Dah Semester Akhir Setelah Belajar Selama 4 Tahun - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Dah Semester Akhir Setelah Belajar Selama 4 Tahun

Dah Masuk Semester Akhir Setelah 4 Tahun Belajar Separuh Masa | Alhamdulillah. Kalau yang mengikuti perkembangan study aku dari 2014, tahu yang aku akan menamatkan semester akhir aku Jun 2018 nanti. In shaa Allah. Bagi yang baru mengikuti perkembangan study mod separuh masa aku ni, sekarang aku pelajar tahun akhir Bachelor Degree in Accountancy di UiTM Shah Alam. Kalau ikutkan pelan asal, sepatutnya peperiksaan Januari 2018 merupakan peperiksaan terakhir aku untuk degree ni. Tapi, nampaknya manusia hanya merancang, Tuhan yang tentukan hihi.

Classmate aku yang lain alhamdulillah dah tamat belajar dan ada yang tengah sabar menghitung hari nak deliver baby. Ouwww, bestnya. Takpa, aku tak terkilan pun tak dapat grad tepat pada masa dan grad sama diorang. Awalnya memang terkilan sikit tapi lama-lama lega dah, asalkan habis belajar pun dah bersyukur. Biar lambat asalkan selamat. hihi. Itu lagi penting daripada terikut-ikut orang lain. Paling penting, kita sambung belajar bukan kerana orang lain tapi kerana diri sendiri. So, ambillah subjek ikut kemampuan diri sendiri bukan orang lain. Sebab lain orang lain cabarannya dalam sambung belajar ni..


Yaa, cabaran yang memang berlainan. Ada orang sambung belajar masa dah berkahwin, hebat cabarannya. Ada yang anak dah besar baru sambung belajar. Ada yang anak kurang upaya pun sanggup teruskan menggapai degree tu dan ada yang masih single dan belum ada komitmen yang besar lagi tapi teruskan juga sambung belajar sebelum galas komitmen yang lebih mencabar nanti macam aku muehehe.

Cakap pasal cabaran dan kekangan masa sambung belajar tu, bagi aku sendiri 60% datangnya dari diri sendiri, 10% datangnya dari pekerjaan semasa dan bakinya barulah datang dari pengajian degree tu sendiri. Maksud aku, untuk teruskan belajar tak perlu tunggu kursus pengajian yang kita ambil tu senang baru nak dapat keputusan bagus. Tapi usaha dan willingness diri kita sendiri yang akan menolak kita untuk usaha, usaha dan terus berusaha mencapai kejayaan yang kita impikan. Kalau kursus pengajian senang kacang macam ABC sekalipun, tapi willingness zero, kemahuan zero. Sia-sia semuanya.

April 2014 adalah bulan aku habis peperiksaan akhir Diploma. Dan mula bekerja pada Mei 2014. Mungkin rezeki kerja aku lebih awal dari kawan-kawan lain.


Dan mungkin juga rezeki aku dah tertulis, aku akan sambung belajar juga macam kawan-kawan lain tapi aku akan lambat grad setahun sebab sambung secara separuh masa. Benda Tuhan dah tentukan. Kita rancang bagai nak rak pun, kalau Allah tak izin. Benda takkan jadi. Usahalah macam mana sekali pun.

Dan aku bersyukur.


Walau lambat sekalipun aku habis belajar. Paling penting, intipati kehidupan aku dari 2014 hingga 2018 sangat indah. Aku dapat rasa kehidupan yang tak pernah aku lalui. Pahit manis, kecewa, sakit, suka duka semua ada. Alhamdulillah. Terlalu banyak kalau nak tulis satu-satu. Aku yakin, hidup korang 4 tahun ni pun sama. Banyak likunya. Tapi, tengoklah sekarang! Walau sakit mana pun korang dulu. Dah sampai sekarang pun perjalanan hidup korang. Kuat juga korang kan?


Sekarang ni, aku rasa betul-betul tak percaya dan bersyukur. Tinggal lagi 2 paper saja untuk aku ambil sebelum pengajian Ijazah aku tamat. Allah, cepat sangat masa berlalu. Rasa taknak tinggal langsung buku-buku ni walaupun bila tengah belajar, aku rasa nak cepat habis belajar hahaha. Manusia sangat aku ni, kan. Muehehe.

Bukan apa, lepas melalui macam-macam halangan maka tertulislah Tips cara urus masa belajar dan bekerja. In fact, ramai sebenarnya yang bagus dalam time planning ni. Cuma kadang-kadang tersasar sikit. Tapi biasalah. Manusia kan.

Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa aku drag subjek? Yang pertama, ini bukan sebab ada repeat paper tau. Syukur alhamdulillah, tak pernah lagi repeat paper sepanjang menuntut di UiTM dan harapnya takkan pernah mahu rasa perasaan repeat paper tu. Hihi. Walaupun junior selalu mengadu nasib bila dapat result teruk. Lebih teruk bila dapat status D1. Baca ni kalau korang berminat nak sambung belajar lagi walaupun dapat D1. Yang kedua, aku drag sebab paper masa semester 5 atau 6 dulu ada 5 subjek. Rasa macam tak mampu ambil banyak subjek, tu yang ambil 4 subjek je. So, conclusion nya 2 paper ni aku ambil di tahun terakhir ni. In Shaa Allah. Ameen.


Eh, No More Course to register? Hihi. In Shaa Allah. Semoga semuanya baik-baik saja. Manalah tahu ada rezeki lebih nak sambung master pula ke. Ehh?


Jadi, inilah semester terakhir aku setelah 4 tahun aku mengorbankan masa remajaku hihi. Tapi, ini belum lagi perjuangan yang sebenar. Ini cuma warm up saja. Perjuangan yang sebenarnya adalah selepas aku habis degree nanti.

Perjuangan untuk meneruskan sebuah kehidupan yang sebenarnya. Doakan aku yaa korang :)

Baca artikel lain :


2 comments:

  1. semoga semua berjalan lancar. saya pun duk counting nak habis kan belajar. tapi lambar lagi. lagi setahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi setahun pun. Pejam celik dah habis. hehe. In shaa Allah. Goodluck!

      Delete

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)