat sampai.

Tup-tup, awal tahun 2017 aku diajak oleh kawan baik aku untuk jadi tutor di Pusat Tuisyen di Kota Damansara. Untuk subjek akaun. Habis setahun, aku mencuba nasib dalam Home Tutor pula. Alhamdulillah. Kalini ada terselit rezeki aku. Terus dapat job Tutor Akaun di Subang dan terus mulakan kelas secepat mungkin. Rezeki Allah bagi tak putus.. Syukur alhamdulillah. Tak sampai 3 bulan mengajar, aku ditawarkan pula job tutor Akaun di Ampang. Yaa, memang agak jauh dari tempat aku. Lebih kurang 40 minit. Tapi, parent di Ampang setuju dengan rate yang aku tawarkan. Apa lagi, grab je lah. Orang mampu kan.. Boleh cover duit minyak aku muehehee.

So far alhamdulillah. Student aku menampakkan peningkatan dalam subjek Akaun. Yang dapat G masa Form 4 dah berjaya dapat B masa ujian. Dan yang dapat C meningkat kepada B+. Syukur alhamdulillah. Allah Maha Pemurah. Dia yang izinkan elmu tu sampai pada para student aku.


Nampak tak? Semuanya memang berlaku secara tak sengaja.

Cepat sangat berlaku sampai tak sedar yang tahun ni aku dah 25 tahun. Haihh, tua dah cikgu korang ni haha. Nampak je semuanya macam tak terduga. Tapi mungkin kalini Allah kesian juga dekat aku lepas bertahun-tahun usaha asyik kena reject aje. hihi


Apa-apa pun sebagai seorang yang secara tiba-tiba terjun dalam dunia pendidik ni, tak ada benda lain yang lebih menggembirakan hati aku selain student aku faham teknik pengajaran dan pembelajaran aku dan berjaya menunjukkan prestasi yang bagus dalam pelajaran. Bila result bagus, mak ayah mana tak gembira, betul tak? Itulah kegembiraan sebenar yang aku harapkan. Kegembiraan tu lah yang aku rindu bila teringat kabahagiaan parents aku masa aku sarung selempang pink dan ambil skrol di atas pentas masa Konvo Diploma 2014 dulu. Allah, rindu sangat!


Baca artikel lain :

2 comments:

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)