Legakan Batuk Dan Hidung Tersumbat Dengan Balm Bayi Tok Syed - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Feb 9, 2018

Legakan Batuk Dan Hidung Tersumbat Dengan Balm Bayi Tok Syed

Legakan Batuk Dan Hidung Tersumbat Dengan Balm Bayi Tok Syed | Lelah hidung kali ni memang tak boleh nak bawa kompromi? Asyik batuk dan selalu sangat rasa terganggu nak buat kerja harian? Letih kan asyik nak deal dengan sakit yang selalu datang tak bagi salam ni. Kali ni sekali lagi aku kongsikan sesuatu yang boleh bantu korang legakan sakit-sakit seperti yang aku maksudkan tadi.

Produk kalini memang 100% produk muslim dan pengasasnya juga warga tempatan iaitu Tok Syed. Kalau korang yang pertama kali dengar tentang produk Balm Bayi Tok Syed ini, aku yakin fikiran korang akan terlintas, "Laaa, untuk bayi je ke?" Absolutely no gais. Walaupun namanya balm bayi, tapi boleh diaplikasikan untuk orang dewasa seperti aku. Heh, dewasa ke.. Paling best, lelaki dan perempuan pun boleh guna. Tidak terhad pada bayi saja tau.


Siapa Di Sebalik Produk Balm Bayi 100% Muslim Ini
Kewujudan Balm Bayi Tok Syed ini belum pun lagi sampai 1 tahun usianya tapi disebabkan manfaat produknya yang banyak, kandungan produknya yang 100% selamat tanpa bahan kimia dan bagus untuk digunakan oleh pelbagai lapisan umur, tak dinafikan lagi memang produk ini ada potensi tinggi untuk terus berkembang ke serata pelusuk negeri. Sebab itulah 1 rumah mesti kena ada 1 Balm Bayi Tok Syed. At least satu. Paling best seisi keluarga boleh guna tau, jimat wei jimat!

Pengasas Balm Bayi Tok Syed, Syed Mohd. Saiful Ikhwan Syed Abd. Khalid atau lebih mesra dipanggil Tok Syed ini, produk balm keluaran syarikatnya memang lain daripada yang lain kerana formulasi produk ini khas dibuat oleh dirinya sendiri dan kandungannya juga memiliki manfaat yang cukup bagus dan berkesan.

Kebaikan Balm Bayi Tok Syed
  • 100% produk Muslim
  • 100% halal dan selamat digunakan
  • Kandungan bahan herba tradisional yang berkualiti
  • Produk PERLU ada dalam sebuah rumah
  • Melalui proses R & D yang berkali-kali untuk menghasilkan formulasi bebas parabens
  • Menitikberatkan kesan penggunaan pada bayi anda
  • Cara penggunaan yang mudah diaplikasikan
  • Sesuai untuk pelbagai lapisan umur


Bahan Utama Balm Bayi Tok Syed
Sebelum mencuba apa-apa produk sekalipun terutama sekali terhadap bayi kesayangan korang, mesti korang akan teliti dulu apa kandungan setiap produk tu, betul? Jadi jom teliti dulu Balm Bayi Tok Syed ini :

  1. BEESWAX : Membantu mengatasi masalah radang kulit
  2. MINYAK KELAPA DARA : Baik untuk kesihatan luaran dan dalaman serta dapat melembapkan kulit tanpa sebarang kesan sampingan
  3. MINYAK BUNGA MATAHARI : Tinggi dengan Vitamin E dan Omega 6
  4. PATI MINYAK LAVENDER : Agen utama yang berfungsi sebagai pengurang tekanan dan meredakan demam dan selsema

Balm Bayi Tok Syed Semakin Dikenali
Kalau kita nak tengok produk ni bagus atau tidak, kena tengok pada feedback dari para pelanggannya. Disebabkan aku belum lagi ada anak yang masih berstatus bayi, jadi aku cuba praktikkan pada diri sendiri. Alhamdulillah, kebetulan baru baik demam. Dan masa aku masih demam dan hidung tersumbat haritu, aku mencuba Balm Bayi Tok Syed ni, walaupun pada awalnya ragu-ragu boleh berkesan ke ni. Tapi, syukur tak sangka berkesan juga produk ni walaupun apply pada orang dewasa. Hellooo jangan pandang sebelah mata okay hihi.

Sudahlah aromanya wangi dan menenangkan, tekstur balm juga tak melekit walaupun pada awal sapuan dia agak berminyak. Tapi bila terus sapu di hidung, tangan, kaki dan dada, balm ni menyerap dalam kulit dan tak tinggalkan kesan melekit atau berminyak langsung. Bagus sangat untuk bayi kerana tak pedih mahupun panas. Tidak sama sekali.

Lagi-lagi penggunaan Balm Bayi Tok Syed ni juga sangat mudah. Hanya sapu dan urut di kawasan tertentu untuk melegakan sakit seperti batuk dan hidung tersumbat.

Antara Testimoni Balm Bayi Tok Syed

Untuk yang berminat untuk mencuba Balm Bayi Tok Syed, boleh follow rapat-rapat website Tok Syed ni tau atau boleh Whatsapp terus stokis-stokis berdekatan korang. Lagi-lagi sekarang ni Tok Syed tengah buka peluang menjana income hanya dengan menjual Balm Bayi ini. Memang bagus sementara produk tengah naik, jangan lupa follow Tok Syed tau!

Balm Bayi Tok Syed
Website : www.toksyed.com
Facebook : TokSyedOri

Instagram : TokSyedOri/

Youtube : TokSyedOri
Whatsapp : 016-826 2990


2 comments:

  1. Fantastic post but I was wanting to know if you
    could write a litte more on this topic? I'd be very grateful if you could elaborate a little bit more.
    Bless you!

    ReplyDelete
  2. Yes! Finally something about hà.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)