Jom Join Kelas Belajar Menjahit Blouse Asas - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jom Join Kelas Belajar Menjahit Blouse Asas

Jom Rebut Peluang Belajar Jahit Blaus Asas Di Selangor | Kalini aku nak kongsikan satu peluang baru pada korang yang berminat untuk belajar menjahit blaus asas dan mungkin juga surirumah yang berminat untuk menambah peluang pendapatan bersama team Pusat Transformasi Jahitan (PTJ) Kepong. Kelas asas jahitan ini diadakan bagi membantu para pelajar yang baru menghabiskan pengajian dan berminat untuk meluaskan elmu pengetahuan mengenai jahitan ni, surirumah yang nak belajar kemahiran menjahit dan menerima tempahan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga.



Kelas Jahitan Blous Asas ini memang terbuka kepada semua yang berminat samada korang ada pengalaman menjahit atau pun tidak. Lelaki dan perempuan boleh join dan digalakkan perempuan untuk join bersama team PTJ Kepong.

Apa Yang Bakal Peserta Dapat?

  1. Cara yang betul mengambil ukuran badan
  2. Merajah asas pola pakaian
  3. Mengukur dan mengira dengan cara yang betul dan lebih mudah
  4. Memotong dan menjahit pakaian
  5. Teknik mengemaskan jahitan
  6. Menggunakan teknik jahitan yang mudah dan kemas

Kenapa Perlu Join Kelas Jahitan Blous Ini?
  1. 2 orang tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman luas
  2. Beramah mesra dengan rakan-rakan menjahit yang dah lama bersama PTJ Kepong
  3. Akan diajar dari jahitan asas hingga mahir
  4. Berpeluang mendapat tender jangka masa panjang dari PTJ Kepong
  5. Lebih dari 8 buah mesin jahit disediakan di pusat pembelajaran

Berapa Yuran Kelas Menjahit Blous Ini?

Seperti yang tertera pada banner di atas. Mahar Kelas Menjahit Asas Blous ini hanyalah RM149 untuk seorang peserta. Kenapa bayaran komitmennya adalah sedemikian? Tak mampu? Mahal sangat? Cukuplah memikirkan nilai yang akan dilaburkan! Tapi fikirkanlah kualiti, hasil dan manfaat yang akan korang peroleh di masa depan..

Kalau kita rasa kita perlukan dan inginkan perubahan dalam kehidupan kita, melaburlah dengan sesuatu yang kita ada untuk dapatkan sesebuah ilmu baru dan gunakanlah ilmu yang kita dapat itu sebaiknya untuk masa depan kita. Jadikan ilmu itu sebagai satu cara untuk menjana pendapatan keluarga kita. Orang yang sanggup melakukan sesuatu perubahan dalam hidup je yang akan maju ke depan.

Pernah dengar tak kata orang, "Bila kita melakukan sesuatu yang kita tak pernah buat, kita akan mendapatkan sesuatu yang tak pernah kita dapat?" So, tunggu apa lagi?


Bagaimana Untuk Mendaftar?
Khas bagi korang yang berminat untuk menyertai Kursus Jahitan Asas Blous ini boleh terus hubungi nombor di bawah. Sertakan sekali Nama, Kawasan Menetap, dan bagitahu berminat untuk menyertai kursus jahitan asas blouse.

Hubungi :
(SMS / Call / Whatsapp)
012-5608 608
011-2883 5773 (Ida)

FB Page :

Alamat :
A-2-11 Blok A, Pelangi Square, Persiaran Surian,
Pelangi Damansara PJU 6, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Untuk meneruskan pembayaran kursus kemahiran ini, korang boleh terus whatsapp nombor di atas dan tanya terus nombor akaun untuk membuat pembayaran yuran kelas.

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)