Q & A | Perlu Ke Saya Buka Akaun Semasa Jika Daftar Individu - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Q & A | Perlu Ke Saya Buka Akaun Semasa Jika Daftar Individu

BUKA AKAUN SEMASA SYARIKAT JIKA DAFTAR SEBAGAI INDIVIDU | Banyak emel yang bertanyakan tentang akaun semasa syarikat perlu buka atau tidak kalau mendaftar sebagai individu. Disebabkan kebanyakan emel yang diterima tak sempat nak berjawab. Jadi, aku tulis satu entri khas untuk kebanyakan persoalan korang.


Emel yang datangnya dari Halimatussakdiah Ali. Kalini soalan dia lebih tertumpu pada dokumen untuk submission pada pihak Lazada. 

Selepas korang dah baca Cara Mendaftar Sebagai Lazada Seller, korang dikehendaki untuk submit beberapa dokumen untuk urusan rasmi pihak Lazada. Dan pastikan korang baca info latest yang aku update. Itu makluman yang aku dapat dari Lazada.

Persoalannya berbunyi :

1) Bank statement individu atau syarikat?
  • Untuk makluman, ada sesetengah readers aku berjaya melepasi pendaftaran bawah individu yang tidak memerlukan SSM dan Akaun semasa syarikat. Asalnya ingat dah selamat selamanya, "Phewww!" Tetapi, sebenarnya Lazada bagi 1 bulan percubaan untuk korang submit SSM dan Akaun Semasa. Lebih baik buat sekarang dan submit pada diorang sebab aku tak ada jaminan korang selamat sampai bila-bila hihi.
  • Aku pun masukkan maklumat bank personal dulu. Tapi dah updated once dah buka akaun semasa. Nak terima benda baru kena lah buat benda baru.
  • Yaa, penyata bank akaun semasa syarikat tau. Boleh baca Kos Buka Akaun Semasa Syarikat.
2) Kena ada akaun semasa ke walaupun individu?
  • Betul. Saya dah jawab di atas. Kena ada Kad Pengenalan pemilik, SSM syarikat dan akaun semasa syarikat untuk tujuan bayaran jualan.
3) GST Letter?
  • Saya abaikan saja. Sebab memang tak ada pun. Unless korang mendaftar bawah BISNES bukan individu, GST Letter cumpolsory. So, better daftar di bawah individu saja. Ini yang aku pernah baca suatu ketika dahulu. Dan alhamdulillah, sorang reader aku berjaya daftar once dia daftar bawah individu. Sebab sebelumnya dia ada daftar bawah Syarikat/Bisnes, jadi GST Letter wajib diisi.

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran : Klik LAZADA
Pertanyaan Di Lazada : Klik LAZADA 

Anything yang korang query boleh terus hubungi,
Lazada Malaysia : 03-2725 2925

Baca artikel : 

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)