BEZA PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK) DAN PENGAJIAN JARAK JAUH (e-PJJ) UiTM | Ramai sangat yang masih keliru beza antara PLK dan PJJ ni. Dan sejujurnya walaupun konsepnya sama iaitu dua-dua adalah untuk pelajar separuh masa tapi ada perbezaan yang membezakan kedua-dua mod pengajian ini. Lepas ni jangan tanya lagi tau, kalau tanya lagi ada nak kena cekik ni. Mekkin pening ni haa baca emel hampa tanya benda sama hihi. Meh nak story sikit.
Untuk makluman korang, aku sambung belajar dalam kursus Bachelor in Accountancy, mula belajar pada September 2014 dan in shaa Allah lagi satu semester aku akan habis (lagi 2 paper je hihi), iaitu dalam lebih kurang Julai 2018 (Doakan aku ya). Genap lah 4 tahun sepatutnya 3 tahun setengah je, tapi rezeki Allah bagi 4 tahun. Redha je alhamdulillah. Jadi, aku minta maaf kalau-kalau ada maklumat yang outdated.
Perbezaan Pengajian Luar Kampus ( PLK ) dan Pengajian Jarak Jauh ( e-PJJ ) UiTM
Mod PLK dan PJJ sekarang ini diuruskan oleh pihak INED UiTM Shah Alam. INED UiTM Shah Alam sebenarnya satu organisasi yang berlainan dari UiTM Shah Alam. INED tumpang je kelas-kelas di UiTM Shah Alam. Kalau ikutkan kebanyakan kursus yang sebelum ni masih ada di UiTM Shah Alam semua dah berpindah ke UiTM Puncak Alam termasuk pelajar Master.
Beza Dari Segi Waktu Pembelajaran
Sebelum batch aku bermula, waktu pengajian pelajar PLK adalah 6.30 petang hingga malam setiap Isnin hingga Jumaat. Tapi, sekarang semua dah diubah pada hujung minggu sahaja.
- Diadakan pada Sabtu dan Ahad
- Kelasnya sebulan 2 kali kelas (bergantung pada subjek yang diambil. Kalau subjek ada pada hari Ahad saja, maka datang kelas hari Ahad sajalah)
- 7 Seminar (kelas) kesemuanya
- Menggunakan portal I-Class sebagai medium perantara
Manakala, PJJ berbeza sedikit dari waktu belajar mod PLK.
- Hari Ahad setiap minggu ada kelas
- Kelas bergantung pada subjek yang diambil. Jika ambil 2 subjek sesi 1 pada hari Ahad, datang 2 minggu 1 kelas je
- 5 Seminar (kelas) kesemuanya
- Menggunakan portal I-Class sebagai medium perantara
Beza Dari Segi Pengajaran & Pembelajaran
Sejujurnya, disebabkan PJJ hanya berjumpa dengan pensyarah hanya 5 kali kelas saja, maka PJJ amat memerlukan korang untuk selalu update i-Class supaya tak termiss nota, makluman, individual assignments, quizzes dan tests yang akan dibuat di pertemuan kelas yang seterusnya. Jika tertinggal, maka korang akan lost 1 topik dalam kehidupan korang haha. Begitulah analoginya.
1. Subjek Membaca
- Satu kelebihan untuk pelajar PJJ sebab masa lebih rilek dan santai sebab tak perlu terlalu bersemuka dengan pensyarah lagi-lagi subjek yang menghafal dan membaca saja. Apa-apa pun korang still kena take note apa-apa group assignment yang dimaklumkan dalam i-Class. Tapi, jangan pula ambil mudah sebab carry marks korang still markah participation dan output kerja-kerja dalam kelas tau.
- Untuk PLK, subjek membaca bagi aku agak lemah kalau hanya aku baca saja. Style aku, bila orang bercerita dan terangkan pada aku. Itu lagi mudah untuk dihadam dan difahami. Itulah pentingnya fokus dalam kelas (walaupun aku selalu tergelincir. haha)
2. Subjek Mengira
- Kekurangan pada PJJ adalah bila seminar ada 5 saja tapi topik mengira macam calculus ada 8 topik (contoh). Bayangkan macamana pensyarah korang terang dan ajar korang. Mungkin ada macam roket kot. hihi. Jadi, bersedialah dengan segala jenis kemungkinan.
