Q & A | Cara Nak Claim Parcel Return Yang Dah Rosak - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Q & A | Cara Nak Claim Parcel Return Yang Dah Rosak

PARCEL RETURN PADA SELLER TETAPI IN BAD CONDITION | Rasanya angin tak angin ni kalau barang yang kita proses sebaiknya dan packing molek-molek tapi at the end barang return sebab delay lama sangat oleh courier service atau barang rosak yang dipulangkan oleh customer korang. Eh jap. Tapi yakin ke kesalahan berada di pihak customer? Atau mungkin di pihak courier service?


Eh tak kesahlah. Yang penting memang bukan salah di pihak korang sebagai seller. So, claim jangan tak claim compensation! Dah lah return, barang rosak, kos postage pula kena bayar tambahan lagi rating menurun haha. Bukti ada bukti? Bukti gambar before posted pada courier service? Korang tahu kan barang kaca atau liquid korang kena lekat sticker FRAGILE?

Sebab Sah Membolehkan Seller Claim Compensation
  1. Rosak - Rosak semasa proses penghantaran
  2. Tak berfungsi - Customer berhak pulangbarang sekiranya item tak berfungsi sedbaiknya
  3. Silap hantar - Proses salah item
  4. Tak lengkap - Tak dapat seperti apa yang dijanjikan dalam "What's in the box"
  5. Silap saiz - Bahagian A dan bahagian B tak match kerana silap saiz, boleh dipulangkan
  6. Berubah fikiran - Customer berubah fikiran ketika proses penghantaran. Return valid bila barang tersebut tidak dibuka atau digunakan.

Cara Nak Claim Compensation

  1. Isi form : My Return Claim
  2. Isi Seller Centre Name (Nama kedai Seller Centre) bukan Legal Entity Name (SSM)
  3. Isi Seller Centre ID (Semak di Profile)
  4. Emel dan Nombor untuk dihubungi
  5. Nombor order yang hendak di claim
  6. Isi Lazada SKU untuk item yang return tu (Boleh cek di invoice yang korang print, product SKU tau bukan seller SKU)
  7. Pilih sebab claim (Pilih yang paling tepat)
  8. Komen tambahan : Dicadangkan untuk korang story kes ni supaya agen yang adal in charge dalam isu korang ni faham situasi kes sebenar macam mana. So senang bagi diorang untuk ambil tindakan sesuai dan cepat settle)
  9. Upload fail (Much better upload saja gambar before post, chop received by courier service dan apa-apa lagi yang sesuai untuk dijadikan sebagai bukti)


Order Return Claim Form (Klik untuk besarkan)

Kalau korang seketol seller yang berhati baik dan tak mahu claim pun takda masalah. mungkin duit terlalu banyak, jadi barang rosak yang tak boleh dijual semula dapat balik pun takpa kut kan. It's okay. Semuanya bergantung pada diri sendiri. So, good luck!

Proses akan mengambil masa lebih kurang 3 - 5 hari bekerja. So, boleh tunggu sementara Lazada review dulu. Kalau dah lebih seminggu tak ada feedback, boleh direct tanya Lazada atau follow up semula emel yang akan korang dapat lepas submit form ni.

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran : Klik LAZADA
Pertanyaan Di Lazada : Klik LAZADA 

Anything yang korang query boleh terus hubungi,
Lazada Malaysia : 03-2725 2925

Baca artikel : 

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)