Belajar Tips Blogging Dengan Pakar Geng AFB - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jan 30, 2018

Belajar Tips Blogging Dengan Pakar Geng AFB

BELAJAR TIPS BLOGGING DENGAN PAKAR GENG AFB | Dah bertahun-tahun ada blog tapi masih di tempat sama, masih tak berani nak buat perubahan baru dalam dunia blog, tak tahu nak belajar atau nak refer dengan siapa, belajar cuba-cuba sendiri je. Nak tukar domain sendiri tapi masih takut-takut. Haaa, inilah antara situasi yang aku hadapi sejak 9 tahun lepas sampailah 5 bulan lepas. Ya, domain blog aku ni baru lagi. Baru 5 bulan, belum masuk first anniversary lagi tau kehkeh.

Asalnya memang dah lama teringin nak join satu group support para blogger ni. Niat untuk serius blogging tu memang ada, cuma tak ada panduan atau pakar yang boleh aku tanyakan dan rujuk. Alhamdulillah, aku tertarik untuk join group AutoFeed Blog (AFB) ni dari blog Sayidah Napisah.


MULA DENGAN APA YANG ADA
Kalau ikutkan aku dah jadi blogger ni since 9 tahun lepas. Sejak umur 16 tahun. Tapi, banyak juga yang aku tak tahu tentang term yang basic dalam blogging ni. Hehh, basic pun tak tahu? Inikan lagi yang advance? Memang boleh kata yang aku tahu cumalah update je blog bila ada benda nak kongsi. Tak update bila tak ada. Kira macam on off lah. Kalau tak ada benda nak update, rajin lah tukar-tukar template. Now, aku dah fall in love dengan template terbaru blog Mawar Assufi.

Tapi lepas dah berani buat perubahan, masuk team AFB ni sebab nak belajar banyak term dalam blogging dan belajar banyak benda yang aku tak familiar dalam blogging ni. Asalnya aku tak pernah peduli pun tentang cari side income melalui blog ni. Tapi, trust me. Once kita dah mula serius dalam blogging ni. Tak perlu susah-susah cari, in shaa Allah rezeki tu datang sendiri. Tak perlu meminta-minta, in shaa Allah ada je peluang untuk dapat side income tu mai tanpa sempat terfikir.

Yang penting, kita buat kerja kita. Nanti rezeki kita tu akan buat kerja dia.

BUKA PELUANG BARU UNTUK TERIMA PELUANG BARU

Kenapa nak buka peluang baru? Kalau dah selesa dengan keadaan sekarang?

Well, takda siapa suruh korang berubah tapi saja ja laa aku nak share dengan korang yang aku seronok sangat berblogging sejak duduk dalam komuniti AFB ni. Sangatlah friendly semorang, tak kedekut elmu, tak kesahlah elmu blog ke elmu masakan ke, tak lokek rezeki, suka kongsi mana-mana peluang attend event, semakin bersemangat update blog setiap hari. Daripada tak ada idea nak update, terus melimpah ruah idea nak update macam-macam.

Haah, iya. Tak ada siapa paksa korang pun. Tapi, kalau berubah sekarang kan lebih baik daripada tunggu lagi 10 tahun. Kalau korang nak sesuatu yang belum pernah korang dapat dalam hidup, korang kena buka peluang untuk buat sesuatu yang belum pernah korang buat. Barulah wujud anjakan paradigma gitew. Heheh

Antara perubahan yang aku sendiri rasakan adalah :
  • Banyak belajar perkara baru dan ada pakar yang guide kita
  • AFBians ramai pakar-pakar blog. Contohnya, Google Adsense, SEO dan lain-lain.
  • Berani tukar domain sendiri
  • Rajin update entri yang bermanfaat
  • Support dari ahli group AFB
  • Trafik semakin meningkat sebab adanya AFB Feed
  • Tahu cara nak monitor trafik dan analisis pembaca blog
  • Tambah elmu pengetahuan melalui research dan perkongsian dalam komuniti AFB
  • Semakin mendapat kepercayaan dari PR
  • Dan banyak lagi

KELEBIHAN JOIN AFB
  • Setiap AFB-ians ada nombor ID masing-masing dan kalau perasan ada satu box yang memaparkan 6 entri dari satu blog kan? Yaa, dan blog ni akan bertukar setiap hari mengikut giliran masing-masing.
  • Belajar macam mana nak dapat skor SEO blog 100%
  • Belajar tentang Google Analytics
  • Belajar tentang responsive template
  • Dapat tambah kawan blogger yang positif
  • Kembangkan networking dalam dunia blogging
  • AFBians support each other
AFB Feed

Alaaaaa, cakap banyak pun susah juga kan. Korang kena join sendiri, rasa sendiri, baru tahu apa kebaikan yang korang akan dapat nanti. Kalau berminat nak join komuniti AFB, boleh direct contact kak irra : 0133560192 (www.irrayyan.com). Jangan risau, yang baru dalam dunia blogging pun dialu-alukan.

Baca artikel :


6 comments:

  1. Byk sgt mnfaat join afb..hihi..xrugi join tauu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :) Betul betul. Banyak manfaat dapat.

      Delete
  2. Kan? Banyak dapat ilmu dari Afb. Paling best banyak yang membantu bila ada masalah tentang blog. Bersyukur sangat akak salah seorang dari afb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too :) Syukur alhamdulillah dpt jadi one of AFB-ians. hihi

      Delete
  3. Saya pun baru nak belajar basic semula untuk blogging ni😁
    Mohon tunjuk ajarr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah dpt jadi one of AFB-ians. Banyak benda boleh belajar dgn AFB ni.

      Delete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)