- PLK tak jauh beza pun, lebih 2 kelas saja. Tetap separuh kelas dari pelajar separuh masa iaitu 14 kali minggu pertemuan. Korang kena cepat tangkap apa yang pensyarah sampaikan. Kalau perlu rekod, rekodlah. Balik, recall semula. Ada tu kadang-kadang tak sempat nak ajar pun topik tu sebab tak sempat sangat. So, bagi soalan dan solution cuba buat sendiri kat rumah. Sebab nak semak pun kadang tak sempat punya haha.
Maklumat PJJ Dari iNED Shah Alam
A) Kelebihan e-PJJ di UiTM
- Bagi mereka yang sedang bekerja.
- Yuran pengajian yang murah berbanding dengan IPTA/IPTS yang lain.
- Pembelajaran Maya
- Penggunaan teknologi dalam pendidikan
- Khidmat bantuan sokongan
- Nota serta rujukan latihan yang berkualiti
- Kadar yuran yang murah dan berpatutan
- Bantuan pembelajaran dari pelbagai sumber
- Pelbagai kaedah pembelajaran
B) Seminar
- Seminar diadakan 5 kali setiap semester melalui interkasi dua hala bergantung kepada jadual seminar yang ditetapkan. Seminar berlangsung pada hari Ahad bermula dari 8.30 pagi sehingga 6.15 petang.
C) Permohonan Dan Kemasukan
- Pengambilan pelajar baru (Diploma dan Sarjana Muda) untuk semua kursus sekarang telah diselaraskan pada satu waktu yang sama tak kira sepenuh masa atau separuh masa
- Diploma / Ijazah Sarjana Muda : MAC 2018
- Bayaran sebanyak RM15 (Wang Proses) akan dikenakan untuk setiap penghantaran permohonan. Baca Cara Untuk Mendaftar Degree / Diploma UiTM Mod Separuh Masa.
D) Jangkamasa Pembelajaran
- Diploma / Ijazah Sarjana Muda : 4 - 8 Tahun (Pengecualian Kredit dibenarkan untuk mengurangkan subjek jika layak)
E) Bayaran Yuran
Maklumat PLK Dari iNED Shah Alam
A) Kelebihan PLK di UiTM
- Pelbagai kaedah pembelajaran (pertemuan bersemuka dan pembelajaran maya)
- Kadar yuran yang murah dan berpatutan
- Nota serta rujukan latihan yang berkualiti
B) Pertemuan Bersemuka Kuliah
- Kuliah akan diadakan pada Sabtu & Ahad
C) Permohonan Dan Kemasukan
- Pengambilan pelajar baru (Diploma dan Sarjana Muda) untuk semua kursus sekarang telah diselaraskan pada satu waktu yang sama tak kira sepenuh masa atau separuh masa
- Diploma / Ijazah Sarjana Muda : MAC 2018
- Bayaran sebanyak RM15 (Wang Proses) akan dikenakan untuk setiap penghantaran permohonan. Baca Cara Untuk Mendaftar Degree / Diploma UiTM Mod Separuh Masa.
D) Jangkamasa Pembelajaran
- Diploma / Ijazah Sarjana Muda : 4 - 8 Tahun (Pengecualian Kredit dibenarkan untuk mengurangkan subjek jika layak)
Macamana Nak Pilih PLK Atau PJJ?
- Korang tak boleh pilih, iNED dah tentukan kursus yang bakal korang ambil tu PJJ atau PLK. Bagi Sarjana Muda Akaun dan Undang-Undang, korang mod PLK (Blended) manakala, semua selain dari tu akan guna mod PJJ. Semak sini untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah. Aku akan jawab sepantas mungkin :) In Shaa Allah.
- Menabung untuk simpanan Masa Depan? Klik Disini!
- Tips Dan Pengalaman Sambung Belajar Separuh Masa
- Jenis-Jenis Status Keputusan Peperiksaan UiTM
Assalamualaikum. Sy nak tanya. PJJ dan part time study adalah benda yg sama ke ? Sy keliru
ReplyDeletewa'alaikumussalam. Sama tu. Part time study ni pjj & plk. Beza dua ni adalah kursus awak. utk PLK - A/C & Law. Selain tu mod PJJ.
