Q & A | Fed Up Dengan Courier Service Ni! Baca Cara Tukar! - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Q & A | Fed Up Dengan Courier Service Ni! Baca Cara Tukar!

FED UP GUNA SERVIS XXX SO NAK TUKAR SERVIS YYY PULA | Bukan nak memburukkan mana-mana courier service lah tapi dah banyak sangat isu pasal delay delivery ni. Paling tak masuk akal delay disebabkan alamat tak lengkap? Padahal itulah alamat rumah yang digunakan untuk buat I/C. Cuaca buruk? Setiap saat ke cuaca buruk sampai seminggu delay? Hmm..


Emel yang datangnya dari Kak Onie Aidijuma. Semua readers yang berjaya daftar di Lazada ni aku sarankan untuk tukar courier service seawal mungkin. Lagi bagus lepas saja Lazada approve permohonan seller, terus tukar. Lagi bagus kalau masih belum dapat order pertama. Kalau dah dapat order pertama, leceh. Lagi-lagi sekarang Lazada dah makin lambat approve penukaran status courier servis ni. Aku dulu 2 minggu aje, Kak Onie dah hampir sebulan. Korang? Entahlah hihi.

Ini antara kes yang readers aku story :

1) Delivery Delay Lebih Dari Satu Minggu

  • Status dalam website tracking system notify yang disebabkan cuaca buruk so diorang terpaksa delay shipping. Okay, fine delay sebab bad weather. Tapi, kenapa seminggu lebih? Pulak tu bila dah seminggu lebih, lazada dah cancel order, barang pula dah on the way delivered. Time tu pula lazada dah return payment pada customer. See? Barang tak return plus payment pun tak dapat. Sodih oii. Lagi sodih bila Lazada suruh kita deal dengan customer sendiri, then bila mesej customer tapi diorang senyap jeee. Patutnya bila duit dapat balik, returnlah balik barang tu. Kalau tak pun, buat payment direct pada seller. Ni tak.. Hmm, halal je lah walaupun 4 rat juga kos item tu.

2)  Parcel Delivered Tapi Status Not Complete

  • Kes yang ni seller dah siap whatsapp customer tanya keberadaan parcel tu dah received ke belum. Then customer maklumkan dah received barang. Tapi status dalam Lazada Seller Centre masih status shipped belum completed. Bila call courier service katanya, KL punya hal. Kena call KL sebab KL yang buat penghantaran. Masalahnya dah 5 hari parcel received by customer pun dorang belum tukar status penghantaran pada completed ke? Hm, taktahu nak cakap macam mana.

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran : Klik LAZADA
Pertanyaan Di Lazada : Klik LAZADA 

Anything yang korang query boleh terus hubungi,
Lazada Malaysia : 03-2725 2925

Baca artikel : 

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)