Launching Coolblog Store Pertama Di Melawati Mall, Ampang - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Launching Coolblog Store Pertama Di Melawati Mall, Ampang

PEMBUKAAN STORE COOLBLOG YANG PERTAMA DI MALAYSIA | Dengan berlokasikan di Melawati Mall Ampang, aku dan beberapa rakan blogger dijemput untuk menghadiri Blogger Party bagi memeriahkan pelancaran dan pembukaan store Coolblog yang pertama di Malaysia. Jika kebiasaan korang dapat tengok kios Coolblog yang berada di merata tempat di sekeliling korang, Ya! Inilah store Coolblog yang pertama kalinya dibuka di Malaysia. Beruntungnya warga Ampang!


Bertahan Lebih 10 Tahun Dalam Pasaran
Dengan berbekalkan pengalaman membuka lebih dari 300 outlet Coolblog yang bermula di Johor dan pengalaman selama 10 tahun dalam industri ini, kini Coolblog yang terkenal dengan tagline #JomCool telah mengambil peluang keemasan untuk membuka satu store Coolblog di lokasi yang cukup strategik, iaitu di Melawati Mall. Yang menariknya, Coolblog Melawati Mall bukan saja melancarkan sempena pembukaan store pertama mereka tapi Coolblog juga ada menawarkan satu minuman Limited Edition yang hanya ditawarkan hingga 28 Februari 2018 dan pastinya hanya ada di Melawati Mall sahaja!

Aku yang memang kaki Coolblog sejak 3 tahun lepas tak melepaskan peluang untuk merasai keunikan Limited Edition Drinks yang diberi nama #CoolBlue ni. Tak dinafikan memang super awesome, guys!

Bersama CEO Coolblog, Mr Keith Loh

Blogger Party!
Ramai juga blogger yang dijemput untuk menghadiri majlis pembukaan Coolblog di Melawati Mall itu. Ada sebahagian yang aku baru kenal dan ada juga beberapa yang dah kenal dari event sebelum ni. The best part is bila blogger diberi satu tugasan dan kitorang dikehendaki untuk menyelesaikan tugasan tersebut dalam masa yang ditetapkan. Ianya Contest okay! Ada Cash Prize weh. Memang sangat fun program bersama Coolblog kalini. Tak sangka semua sporting habis!

Paling best bila blogger diberi tugasan untuk mencipta resepi baru yang belum pernah ada dan teringin nak cuba. Dan berikan satu nama yang unik untuk resipi tersebut. Nampaknya contest itu tak habis di situ saja bila kesemua Top 5 blogger yang terpilih dikehendaki untuk membuat resipi yang baru dicipta itu dan perlu diberikan kepada pengadil untuk mencuba resipi tersebut.

Menarik, kan? Bunyi je dah menarik, aku yang datang ke event ni entah macamana lagi seronoknya kan. Hihi

Ewahhh semangat betul semua yang datang tu. Mana taknya, ada cash prize kau.

Beriya tak Darren buat Coolblog resipi sendiri tu

Peserta tengah memilih bahan-bahan mentah

Top 5 peserta Mencuba Resepi Sendiri Coolblog

#JomCool tagline Coolblog sehingga kini

Menariknya lagi Coolblog di Melawati Mall, Ampang sedang melancarkan satu minuman Coolblog Edisi Terhad yang dinamakan Cool Blue. Istimewanya Cool Blue adalah ada 1 scoop ais krim atas minuman ni. Sangat menyegarkan pekena Coolblog time-time macam ni. Hihi

Jadi, korang yang berhampiran dengan Melawati Mall, Ampang tu jangan lupa singgah sebentar ke stesyen Coolblog yang pertama di Malaysia ni. Kena cuba minuman edisi terhad mereka yang akan berada di pasaran hingga 28 Februari 2018 ini.

Untuk tahu lebih lanjut, jangan lupa layari :
Facebook : Coolblog Official
Instagram : Coolblog Fan Page


No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)