Deleteassalamualaikum sis. sis bacc.saya ada lagi 7 paper utk complete deg. sy nak tanya kalau 7 paper means 1 paper tu 3 kredit hour maknenye berapa subjek yang minimum saya boleh ambil utk pjj nanti? dan pengiraan yuran per kredit hour ye? cth kesemua 7 subjek tu 3 kredit hour setiap satu. bole sis explain tak. tq sis. jzkk
ReplyDeletep/s : sy baru tukar mod pengajian sbb dpt offer kerja tu macm pening siket
Wa'alaikumussalam.. Congrates. Tak ramai yg willing nak tukar mod study ni. Tapi ada kwn sy yg tukar jugak sbb fikirkan peluang kerja yg berbaloi dtg hanya sekali :)
ReplyDelete1. Subjek minimum : better ambil lebih dari 2 subjek. jangan ambil 1. sebab tak berbaloi nak bayar kos berulang byk pulak nanti every sem.
2. Pengiraan dia :
1 subjek x 3 hrs x RM120/subject = RM360/subject
kalau ambil 3 subject 1 sem = RM1,080
Then plus yuran berulang RM120 (Fixed Fees)
Total utk 3 subjek = RM1200.. Beza dia berapa byk subjek awk ambil 1 semester tu je. Then plus dgn yuran berulang. That's it. Itulah yuran awak 1 semester.
Semoga membantu.
Salam sis. Nak tanya. Kalau study Accounting kt ined ni, nnti bile complete tu sijil yang di keluarkan bawah uitm ke camne? Pastu, dia ada apa2 yang relate dgn mana2 professional Accounting ke?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Sijil degree uitm yang keluarkan cuma belajar je dgn ined. ined ni memang uitm punya juga cuma skrg dia nak stand alone. Tapi result apa semua memang link dengan uitm pun. No worries. Boleh deal dgn uitm semua.
DeleteProfessional? Macam ACCA? ACCA cert kalau awak ambil acca programme. Ini degree. Sama macam kalau awak ambil degree full time. Sijil apa semua sama dgn diorang cuma awak belajar habis lambat sikit. Itu je :)
Saya pun baru nk sambung acc tapi xda basic acc agak2 blh x?lagi satu klu final Exam byk hari ke?saya duk jauh di Kedah pastu kerja plak takut kena ulang alik ssh jgk...blh minta jadi mentor x?hihi..rasa mcm takut plak sorg2 klu ada mentor blh gk tya2..
ReplyDeleteSeebelum ni kursus apa? Sekarang kerja relate dgn acc tak?
DeleteBoleh contact sy di : https://web.facebook.com/mawarassufi/
Assalamualaikum,
Deletesorry nak tanya if masa Diploma saya amek kos Pengurusan Hotel di Politeknik, kalau nak sambung degree in Law boleh ke? sebab saya kerja dengan Legal firm sekarang. Kalau amek part time study boleh ke?
Assalamualaikum.minta maaf sebab mungkin terlewat dari tarikh post ni tapi saya nak tahu and soalan mungkin agak merapu sikit hehe. kalau misalnya saya belum bekerja tapi plan nak mohon dahulu kemudian baru cari kerja possible tak? atau kena bekerja dulu then baru boleh apply? thank you.
ReplyDeleteBoleh. Tak da masalah. Sya dulu apply pun masa sebulan dah kerja. Junior saya dia dah masuk, baru dpt kerja kerani akaun.. Berbalik pd rezeki. Kalau awk belum kerja, sometime ined susah nak decide awk layak tak dgn course tu. Tp kalau course dari diploma sama dgn nak masuk degree.. In shaa Allah takde masalah.
DeleteHi sis, saya dapat tawaran epjj d uitm campus k. K. Boleh tak saya nak tukar pergi mod belajar sepenuh masa? Tolong explan sis.
ReplyDeleteSorang junior saya baru ni dia masuk parttime di KK. Sebelum ni dia fail. itu psl dia masuk parttime. Biasa fulltime to parttime senang tukar. Kalau parttime ke fulltime, amat susah.. Takut nanti both xdpt terus. Tp boleh cuba. Tanya dgn management HEP di KK.
DeleteSis diploma pun ade PJJ kan ? Kita boleh pilih ke kampus mana nak study kalau kite nak PJJ ?
ReplyDeleteDiploma ada part time. Depends subject awk nk tu ada kat mana dan uitm akan letak paling dekat area rumah. Tak semua uitm tawarkan program iNED @ part time ni tau :)
Deletesalam sis. saya hargai sangat kalau sis boleh tolong. saya masih kurang faham sebenarnya waktu pengajian plk dan pjj ni.
