QUOTE | Buat Kita Seorang Pendosa - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Mar 9, 2018

QUOTE | Buat Kita Seorang Pendosa


Buat Kita Seorang Pendosa | Quote yang aku kongsikan ni datangnya dari Facebook. Menjadi seorang hamba pada Pencipta, kita takkan mampu lari dari melakukan kesilapan. Lagi-lagi kalau itu melibatkan diri kita dengan orang lain yang kadang-kadang kita terlukakan hati manusia lain tanpa sedar.



Menurut Sheikh, kita boleh beristighfar dengan dua cara :


1. Baca tanpa waqaf

Astaghfirullahal'azim Allazi Lailahaillahuawal Hayyul Qayyum Waatu Builaih



2. Baca dengan waqaf

Astaghfirullahal'azim ,

Allazi Lailahaillahuawal Hayyul Qayyum ,
Waatu Builaih


Ada beberapa sebab kenapa istighfar penting dalam kehidupan seharian kita, antaranya adalah ia punca laluan rezeki mudah terbuka dengan cara memohon kempunan dari Allah dan bertaubat padaNya. Ia juga membantu kita memperolehi rahmat dalam menjalani kehidupan seharian dan meluaskan rezeki kita dari pelbagai arah yang tidak kita sangka. Allah Maha Kuasa, Maha Kaya.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud :
“ Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Dalam Al-Quran terdapat petikan kata-kata Nabi Nuh kepada kaumnya:

"Maka aku katakan kepada mereka. ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai’.” (Nuh: 10-12) 




Maka selalulah beristighfar dan bertaubat kerana ini merupakan antara sebab murahnya rezeki kita, berkatnya harta kita dan makbulnya doa doa kita kerana kita telah meminta ampun dari Allah dan InsyaAllah, Allah yang sifatnya Maha Pemurah akan mengurniakan permintaan dan memakbulkan doa kita kita. Janganlah jemu-jemu beristighfar.




Ada hadis mengatakan bahawa Rasulullah beristighfar sebanyak sekurang-kurangnya 70 kali sehariMaksudnya :

“Bersabda Nabi s.a.w. :“Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).



Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa mereka yang sering mengamalkan istighfar akan mendapat keuntungan kerana besarnya kelebihan yang terdapat dalam lafaz istighfar. Keuntungan ini merupakan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya serta ganjaran atas ketaatan mereka kepadaNya.


Baca artikel lain :

2 comments:

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)