6 Tips Cara Urus Masa Belajar Dan Kerja - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

6 Tips Cara Urus Masa Belajar Dan Kerja

6 TIPS CARA URUS MASA BELAJAR DAN KERJA | Dah lama rasanya tak bersiaran. Sebab last week tengah in middle final exam week so memang tak dapat nak fokus menulis. Tambah lagi kelas home tutor akaun pun dah bertambah. Alhamdulillah. So, memang bertambah tak sempat tu hihi. Tapi takpa, sekejap je tu. Ni dah kembali bersiaran sebab rindu lama tak menulis. Korang rindu iols tak ni? Hihi

Kalau sebelum ni aku ada kongsikan cabaran yang bakal dihadapi oleh student separuh masa. Kali ni aku nak kongsikan cara yang boleh korang apply untuk uruskan masa antara belajar dan bekerja. Aku yakin majoriti pembaca yang baca artikel aku ni tengah runsing macamana nak bekerja macam biasa tapi dalam masa sama ia tak ganggu masa kau untuk buat assignment, group project dan study time.


Memang tak susah. Tapi tak mudah! Masa semester 1 hingga 3 dulu, jadual aku sangat pack sampai terdetik dalam hati nak berhenti cuma tak pernah pun luahkan pada sesiapa. Seriously! Pagi sampai petang kerja, sampai rumah dah Isya'. Setiap hari dan hari-hari yang berlalu aku sampai rumah terbongkang macamlah kerjanya buruh kasar. Hihi. Weekend dah kelas, submit assignment dan ada tests. Semua tak study and memang tak dapat perform well. Bukan fed up dengan kelas tapi aku seketul manusia yang akan fed up dengan diri sendiri. 3 semester aku bertahan. Satu kesilapan aku yang aku taknak korang buat. Aku dulu tak reti manage timing aku study, plus masa tu aku tak minum apa-apa supplement. Sepatutnya aku kena ambil supplement untuk bagi aku energy bukan minum kopi semata-mata.

Baca : 10 Tips Penting Belajar Sambil Bekerja

6 TIPS URUS MASA BELAJAR DAN KERJA

1. Pilih Kerjaya Sebaiknya
  • Kalau sedari awal lagi kau belum bekerja dan masih mencari kerja. Dalam masa sama nak sambung belajar. Fikir 2, 3 kali kerja tu mestilah bersesuaian dengan kursus yang bakal kau habiskan masa bertahun-tahun dengannya supaya habis belajar nanti berbaloi effort kau 4 tahun sambung belajar dan pastikan kerja tu kerja yang kau boleh adapt dan kau jenis boleh deal dengan semua masalah yang bakal dihadapi dengan berdedikasi dan berhemah. Contohnya, kerja hari Sabtu. Boleh deal? Kalau okay, teruskan. Kalau tak, apply kerja lain yang masa tetap dan flexible.

2. Rancang Masa Bekerja
  • Dah bertahun-tahun kerja dan tahu nak deal masalah kerja macamana kan? So, cuba try and error deal dengan masa kerja. Contoh, kalau rasa harini ada plan untuk study overtime, make sure siapkan kerja yang penting dulu dan submit semua paperwork atau dokumen yang perlu di hantar pada boss. Siapkan kerja on time dan bagitahu boss harini korang nak balik awal, so no more last minute task. Kalau ada juga, next week baru buat. Maklumkan awal-awal, boss kau patut hormat keputusan kau.

3. Buat Jadual Belajar Dan Bekerja
  • Aku sendiri ada jadual belajar. Tapi biasalah manusia kan. Buat jadual kemahenn beriyaa benaar. Buatnya hmm. Tapi alhamdulillah berjaya buat 60% daripada jadual belajar tu. Bolehlah daripada tak buat langsung. Lagipun aku ni bukanlah best student sangat pun sebab tu tak ikut kahkah. Kalau ikut rasanya 4 flat dah every semester weh. Puiii haha. Apa-apa pun jadual ni penting sebagai guideline. Alaaa, kau nak beli rumah pun ada dream board. Nak degree takkan la takda dream board?

4. Kurangkan Masa Bersosial
  • Alhamdulillah. Aku bukan jenis kaki sosial. Anti sosial juga bukan. Cuma aku akan bersosial bila lapang dan ada keperluan. Sebab terlalu bersosial ni bukanlah satu keperluan yang bila kita tak buat, kita mati. A big NO! Orang sekeliling kau perlu faham komitmen yang tengah kau galas sekarang. Kau nak jadi best student kott, takkan lah tinggal kejap social life kau tu pun tak boleh. Nak jadi best student kott. Come onn.. Kawan yang baik adalah kawan yang support kau weh.

5. Pastikan Niat Utama Belajar Sambil Bekerja
  • Ada sebab kenapa korang kena selalu ingatkan diri dengan niat masa awal-awal nak sambung belajar dulu. Bukan apa, terlalu banyak dengar kawan kecundang di tengah perjalanan. Okay fine, kita tak tahu kan takdir kita macam mana. 4 tahun weh, macam-macam hal boleh jadi. So true. Aku tak nafikan. Ramai kawan-kawan aku stop tengah jalan atas pelbagai sebab. Kahwin? Gagal satu semester? Gagal dua semester? Tak mampu? Family tak galakkan? Kawan-kawan ramai berhenti? Tak ada kawan? Pregnant? Beranak pinak? Apa lagi? Semua ada. Paling penting sentiasa ingatkan diri, nak sambung belajar dulu sebab trend ke? Sebab terikut-ikut kawan? Sebab mak ayah suruh? Suka-suka? Atau sebab nak naik taraf hidup dan dapatkan degree? Dah tahu niat masing-masing? So, next step fikir lah sendiri. Nak teruskan main-main atau struggle, korang pilih.

6. Ukur Baju Di Badan Sendiri
  • Disebabkan aku masih belum ada komitmen rumah tangga jadi tanggungjawab aku hanya pada orang tua, keluarga dan diri sendiri. Ya, aku tahu masing-masing ada komitmen masing-masing. Korang tahu kemampuan korang takat mana. Jadi, dahulukan mana yang penting dulu dalam kehidupan harian korang. Sebab kita masing-masing ada cabaran yang tersendiri. Tak boleh nak bandingkan sesama kita. Ujian kita lain-lain, rezeki kita pun lain-lain. Jadi, goodluck! Aku doakan yang terbaik untuk korang.
Sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah. Aku akan jawab sepantas mungkin :) In Shaa Allah.

Baca artikel :


No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)