ReplyDeletecontohnya dalam jadual bls atau accountancy, pjj ada 5 plk ada 7 kelas.
tapi ada dua tarikh, contohnya 15.9 dan 16.9 (sabtu dan ahad). kalau kira semuanya, ada 10 seminar. ke dalam 2 hari 1 seminar? boleh pilih tak tarikh antara 15 dan 16 tu? kelas wajib dtg tak?
thanks!
Wa'alaikumussalam. Ya, law dan acc under plk. Pertemuan/seminar/kelas ada 7 kali brbanding pjj. Kelas akan dibuat sabtu dan ahad. so pilih ikut kekosongan kelas dan fit kan dgn time sendiri. :)
DeleteAssalamualaikum sis. Saya nak tanya. Kalau saya apply full time study, tapi bila dapat tawaran tu saya dah mula bekerja. Boleh ke kalau saya nak tukar mod pengajian ke part time study? Saya sebenarnya tengah fikir lagi nak buat full time atau part time. Sebab kalau ada rezeki dapat kerja yang bagus, nak study part time. Kalau tak, saya buat study full time je
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Sy ada sorang kwn dulu yang sem terakhir degree dia dapat kerja. Dia syng nak lepaskan job tu sbb pengalaman yg bermakna. So, dia decide utk buat part time. So, part time dia habis within 1 year (2 sem) sebab split course yg berbaki tu pada 2 sem. All the best :)
Deletesalam awk,..apa perlu buat kli xhadir clas..sb sy 3* time tue sb kerja n cuti..
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Dah maklum pd lecturer tak tiap kali kelas? Tak ada apa. Cuma effect kat % kehadiran je lah.
DeleteAssalamualaikum. saya full time student UITM PALAM dan saya ada masalah sakit. Bolehkah full time student bertukar ke Part time Pjj?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Boleh. Asalkan ada sebab kukuh. Pergi HEA bagitahu nak switch mode study.
Deleteassalam sis,sy buat prmohonan part time utk diploma pentadbiran awam,jadi boleh sy tau utk 1 sem brp bulan ye?terima kasih
DeleteAsssalamualaikum, sy nak tanya, e-pjj seminar 5 kali tu, adakah bermaksud sy terpaksa menghadirkan diri ke kampus atau berinteraksi dgn pensyarah atas talian. Selain tu, adakah pelajar (sy tahu soalan ini agak mengarut) terpaksa pergi ke kampus untuk mengambil peperiksaan akhir atau ined akan mengadakan pusat2 peperiksaan berdekatan pelajar? Harap maaf, kampus2 uitm terdekat dgn tempat tinggal adalah kuching atau sabah, sangat jauh.
ReplyDeleteSalam. Ya 5 kali jumpa lecturer, selebihnya buat task online.
DeleteYa, kena pergi ke uitm terdekat.
Assalamualaikum sis ined uitm ni still under uitm ke atau under kolej bersekutu uitm ?
ReplyDeleteSalam. Dulu ya, skrg xsure la pulak statusnya .
Deleteassalam sis,sy buat prmohonan part time utk diploma pentadbiran awam,jadi boleh sy tau utk 1 sem brp bulan ye?terima kasih
ReplyDeleteSalam. 1 sem sama je macam full time student. Exam time sama. Beza waktu pembelajaran kita je. Tak sama dgn fulltime student.
DeleteAssalm pjj or plk ni bole ke kita mempercepatkan waktu belajar mcm nak habis cepat boleh ke?
ReplyDeleteSalam. Kalau ex student UiTM juga boleh dapat Pengecualian Kredit. Dan kalau confident amik lah banyak subject 1 sem. Cuma risau CGPA jatuh hihi
DeleteHi Mawar, saya dapat melanjutkan pelajaran saya dalam e-pjj.
ReplyDeleteMacam mana saya nak tahu yang seminar class dah bermula ??
Tahniah :)
DeleteBiasany lepas sebulan student fulltime masuk belajar baru kelas kita mula. Tgok dalam INED. Jadual seminar di bahagian download rasanya. Di situ download jadual seminar, tgok bila start class.
