Menang RM500 Dari Contest Cabaran Wang Tunai - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Menang RM500 Dari Contest Cabaran Wang Tunai

Menang RM500 Dari Contest Cabaran Wang Tunai Homestay4u | Contest Cabaran RM500 ni dah dianjurkan oleh Anuar pemilik Homestay4u sejak bulan Disember 2017 lagi, aku bersungguh-sungguh join contest ni sebab nampak macam agak mudah syaratnya dan salah satunya dengan niat nak tolong mudahkan urusan orang ramai yang mencari homestay di Malaysia ni. Dan lagi satu niat pun of course sebab ada tawaran wang tunai tu kihkih. Kalau kerja pun halal, siapa taknak duit oii..


Haah, memang pun aku tunggu-tunggu juga pengumuman keputusan pemenang Cabaran RM500 wang tunai ni hihi. Tapi honestly tak adalah mengharap cuma adalah sikit hihi. Dan alhamdulillah, kalau dah rezeki tak kemana betul tak? Aku join guna 2 nama, patutnya guna je 1 nama haritu haha. Ishh aku ni tamak pulak kihkih. Tunggu punya tunggu, baru perasan yang Encik Anuar dah announce pemenang contest ni sebulan lepas, cehh konon mengikuti perkembangan contest ni kannn haha.

Berdebar-debar tau nak skrol ke bawah artikel pengumuman pemenang contest ni. Sekaliiii .... dup dap dup dap..


Tadaaaa! Alhamdulillah. Dapat tempat kedua. Bersyukurnyaa.. Haaa, bolehlah bagi kat adik aku sebab adik aku sanggup tolong bersungguh-sungguh semata-mata nak upah wakaka.. Okaylah, berbaloilah jugak aku lebur masa dekat 4 jam rehat aku masa tengah study untuk final exam semester lepas hahaa. So, esok adalah keputusan examnya pulak. Double triple berdebar nampaknya esok pagi ni. Doakan aku tau!

Inilah artikel Contest RM500 Wang Tunai tersebut

Korang yang terlepas join tu jangan sedih-sedih atau kecewa pulak tau. Sebab Encik Anuar cakap mana tahu mungkin akan ada contest lain yang bakal menyusul. Siapa tahu kan? Jadi, sekarang ni kalau korang adalah salah sorang yang ada rumah tapi berminat nak buat rumah sewa atau homestay, korang memang berada di tempat yang betul sebabnya aku nak kongsikan dengan korang satu Ebook Rahsia Buat Side Income Dengan Homestay. Siapa lagi perlu dapatkan Ebook Bisnes Homestay ini adalah korang yang ada masalah di bawah :

  • Nak beli Rumah, tapi sayang nak sewakan sebab takut rumah rosak di"kerjakan" penyewa
  • Mempunyai sebuah Rumah, tapi tak tahu macamana nak jadikan sebagai homestay?
  • Baru nak beli rumah untuk dijadikan sebagai pelaburan dan bercadang untuk dijadikan sebagai Homestay
  • Mempunyai semangat yang tinggi untuk mempunyai sebuah homestay. Tapi takut tak balik modal.
  • Nak buat homestay tapi kos mahal. Jadi, korang nak tahu cara nak kurangkan kos untuk setup homestay.
  • Dah ada homestay. Tapi sambutan Hambar. Macamana nak dapat pelanggan?
  • Dah ada homestay. Tapi dapat pelanggan pada masa-masa tertentu saja. Macamana nak dapat duit melalui Homestay ketika tiada pelanggan?
  • Dah ada homestay. Tapi pendapatan melalui homestay terhad. Macamana nak tingkatkan pendapatan melalui homestay?
  • Korang adalah suri rumah tangga sepenuh masa yang terfikir untuk membantu suami mencari pendapatan, di samping jaga anak kat rumah.
  • Dan banyak lagi.


Baca je dah menarik kan? Inikan pula kalau korang dah download Ebook Rahsia Buat Duit Dengan Homestay ni. Pelaburan yang sangat berbaloi untuk jangka masa panjang. Kalau korang mampu berhabis ribuan ringgit untuk satu kelas bisnes, inikan pula Ebook Rahsia yang memiliki perkongsian dari Encik Anuar yang dah berkecimpung dalam dunia Homestay ni lebih dari 8 tahun. Sangat worth lah bagi pendapat aku.

Korang rasa?

Jangan lupa tau dapatkan :

Baca artikel :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)