Keputusan UiTM Gagal Teruk? Macamana Nak Sambung Belajar Di UITM Lagi? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Keputusan UiTM Gagal Teruk? Macamana Nak Sambung Belajar Di UITM Lagi?

Keputusan Diploma Gagal Teruk? Macamana Nak Sambung Belajar? | Soalan yang aku terima dari 3 orang bekas pelajar UiTM dan kini dah meneruskan pengajian diorang di UiTM juga dan alhamdulillah berjaya survive hingga ke semester ke 4 dan sorang lagi semester ke 5 dalam mod pengajian separuh masa. Syukur alhamdulillah. Yang baca artikel ni, baru dapat result ke tew?


Persoalan ini ditanyakan oleh seorang student yang baru dapat result Semester 1 pengajian diploma di UiTM Kota Kinabalu. Jauh betul pertanyaan tu terbang dari Sabah sampai ke Semenanjung kan hihi. Pertanyaan datang dari seorang bergelar adik yang nak sangat sambung belajar balik dalam UiTM disebabkan dia dapat status dismissed dalam result baru ni, dia rasa down yang amat. Boleh baca sini kenapa status D1 itu sangat menakutkan dan baca pengalaman mendapat status D1 ni.

Bersungguh-sungguh seorang perempuan ni usulkan pertanyaan pada aku di Facebook sehari lepas result Februari keluar. Aku panggil dia Aina (bukan nama sebenar). Okay, selalunya kan orang akan PM aku kalau ianya soalan yang berkaitan dengan part time study, PLK dan PJJ ni. At first, to be honest memang aku tak perasan langsung yang Aina ni bertanyakan soalan pada aku sebagai student full time. Dan suggestion aku pastinya suruh buat permohonan baru (Baca : tak sedar Aina full time student). Jadi, lepas aku dah suggest untuk apply permohonan baru di iNED sebagai pelajar baru. Aina pun ikut je, daftar permohonan baru di iNED. Tanpa ragu-ragu dan tanpa persoalan, terus dia daftar time tu juga. Tau-tau Aina cakap dia dah berjaya submit. Keputusan penerimaan permohonan dalam 2 minggu lepas keputusan. Pheww, pantas dan efisyen. Memang nampaklah effort dia sunggung-sungguh nak sambung di UiTM lagi.

Lepas dia dah berjaya daftar. Baru aku tahu dia student full time. Dan dia pun ... "La yekee.. Saya dah apply dah tadi." Taktahu nak gelak ke nak simpati hihi. To be honest, untuk student sepenuh masa agak susah nak masuk semula once dah dapat status dismissed (D1) ni. Mungkin boleh apply baru tapi untuk lulus, susah sekali. Maklumat ni ada dimaklumkan dalam website UiTM. UiTM akan lebih beri keutamaan pada pelajar baru yang fresh, tidak pada yang dismissed.

Jadi, pilihan yang ada untuk Aina adalah apply belajar mod secara separuh masa. Dan aku ada bagitahu Aina untuk tawakal je. Kalau ada rezeki untuk sambung part time study ni, teruskan aje. Mungkin ini adalah peluang kedua dia untuk belajar di UiTM lagi dan mungkin satu fasa kehidupan yang belum pernah dia hadapi akan dia hadapi tak lama lagi iaitu dunia bekerja dan belajar sekali. Dia kena belajar dah cara untuk tangani cabaran belajar separuh masa ni.

Then, dia pun okay. Terima dengan hati yang terbuka walaupun tempoh masa belajar ni lambat habis. Tak apa, slow and steady aje. Aku pun dah 25 tahun ni merangkak lagi belajar. In Shaa Allah sem ni semester terakhir untuk degree ni. Ameen.

Alhamdulillah. Dia baru bagitahu tadi yang nama dia dah lulus permohonan belajar separuh masa di iNED. Dan kebetulan juga kursus yang diambil tu ada di UiTM Kota Kinabalu. Memang betul rezeki dia tu lah hihi. Syukur.


Macam student lain juga, aku doakan semoga dia tabah untuk habiskan study separuh masa ni. Bukan dia saja tapi korang juga boleh apply 10 tips penting belajar separuh masa nanti. Dunia bekerja sambil belajar ni cabaran dia kuat. Tapi lebih kuat kalau kita dah berkahwin dan ada anak. Sementara masih bujang tu, eloklah habiskan belajar dulu hihi. Jangan nak menggatal sangat kekeke.


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)