5 Tips Kurangkan Rasa Gemuruh Ketika Presentation - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

5 Tips Kurangkan Rasa Gemuruh Ketika Presentation

5 Tips Kawal Rasa Gemuruh Semasa Presentation | Perasaan nervous atau gemuruh ni takkan mampu kita hilangkan sekelip mata. Melainkan kita kurangkan dengan cara mengawal kehadiran gemuruh tu. Nak hilangkan darah gemuruh? Tak perlu pun ketawa mengilai macam mak ponti, cukuplah sekadar kita amalkan tips yang bakal aku kongsikan di bawah. Siapa sini geng-geng darah gemuruh tahap teruk amat? Cer angkat tangan. Sis nak tengok siapa geng sis haha.


Tips ni adalah perkongsian dan pengalaman diri sendiri. Mungkin ianya applicable untuk sesetengah daripada korang, atau mungkin tak applicable langsung. Semuanya tak dijanjikan menjadi tapi ianya boleh diambil sebagai tips atau langkah-langkah yang boleh dipraktikkan untuk tidak kelihatan terlalu nervous di hadapan orang ramai.

Pengalaman sendiri adalah aku seorang yang sangat pemalu. Terlalu pemalu di suatu tika yang dulu. Pernah dilabel budak perempuan yang ada emas dalam mulut. Tak reti bercakap. Tak reti berkomunikasi. Tak reti bergaul dengan orang. Tak terbuka. Haaa,apa lagi? Semuanyalah.

Tapi, jujurnya tak semuanya masuk dalam kepala aku pun. Sebab aku memang pendiam. So, cakaplah apa pun, pendiam dan pemalu cukup sinonim. Sampai satu saat, aku tersedar yang aku tak patut jadi macam tu terus-terusan. Sampailah aku mulakan pengajian dalam diploma di Machang. Sudahlah negeri berloghat, jauh pula dari keluarga. Ya, masih lagi pemalu dan pendiam. Cuma sudah mula sikit demi sedikit belajar memulakan perbualan. Dan khasnya berbual dengan orang baru dan perempuan.

Tips Kawal Rasa Gemuruh ketika Presentation

1. Selalu Communicate Dengan Orang Sekeliling
  • Sebab tu orang kata, sebelum memulakan sesuatu yang besar kita kena mulakan dengan sesuatu yang kecil. Contohnya, presentation. Adalah menakutkan bila kita yang kurang biasa membuat presentation ni terpaksa buat presentation. So, caranya selalu-selalulah berkomunikasi dengan kawan sebilik ramai-ramai, kawan serumah, jiran tetangga dan lain-lain. Bila perasaan segan dan malu tu dah slowly kurang, in shaa Allah feel masa presentation depan audience tu boleh dicipta seolah-olah kita tengah bersembang dengan kawan sebilik yang ramai.
2. Kawal Pernafasan
  • Lakukan sekurang-kurangkan 30 kali dan pastikan nafas yang disedut hinga ke pusat dan tahan selama 7 kali di setiap sedutan pernafasan tadi. Tarik nafas dan lapangkan minda, fikirkan permulaan dan pengakhiran yang baik-baik saja sebab di saat-saat titik pertemuan tarik nafas dan hembus nafas tadi, doa mungkin termakbul. Jadi, fikirkanlah perkara-perkara yang memberi kita semangat.
3. Bersedia Dan Berlatih 
  • Dalam apa jua situasi untuk kita berhadapan dengan orang, kita perlukan persediaan yang cukup samada dari segi fizikal dan mental. Yaa, ramai orang mementingkan fizikal yang cantik dan kemas. Itu tak dinafikan dalam mendapatkan kepercayaan kali pertama dari client mahupun audience. First impression is the reaction of the first halo. Setuju? Tapi, halo yang seterusnya adalah macamana kita present diri kita pada audience. Jika bersedia dan latihan cukup, semuanya akan berjalan sebaiknya. Tapi kalau kita sebaliknya, jangan tanya kenapa audience tak berminat dengan presentation kita. Dan jangan tanya kenapa kita tak dapat deal project sekian-sekian. Back to back, it is a reminder to me.
4. Banyakkan selawat dan istighfar
  • Sebagai orang Islam, kena kena tahu ke mana patut kita berserah. Dalam situasi-situasi terdesak atau kita memerlukan pertolongan, ingat semula pada siapa kita serahkan segalanya. Bukanlah maksud aku bila senang lupakan Dia. Cuma nak ingatkan balik, walau apa pun terjadi jangan berpaling dari Dia. Tetaplah pada Dia. Banyakkan selawat, berdoa dan istighfar supaya segalanya jadi seperti yang dirancang dan supaya semuanya dipermudahkan.
  • Hasbunallah Wanikmal Wakeel Wanikmal Maula Wanikman Nasir. Maksudnya, "Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami, dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung."
5. Hipnosis diri sendiri
  • Tak semua orang tahu tentang tips terakhir ni tapi sebenarnya korang dah pun buat setiap kali sebelum turn presentation korang. Cara ini selah-olah kita tengah menghipnosis diri sendiri yang akan membuatkan diri kita menjadi tenang tanpa sedar. Hipnosis ini selalu digunapakai untuk merawat pesakit yang sedang bercelaru fikirannya dan serba tidak tenang dirasakan hidupnya. Jadi, mungkin bagi korang yang sedang bercelaru fikiran dan gemuruh yang secara tiba-tiba datang menjelma, boleh cepat-cepat praktikkan tips ini. Cari side yang agak tenang, lapangkan fikiran, berkomunikasilah dengan diri sendiri, katakan pada diri sendiri yang kita boleh tangani permasalahan ini. Kita boleh hadapi orang-orang ini. Anggap saja mereka bukan apa-apa. Anggap saja kita sedang berkomunikasi dengan adik-adik kita. Anggap audience tak tahu apa-apa, tugas kita adalah untuk memberitahu diorang.

Inilah antara perkara yang selalu aku lakukan untuk menenangkan diri sebelum turn presentation. Paling nervous aku pernah rasakan adalah masa presentation subjek  English (BEL) di UiTM Semester 4 yang lepas. Subjek yang memerlukan kitorang untuk buat presentation saja di setiap kelas. Dan paling worst adalah, di kelas pertama untuk presentation namaku dipetik dulu untuk membuat individual presentation. Masa tu dah, blank kejap. Tapi cuba berlagak cool. Dan istighfar saja sepanjang dari meja ke meja depan. Hahaa.


Dan rekod nervous aku paling kelakar dan tak boleh lupa dalam hidup sampai bila-bila adalah, masa intro was nice. Smooth. Start presents topic, 3 kali ulang intro wei! Ahh malunya masa tu. Aku pandang madam aku je, tak mampu toleh toleh. 3 kali intro, 3 kali sorry gaiss. Bayangkan muka aku masa tu tebal mana dah. Class full packed lagi gaiss. Ahh aku sabar dan teruskan tugasku sampai selesai. Apa-apa pun yang paling penting, teruskan istighfar lagi-lagi di waktu-waktu terdesak macam aku tu muehehe.


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)