HIKING #6 BUKIT APEK, CHERAS - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Feb 22, 2018

HIKING #6 BUKIT APEK, CHERAS

Pengalaman Hiking Bukit Apek, Cheras | Kalau dalam google korang akan jumpa pengalaman yang pelbagai versi termasuk pengalaman aku ni. Okay, berangkatnya aku dan kawan baik aku, Ain ke Bukit Putih atau lebih dikenali dengan nama Bukit Apek ni lebih plan sehari sebelum tu. Kitorang ni memang, selalunya bila plan awal sangat confirm tak jadi. Kena plan sehari sebelum tu mesti jadi. So, nilah hiking buddies aku sebelum dia kahwin. Sekarang kena cari hiking buddies baru sebab dia dah kahwin kekeke.


Untuk pengetahuan korang, Bukit Apek ni bersebelahan dengan Bukit Saga, yang memang boleh dikatakan bukit yang top di Kuala Lumpur. Boleh baca pengalaman aku mendaki Bukit Saga kalau nak tahu macamana view, perjalanan dia. Pada awalnya memang aku agak keliru dengan Bukit Apek dan Bukit Saga. Ini disebabkan Bukit Apek dan Bukit Saga ni cuma bersebelahan saja, jarak pun dekat je sebab dua-dua dalam satu Hutan Simpan yang sama.

Untuk mencari lokasi Bukit Apek ni tak susah pun, sedangkan aku yang dari Damansara pun boleh sampai guna Waze inikan lagi korang. So, aku pun hiking berdua sajalah dengan kawan aku ni semata-mata nak lepas gian mendaki. Rindu bau hutan wei haha. Kalau korang Waze, boleh cari Bukit Apek, Jalan Awana 23, Cheras. So, bila nampak ramai-ramai orang parking kat situ, korang just parking je mana-mana kat area situ sebab situ kawasan perumahan.

Main Entrance Bukit Apek
Masa permulaan nak masuk kawasan Bukit Apek tu, seriously sumpah tak tipu. Anjing kanan kiri wei! Tak ada jalan lain nak lalu situ. Paling tak tahan, anjing besar gilaaa! Lalu depan mata kitorang. Allahu. mengucap terus, tak sempat mengucap dalam hatinya. Lastly, kitorang jalan je tengah-tengah jalan, tak ke kanan tak ke kiri jalan kehkehh. Kalau korang takut, korang ikut je group yang tengah jalan ramai-ramai. Selamat sikit, fuhh. Korang akan jumpa macam satu pondok kecil atau gerai buah di jalan belah kiri, biasanya uncle uncle (Apek) selalu berehat kat situ lepas turun.

Masa mula nak mendaki tu korang akan perasan ramai sangat uncle Chinese yang hiking kat sini macam tengah beriadah kat taman permainan je lagaknya. Laju dan steady bukan main uncle ni. Indian dan Melayu sangat susah nampak. Tapi, rezeki kitorang masa pertengahan pendakian tu tersesat sebab tak pasti mana nak mula naik Bukit Apek ni, terjumpa dengan Uncle David, Indian and Uncle Lee. Diorang sanggup wei tunggu kitorang. Kawan aku dah kata siap nak stop sebab rasa nak pitam. So, terpaksa cakap dengan Uncle tu supaya teruskan pendakian diorang, kitorang is okay. Seriously masa kitorang naik, tak ramai sangat orang. Masing-masing naik Bukit Saga mungkin.



Kalau dari main entrance Bukit Apek tadi, kitorang naik je. Ikut saja orang ramai-ramai yang naik tu. Dekat kawasan permulaan tu rasanya ambil masa lebih kurang 35 minit, trek tak susah pun. Senang je nak lalu dan jumpa.

Sampai satu kawasan korang akan jumpa satu laluan ke kawasan lapang. Yaa, kawasan lapang macam gambar atas ni (^)

Masa dekat sini lah yang kitorang tak naik no 1 atau 2 tu. Kitorang jalan opposite no 1. Ke bawah. Dekat situ memang kawasan lapang dan jumpa 2 kumpulan, pun dua-dua taktahu juga haha. Pusing-pusing tak jumpa jalan juga. Kitorang tahu ada bukit kat pencawang tu, tapi laluan dia kitorang tak pasti nak lalu mana masa tu. "Takkan hiking kat tanah merah ni?" Tapi memang kitorang nampak ada segerombolan orang pun dari atas tengah turun. Cuma tak sure betul ke tu Bukit Apek. Entah entah tu Bukit Saga. Masing-masing berandaian sendiri.

So, selepas 35 minit berjalan di jalan opposite 1 yang memang confirm tak ada orang, yang ada hanya kesan tayar jentera besar dan lori pasir tu je haha. Masa ni dah tawakal je dua-dua ketul kitorang. Dah sampai 15 minit jalan pun tak jumpa orang, "Ni dah menurun ni, mana naiknya?" hahaha

At last, kitorang decide. Patah balik tempat tadi. 2 kali pusing bhahaa.

