Tercapai Update Entri Seperti Jumlah Target - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Feb 9, 2018

Tercapai Update Entri Seperti Jumlah Target

TERCAPAI UPDATE ENTRI SEPERTI JUMLAH TARGET | Dalam entri sebelum ni Bestnya Belajar Tips Blogging Bersama Geng AFB, ada juga selitan beberapa hal penting iaitu target aku untuk menulis artikel di blog kesayangan aku ni lebih dari 15 entri sebulan. Alhamdulillah berjaya mencapai 15 entri kesemuanya. Itu pun mula di pertengahan bulan nak ke hujung bulan. Walaupun asalnya macam dah fed up tak ada idea bagai. Tapi, alhamdulillah tetap ku perah otak untuk mengeluarkan idea-idea untuk aku jadikan entri bulan Januari 2018.


Maka Dengan Ini ...
Maka, dengan ini terhasillah 15 ketul entri yang diharapkan bermanfaat untuk korang baca dan ambil impak yang positif untuk kehidupan seharian. Nak tahu tak cerita di sebalik tabir yang aku berkejar-kejaran menyiapkan 10 entri dalam sehari sebab nak kejar dateline. See? Rasa macam tak percaya aku mampu siapkan 10 entri sekali dengan semuanya bertopikkan elmu, fakta dan maklumat buat pembaca blog aku.

Seriously aku sendiri tak percaya. Aku hanya tak percaya yang rupanya aku mampu! *gosok mata

Betullah orang kata, "Kalau kita cuba buat sesuatu yang belum pernah kita buat, kita akan dapat sesuatu yang belum pernah kita dapat." So, sekarang ni alhamdulillah aku dah dapat rasa sesuatu. Aku rasa minat menulis yang ada dalam diri aku sejak bertahun-tahun yang lepas kembali diasah. Sebenarnya bukanlah atas asbab minat suka menulis saja tapi aku lebih kepada berkongsi sesuatu dan berkongsi elmu yang mungkin korang dah tahu atau mungkin belum pernah tahu lagi.

Ada sesuatu yang aku nak kongsikan dengan pembaca blog aku ni. Sebenarnya kalau ditanyakan soal membaca buku dan tambah elmu pengetahuan ni, hakikatnya lagi banyak kita membaca lagi banyak benda yang kita tak tahu, baru tahu dan teringin nak tahu. Sebagai contoh, aku ada baca satu buku yang membincangkan soal kewangan yang perlu diambil berat oleh wanita. Dan lagi aku baca, lagi banyak benda yang aku terlepas pandang dan tak buat langsung hingga ke hari ni yang mana umur pun dah menginjak 25 tahun.

Sekarang ni baru jelas maksud "Membaca Jambatan Ilmu." Alhamdulillah Allah.

Wah! Bulan Januari dah berjaya capai target jumlah artikel. 15 entri! In Shaa Allah bulan-bulan seterusnya akan improve secara perlahan-lahan. In Shaa Allah.

Eh, korang suka membaca ke? Apa buku terakhir yang korang baca?


Baca artikel : 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)