Kalau Datang Melaka, Kena Cuba Original Coconut Shake Ni - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Feb 14, 2018

Kalau Datang Melaka, Kena Cuba Original Coconut Shake Ni

Kalau Datang Melaka Kena Cuba Original Coconut Shake | Macam tak percaya ada beberapa orang emel bertanyakan makanan best di Melaka ni. Kalau nak bagitahu satu-satu rasanya tak cukup 1 artikel ni hihi. Tapi, jujurnya masa backpacking haritu, aku tak adalah dapat merasa makanan banyak kat Melaka tu. Aku cuba mana yang terlintas dan viral aje. Contohnya, Original Coconut Shake Klebang. Eh, korang tahu tak dekat Melaka ni ada dua tempat yang jual Original Coconut Shake ni sampai aku tak tahu mana satu originalnya haha.

LOKASI ORIGINAL COCONUT SHAKE DI MELAKA

1. Jalan Klebang Besar, Pantai Klebang
  • Masa aku short trip ke Melaka, aku ke Pantai Klebang dulu dengan kawan aku. Dialah yang bagitahu tempat sekian-sekian dia tahu. So, bila orang dah tahu, tu yang terjah aje. Janji dapat rasa makanan dan minuman yang viral tu.
  • Lokasinya pun sebenarnya senang juga nak cari kalau guna waze. Search je "Original Coconut Shake Pantai Klebang". Kedudukannya juga mudah dicari iaitu di Jalan Klebang Besar, bersebelahan dengan Stesyen Petrol Caltex.
  • Dekat situ ada dua tempat untuk menikmati Coconut shake ni, satu tepi jalan. Yang ni siapa yang beli untuk take away. Memang ramai gila beraturrrr rasanya dekat 60 orang juga yang beratur masa tu.
  • Lagi satu belah dalam sikit, jalan tak jauh sangat. Dalam tu memang banyak tempat duduk untuk pelanggan yang nak makan situ. Memang agak crowd juga situ tapi jangan risau sebab dekat kawasan tu ada parking cuma kalau dah crowd tak jamin la cukup parkingnya.


Harga Dua Coconut Shake Special. Murah kan?


2. Batu Berendam, Melaka
  • Selepas aku ke Klebang untuk membasahkan tekak dengan Original Coconut Shake di tengah-tengah panasnya matahari terik masa tu, kawan aku cakap ada satu lagi Coconut Shake sedap dekat area Batu Berendam. Aku be like, Oh yeke? Kat mana? hahaa. Acah-acah macam saja nak tahu tapi sebenarnya nak try kat sana jugak. Nak rasa apa bezanya. Hihi.
  • Lokasinya pun senang juga nak cari. Ada je kat tepi jalan. Macam satu foodcourt pun ada jugak aku rasa. Ada kuih keria juga dijual kat situ, rojak dan kuih-kuih yang lain pun ada. Dekat sini memang ada kerusi untuk diduduki pelanggan dan yang pastinya berbumbung. Gila takde bumbung, panas kutt haha.
  • So far, memang banyak review yang kata Coconut Shake di Batu Berendam much more tasty compare to Klebang. And for me, yes. Sebab dekat Klebang memang besar dan famous tapi hampas kelapa dia agak tebal dan terasa sangatlah. Bagi aku, aku nak yang hampas kelapa dia tak terasa sangat barulah perfect hihi.



Ini mungkin tempat simpan barang-barang, dekat kan. So senang nak ulang alik ambil barang kut.

Sedikitlah coretan dari aku. Disebabkan aku pun bukanlah orang Melaka, jadi aku cuma mampu suggestkan makanan atau minuman lain yang viral dan yang pernah aku cuba. In Shaa Allah aku nak ke sini lagi one day. In Shaa Allah.

Baca artikel :

2 comments:

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)