3 Jenis Bentuk Tubuh Badan Sesuai Memakai Skirt - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

3 Jenis Bentuk Tubuh Badan Sesuai Memakai Skirt

TIPS PILIH SKIRT UNTUK 3 JENIS BENTUK TUBUH BADAN | Untuk mempelbagaikan jenis fesyen harian, korang ada pilihan untuk memakai skirt, samada skirt singkat atau labuh. Tapi entri kali ni aku nak kongsikan buat pencinta skirt yang memakai tudung. Takkan nak pakai mini skirt pulak kan? Haruslah berkongsi tips untuk skirt labuh. Ada beberapa jenis tubuh badan yang sesuai memakai skirt labuh ini. Antaranya :


3 JENIS TUBUH BADAN SESUAI MEMAKAI SKIRT LABUH MUSLIMAH

1. Tubuh ramping dan tinggi
  • Bertuahnya badan kalau mempunyai tubuh badan kurus, ramping dan langsing ni. Semua jenis skirt, corak dan rekaan amat sesuai untuk korang gayakan. Akan tetap nampak cantik dan lawa bak model. Tapi, hati-hati. Pilihan padanan corak dan warna skirt perlu sesuai dengan baju atau tudung. Pilihan padanan yang salah mungkin akan menyebabkan korang nampak tak menonjol atau mungkin jadi 'mangsa fesyen'. Tips : apa-apa pun pilih satu saja jenis bercorak, dua lagi plain. Contoh skirt floral, top dan tudung pilih plain dan warna mengikut warna yang terdapat di skirt floral korang.

2. Tubuh ramping tapi rendah
  • Tak jauh beza sangat dengan tubuh ramping dan tinggi. Sebab semua jenis skirt juga sesuai dengan korang. Tapi, nak share satu tips untuk kelihatan tinggi adalah dengan padanan blouse yang dimasukkan ke dalam skirt atau memakai tali pinggang untuk menampilkan ratio (1 : 2) Ratio 1 untuk bahagian pinggang ke atas, manakala ratio 2 untuk pinggang ke bawah. Pastikan corak skirt bukanlah jenis berbunga besar. Nak lagi tinggi, pakai wedges lagi naiss weh.

3. Bertubuh gempal, tinggi dan rendah
  • Korang yang berbadan besar kena berhati-hati memilih jenis skirt dan corak yang dipilih juga perlu diberi lebih perhatian. Pastikan skirt yang dipilih bukanlah berasaskan material lycra tetapi pilih kain polyester. Kain jenis polyester ni jenis memberat tetapi tak melekat seperti lycra. Tips : Skirt yang dipilih mestilah labuh hingga menutup kaki untuk nampak tinggi dan skirt tidak tergantung. Pilih juga skirt yang bercorak bunga halus-halus atau kecil-kecil untuk memberi efek langsing.

APAKAH POLYESTER?
Polyester dikenali sebagai bahan tekstil yang serbaguna yang dapat digunakan untuk berbagai macam keperluan seperti pakaian, perabot rumah, peralatan komputer dan banyak lagi. Material ni takkan buat kain nampak lekuk bentuk kaki dan punggung korang. Bagus kan material polyester ni.

 Tak nampak bentuk kaki kan walaupun kain berterbangan ditiup angin?

Corak yang sangat naiss dan menggoda hati. Ehh, awak tak tergoda ke?

BAGAIMANA MENDAPATKAN SKIRT LABUH MUSLIMAH MATERIAL POLYESTER & MATTE POLYESTER?

Korang boleh terus hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan.

Skirt Labuh Muslimah 100% Dijamin Tanpa Jarang!
120% Satisfaction Guaranteed!

Bunga Jamal Skirt
Whatsapp : +60142366915
Website : BungaJamalSkirt

Baca artikel :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)