3 Tips Pilih Warna Skirt Labuh Yang Sesuai Dengan Saiz Badan - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Feb 14, 2018

3 Tips Pilih Warna Skirt Labuh Yang Sesuai Dengan Saiz Badan

3 TIPS PILIH WARNA SKIRT YANG SESUAI MENGIKUT SAIZ BADAN | Selain kita padankan skirt ikut warna kulit, kita boleh praktikkan padanan skirt mengikut saiz badan. Tak kesahlah saiz kecil ke besar ke apa yang penting kena confident je. Pakai apa pun semua kena confiden. Baru semua baik-baik saja. In Shaa Allah.


TIPS PILIH WARNA SKIRT SESUAI MENGIKUT SAIZ BADAN

1. Ramping dan Tinggi
  • Amat sesuai mengenakan skirt labuh plain yang berwarna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau pucuk pisang, biru muda dan coklat cair. Tips : Boleh pilih padanan kain floral bunga besar untuk kelihatan sedikit berisi dan tidak terlalu kurus atau blouse bercorak dipadankan dengan skirt plain, lagi nais bila warna tudung sama atau acah-acah sama dengan warna skirt. Awww, elegannya youalls.

2. Kurus dan Rendah
  • Jika badan korang terlalu kurus yang bila ditiup angin tu rasanya dah melayang-layang tu, adalah sangat sesuai korang pakai lebih kurang sama dengan orang yang ramping dan tinggi. Tips : Bezanya pilih pakaian yang bercorak menegak supaya kelihatan lebih tinggi. Elakkan corak melintang. Sebab kata kan nak tinggi, buat apa nak nampak lebar?

3. Berbadan Gempal
  • Untuk yang berbadan gempal atau berisi, elakkan memakai pakaian warna cerah atau terang. Warna-warna tersebut akan menyebabkan kegempalan badan korang lebih terserlah. Pilihlah warna gelap contohnya hitam, biru gelap, hijau emerald dan maroon gelap. Warna-warna ini akan memberi efek langsing. TIPS : padankan skirt bunga-bunga kecil yang kembang hingga menutup kaki dan tidak tergantung. Pilih skirt gelap tak bermakna tak boleh langsung memakai warna terang. Masih boleh pakai warna cerah cuma tidak digalakkan. Boleh je pakai tudung warna pastel yang tidaklah terlalu cerah atau terang sangat. Part baju dan skirt, praktikkan warna-warna gelap untuk nampak langsing barulah aumm aumm..


Skirt Labuh Muslimah 100% Dijamin Tanpa Jarang!
120% Satisfaction Guaranteed!

Bunga Jamal Skirt
Whatsapp : +60142366915
Website : BungaJamalSkirt

Baca artikel :

4 comments:

  1. Good tips ni kin.
    Lepas bersalin ni, nak start kumpul skirt balik. Haha harapnya saiz 2XL ni kembali lah kepada M..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi kak.. Memang bagus sebagai panduan. Make sure kena kuruih balik naa hihi.

      Delete
  2. Bagus tips ni. Rasa nak pakai skirt pulak nanti, banyak skirt cantik2 skrg ni. Hahaha, duk asyik pakai jeans je selama ni T_T. Tak feminin langsung.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)