Q & A | Apa Perlu Ada Untuk Mula Daftar Sebagai Seller Lazada - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Q & A | Apa Perlu Ada Untuk Mula Daftar Sebagai Seller Lazada

APA PERLU ADA UNTUK DAFTAR SEBAGAI SELLER LAZADA | Kalini artikel khas buat korang yang betul-betul zero dan tak tahu apa-apa lagi dokumen yang perlu atau maklumat yang diperlukan untuk mendaftar sebagai seller di Lazada.


Emel yang datangnya dari Encik Hadafi. Sebenarnya soalan dia common sangat. Dia minta tolong aku, bantu dia nak daftar sebagai seller di Lazada. Wait! "Nak MekKin bantu dari mula daftar ke atau nak bantu mendaftar?" Kalau nak tahu cara mendaftar, boleh hadamkan dulu Cara Mendaftar Di Lazada Malaysia Sebagai Seller. Rasanya sudah cukup lengkap. Siap ada update version lagi tau haha.

Persoalannya berbunyi : Macamana saya nak daftar sebagai seller di Lazada? Tapi aku tukar sikit kepada Apa Perlu Ada Untuk Mula Daftar Sebagai Seller Lazada. So, apa yang perlu korang ada-adakan sebelum nak daftar tu?

1) Dokumen Lengkap (Sebelum menerima order pertama)

  • Salinan Kad Pengenalan (PDF)
  • Salinan Sijil Pendaftaran SSM Syarikat (PDF)

2) Dokumen Tambahan (Selepas menerima order pertama) : Business Seller

  • Senarai Pengarah (SSM)
  • No K/P Pemilik Perniagaan (I/C)
  • Penyata Bank Akaun Semasa syarikat (PDF)
  • GST Letter (Jika ada)

3) Dokumen Tambahan (Selepas menerima order pertama) : Individual Seller
  • Sijil Pendaftaran SSM
  • No K/P Pemilik Perniagaan (I/C)
  • Penyata Bank Akaun Semasa syarikat (PDF)
  • GST Letter (Jika ada)

Pesanan penting! : Seller individu dikehendaki mendaftar perniagaan korang selepas saja menerima order pertama (Sekiranya masih belum submit SSM)


Maklumat lanjut mengenai pendaftaran : Klik LAZADA
Pertanyaan Di Lazada : Klik LAZADA 

Anything yang korang query boleh terus hubungi,
Lazada Malaysia : 03-2725 2925

Baca artikel : 

2 comments:

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)