13 Golongan Mahram Bagi Wanita - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jan 31, 2018

13 Golongan Mahram Bagi Wanita

GOLONGAN MAHRAM BAGI WANITA | Dengan siapa saya WAJIB bertudung dan bersalam sebenarnya? Aduhai, keliru sangat saya kali ni. Masa raya, pakcik-pakcik menghulur je.. Eh, boleh salam ke tidak ni? Aduhai! Tapi, mujur ada juga kawan yang sudi kongsikan maklumat penting waktu-waktu gawat macam ni.


Golongan Mahram Bagi Wanita
  1. Bapa sendiri (bapa kandung)
  2. Bapa suami (bapa mertua)
  3. Anak lelaki
  4. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya
  5. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja)
  6. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
  7. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
  8. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz)
  9. Anak lelaki susuan
  10. Bapa susuan
  11. Saudara susuan
  12. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah
  13. Menantu lelaki

Jadi, rasanya boleh dah la baca dan fahamkan yang mana boleh salam dan tidak. Lagi-lagi masa raya, uishh masing-masing menghulur aje hihi.

4 comments:

  1. Goog sharing kin. Ramai yg masih terlepas pandang bab2 mahram ni.

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang tersasar jugak. Pernah terbaca pasal ni, tapi tak ingat sebab dah terbiasa. Kena biasakan diri jugak kan? Thanks kin :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)