Hi assalamualaikum.. Saya student pjj degree.boleh ke kalau saya nak switch ke course yg lain misalnya dari bba hons marketing tukar ke bba hons finance? Sbb saya baru sem satu,subjek core sem satu semuanya masih sama..
ReplyDeleteHi wa'alaikumussalam. Yang itu kena tanya KP. Mungkin boleh sebab masih sem 1 dan masih dalam fakulti perniagaan juga both. Tapi better tanya yg lebih arif. Sy belum pernah ada isu tukar course :)
DeleteAssalamualaikum Mawar,
ReplyDeleteSy suka sgt baca tips2 study pjj awak. Jadi bersemangat nk sambung study. Cuma sy nk mintak pendapat je. Sy lepasan matriks yg xde basic accounting lgsg. Tp teringin nk belajar account. Should I start with diploma first? Or straight to degree to save time? Takut kalau masuk degree terus, nt terkejut pulak xde basic apa2. Apa pendapat awak?
Thank you.
Wa'alaikumussalam. Kalau ikut pendapat saya, kalau dari spm xde basic, masuk diploma acc without basic tak apa. Sebab diploma akan ajar basic basic.
DeleteKalau terus ke degree drpd matriks. Sy rasa mungkin boleh tapi awak kena put super duper extra effort utk belajar basic acc semua. Sebab awak langkah 1 step compare to other people.
Just nak cakap, congrats and selamat maju jaya dalam study! :)
Assalamualaikum Mawar..
ReplyDeleteMaaf menggangu..sebenarnya mcm nie..saya masih belajar fulltime dan mengambil course Software Engineering..saya mendapati saya tak dpt lagi nak meneruskan course nie sbb susah sngt2 dan saya x berminat..saya sudah sem 3..saya ingin berhenti belajar..sebab saya berniaga sambil belajar..bole ke saya bila2 waktu saya bersedia untuk belajar..dan saya akan mohon PJJ nie..? adakah saya berpeluang belajar PJJ jika saya berhenti belajar buat beberapa tahun yg lepas..harap sangat2 dpt respond sbb saya skng dlm keadaan bercerlaru dengan course saya..niaga saya..dan masa depan saya..harap sngt2 dpt membantu..^~^
Wa'alaikumussalam. Salute pada awk yg berniaga sambil belajar. Boleh tak ada masalah. Nanti bila dah sampai waktunya boleh apply part time study. Inshaa Allah tak ada masalah sebab bukan dismissed.
DeleteChoice lain awak tukar mode study pada part time. Tapi, awak taknak course ni kan? Kalau nak tukar course lain utk mod part time kena apply under iNED. Kalau awak rasa berat dan terbeban, sy suggest utk awak dahulukan mana yg patut dulu.. Selesaikan apa2 dulu yg penting.
Kita pun tak mampu kan nak commit utk semua benda sekaligus hihi. Takpe, slow2 je buat. Nanti dah sampai masa nanti, apply lah. Mungkin masa tu nanti lebih smooth perjalanan. Inshaa Allah.
All the best :)
Asslamaulaikum , saya nak tanya macam mana nak apply pjj bagi degree dan kalau pengajian plk dan pjj ni habis tempoh pengajian sama dekat siswa biasa ke ?
ReplyDeleteWasalam. Boleh try baca http://www.mawarassufi.com/2017/07/cara-daftar-part-time-degree-di-uitm.html.
ReplyDeletePLK dan PJJ ni pastinya tempoh yg lebih panjang. Waktu belajar yg sama iaitu 4 bulan sama mcm full time student. Waktu exam sama. semua sama. Cuma kalau full time 1 sem ambil 8 subjek. Part time mungkin 3 or 4. Itu pasal tempoh jadi panjang.
Hai assalamualaikum nak bertanya. Kalau saya dari ijazah Pengurusan Hartanah dan menamatkan pengajian. Then nak sambung ijazah undang-undang secara part time boleh ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum , saya nak tanya , saya pelajat diploma sepenuh masa dah habis sem 1 , ni bulan februari ni baru nak masuk sem 2 , tapi tiba tiba nak buat pjj , macam mana ye saya nak apply untuk pjj ni ? Sama ada kena apply jugak di ined uitm atau macam mana
ReplyDeleteAs salamualaikum saya nak tanya if pjj, subjek yang kita dah ambil masa diploma boleh dikurangkan ke? I mean like study sepenuh masa, subjek ditolak. Sama ke dengan pjj?
ReplyDelete