2 Laluan Ke Bukit Apek
So, laluan yang sebetulnya nak naik Bukit Apek ada 2. Yang pertama, memang boleh lalu tanah merah tu (Laluan 1) yang mana laluannya agai landai dan menegak. Yang kedua (Laluan 2), akan lalu kawasan berbatu dan ada air sungai mengalir. Kemudian akan mendaki seperti biasa dan Laluan 1 dan Laluan 2 akan bertemu di laluan yang sama di atas nanti. Bagi aku, kawasan Bukit Apek ni laluan senang untuk dilalui dan bagus untuk menguji ketahanan stamina sebab laluan kat atas agak mencanak juga. Cuma nak naik sini kalau boleh ada orang untuk kita tanyakan jika rasa was-was.



Ohya, yang korang nampak ada pencawang elektrik atas tadi tu, haaaa inilah dia lokasinya. Tak jauh daripada tu dalam lebih kurang 15 minit korang akan jumpa puncaknya iaitu tempat berehat di bukit Apek. Oh btw, Bukit Apek mana ada puncak yang ada view cantik bagai tu. Tapi, kalau korang  nak teruskan ke Bukit Saga boleh teruskan mendaki. Kalau nak ke air terjun, boleh juga. Jangan risau, ada sign board sebagai rujukan.

Tengah berehat di satu stesyen sebab kawan aku nak pitam. Stop lama juga kat sini. Bagi dia lega dulu.

Jangan lupa bawa benda-benda penting untuk kes-kes emergency seperti :
  • Minyak Cap Kapak
  • Biobax untuk melegakan cramp (Brand lain pun boleh)
  • Air 100 Plus
  • Coklat bar untuk bagi tenaga
  • Air Mineral dicampur dengan madu atau Chia Seed

Ini antaranya lah yang aku akan bawa tiap kali hiking. Cuma minyak cap kapak je aku tak bawak, sebab dah bawa Biobax. Biobax ni bagus untuk legakan cramp, kalau rasa nak pitam pun boleh hidu untuk legakan tekak yang rasa mual-mual. Banyak lagi manfaat dia. Jangan lupa dapatkan satu untuk memudahkan urusan korang nanti tau.

Ini adalah stesyen terakhir sebelum menuju ke stesyen 6, kata signboard tu. Masalahnya sekarang, aku tak tahu pun ada stesyen 1 hingga 5 haha. Tahu-tahu je nak jumpa Stesyen 6 dah. Mungkin juga kitorang ada lalu tapi tak perasan sebab tak banyak berhenti. Berhenti lama pun kat kawasan rehat sebelum stesyen 6 ni. Dan tadaaaaa.. Dah sampai Stesyen 6 kata pakcik yang menjual air kat atas ni.

Lighting on point kat atas Bukit Apek ni

Dekat atas ni lah adanya laluan ke Bukit Saga dan Air Terjun. Haritu kitorang tak berminat nak ke dua tempat ni tapi lebih tertarik untuk berehat dan melepaskan lelah di Tree House Bukit Apek belakang gerai air uncle yang ada kat atas ni. Gambar atas ni belakang kitorang ada gerai air kan? Tree House terletak belakang uncle tu jeee.. Siap ada peralatan gym, hammock bagai wei, teruja sikit sistur haha.

Saja mencabar diri sendiri

Ketinggian? Bagi aku tinggi lah juga sebab aku tak pernah naik pondok atas pokok ni. Buat apa datang jauh-jauh tapi tak try apa yang ada. Jangan lupa buka stokin kalau yang pakai stokin tu. Masa naik rumah pondok ni, ada lagi 2 orang naik juga. Katanya bukit ni tak lama lagi akan ditutup sebab nak buat pembinaan apa entah. Cuma masih lagi dalam perbicaraan.. Sama macam Bukit Saga. Kebenaran dan kepastian kurang pasti.

Bagi aku, sayanglah. Memang naiss Bukit Apek ni. So, jadi tanggungjawab kita untuk pertahankan alam sekitar yang kita sayangkan ni.


Akak belanja view dari bawah. "Hai! Rakyat jelataku sekalian!"


Sekian saja coretan kali ni tentang pengalaman mendaki Bukit Apek, Cheras. Secara overall, aku rasa ianya agak mencabar kekuatan kaki masa tu.

Tahap : Medium
Ketinggian : 400 meter dari paras laut
Boleh bawa anak : Boleh

Jangan lupa tau baca tempat hiking yang best di Selangor dan Negeri Sembilan.

Baca artikel :

6 comments:

  1. seronok tengok org hiking, ramai jugak member yg hiking setiap minggu tapi kalau akk takut pacat dan serangga hutan..mmg tak mungkin boleh hiking..kang tak pasal2 lain ceritanya pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besttt klu dpt tawan dgn geng2 yg satu kpala.. hihi. Akk nk naik tu kna abang ikut hihi. ada superman.

      Delete
  2. seronok duduk kat ran atas pokok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat! Mula2 je rasa gayat. Hihi. Lepastu, rasa seronok sangat. Sampai rasa nak buat 1 rumah pokok sendiri je. hehe

      Delete
  3. Masih boleh hiking ke bukit apek ke sbb dah lama tak kesana...
    Rata2 yang hiking kat situ sporting belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taksure lah boleh naik lagi ke tak. Haritu kitorang naik boleh jea. Ura-ura bukit apek nak tutup tu rasanya dah lama dulu cakap tp tak tutup2. so tak tahu status skrg maacamana..

      Delete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)